fbpx

Xvipi Car Rental

Important tips penjagaan kereta especially untuk kaum hawa! (2019)

Important tips penjagaan kereta especially untuk kaum hawa! (2019)

Jangan tahu start enjin sahaja kalau tidak tahu asas penjagaan kereta. Tips penjagaan kereta ini perlu diketahui especially untuk kaum hawa di luar sana. Jika anda ketahui tips penjagaan kereta ini, pasti kereta anda tidak mengalami kerosakan dan anda tahu masalah kereta anda.

Penjagaan kereta yang tidak rapi menyebabkan kerosakan pada kereta yang memerlukan duit yang banyak untuk membaik pulih.

Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu tips penjagaan kereta ini. Kepada kaum hawa, jikalau anda tahu asas penjagaan kereta, pasti anda tidak akan ditipu oleh mechanics jikalau peru dihantar ke servis kereta. Jom ketahui tips penjagaan kereta dalam artikel ini!

1.Tayar

Imej dari https://www.livemint.com/market/mark-to-market/tyre-stocks-on-a-roll-as-govt-imposes-additional-duty-on-chinese-tyre-imports-1561442874239.html

Penjagaan tayar merupakan salah satu tips penjagaan kereta yang penting untuk diikuti. Anda harus memastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat akan menyebabkan tayar anda mudah pecah. Lebih teruk lagi, permukaan tayar anda juga kan mejadi lebih haus dengan cepat.

Tahap kehausan tayar boleh diukur dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar kereta anda. Pastikan bunga pada tayar kereta anda tidak kurang dari takat anda. Jika lebih, tayar anda tidak lagi selamat untuk digunakan dan anda perlu menukar tayar itu dengan segera. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

2. Brek

Imej dari https://siakapkelinews.blogspot.com/2017/08/jika-brek-kereta-tunjuk-tanda-tanda.html

Jika brek anda mengeluarkan bunyi memekik, anda perlu memeriksa brek dengan lebih kerap.

Pad perlu diganti jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate. Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul iaitu yang dinamakan secondary defect. Salah satu secondary defect adalah brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan terbakar hingga meninggalkan kesan hitam kebiruan.

3. Minyak gear

Imej dari http://pixels1.com/cars/cars/rover-800-820-auto-gear-box-oil-and-filter-change.html

Tips penjagaan kereta yang seterusnya iaitu minyak gear. Jika anda memakai kereta manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya minyak gear. Minyak gear ini harus ditukar setiap 60,000km perjalanan.

4. Bateri

Imej dari https://pandulaju.com.my/tentang-bateri-kereta-yang-perlu-anda-tahu/

Bateri kereta mempunyai dua jenis iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh ketahui jenis bateri anda dengan melihat pada permukaan bateri itu. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya.

Jangka hayat bagi bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya lain berbanding daripada bateri lain.

Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin sekali masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas.

5. Penapis udara

Imej dari https://www.autoblog.com/2016/10/11/car-filters-to-clean-or-to-replace/

Penapis udara termasuk dalam tips penjagaan kereta. Ini adalah kerana penapis udara perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Anda boleh juga dapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis. Contoh jenama penapis udara yang tidak perlu diservis adalah berjenama K&N.

6. Tali sawat (Belt)

Imej dari https://www.liveabout.com/spray-on-belt-dressing-for-squealing-belts-281662

Tali sawat juga dikenali sebagai timing belt. Tali sawat termasuk dalam tips penjagaan kereta kerana kita harus pastikan ia tidak longgar dan haus. Jika tali sawat longgar, ia boleh mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin.

7. Penyejuk radiator

Imej dari https://momobil.id/news/jenis-radiator-coolant-mobil

Tips penjagaan kereta yang seterusnya adalah penyejuk radiator. Kebiasaannya sebotol penyejuk radiator adalah RM8 hingga ke RM15 dan selalunya ia bewarna hijau. Radiator Coolant boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Jika cecair radiator anda berwarna jernih, ia menggunakan air paip biasa dan tidak berkualiti baik. Dengan menggunakan coolant, enjin anda akan jadi lebih cepat panas dan tidak mudah mendidih.

Kesimpulan

Semoga artikel tips penjagaan kereta ini membantu anda. Kita sebagai pemandu haruslah tahu serba sedikit tentang penyelenggaran kereta ini. Jika berlaku sebarang kecemasan, anda dapat tahu punca kerosakan kereta anda.

Anda boleh sewa kereta untuk kecemasan seperti untuk kegunaan harian kerana kereta rosak. Hanya WhatsApp kami sahaja dan berikan maklumat yang diperlukan sahaja.

Klik sini untuk tempah kereta sewa.

Close Menu