fbpx

Xvipi Car Rental

[Banjir Kilat 2019] Important Tips ketika Kereta Terperangkap Dalam Banjir (Wajib baca!)

[Banjir Kilat 2019] Important Tips ketika Kereta Terperangkap Dalam Banjir (Wajib baca!)

Dah masuk bulan November, hujan lebat turun hampir setiap hari di beberapa tempat yang boleh menyebabkan banjir. Terutama bagi pengguna jalan raya, anda sangat berisiko untuk tersangkut dalam kesesakan trafik, mengalami kerosakan kenderaan dan juga kereta yang terkandas dek kerana air banjir yang agak tinggi parasnya.

Ramai orang melakukan kesilapan besar ketika di atas jalan raya semasa hujan, seperti berikut :-

i) Anda fikir kereta anda mampu mengharungi air banjir

ii) Anda beranggapan anda sempat melalui jalan tersebut sebelum banjir kerana paras air masuh rendah

Tanpa anda sedari, air akan mendadak naik dengan begitu cepat tanpa diduga dan terperangkaplah anda dalam air yang semakin naik. Jadi, jangan terlalu berharap bahawa kereta anda mampu mengharungi air ketika banjir.

Air yang setinggi 6 inci sahaja sudah mencukupi untuk sampai ke bahagian bawah tempat duduk. Manakala, air setinggi satu kaki pula sudah cukup untuk mengapungkan kereta anda. Jadi, anda akan mudah untuk hilang kawalan dan mulai panik.

Jom kita ketahui langkah-langkah penting untuk mengharungi banjir kilat jika anda berada dalam kenderaan. Mula-mula…

Sebelum Banjir. (Jangan Panik!)

#1 Anda mestilah peka dengan penguguman trafik dan juga ramalan cuaca. Dapatkan info perkembangan cuaca di radio dan media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya.

#2 Seeloknya anda dinasihatkan untuk cari jalan alternatif lain dan jangan redah banjir sekiranya tidak mahu kereta anda rosak di tengah jalan. Pandu kereta perlahan-lahan pada gear yang rendah (Sekitar 20 km/h) dan jangan lepaskan minyak
sekiranya air masih tidak naik dengan deras. Kekalkan saja momentom itu ya.

#3 Sediakan kit keselamatan yang udah dicapai dalam kenderaan anda. Pastikan bekalannya cukup untuk bertahan selama beberapa jam/hari. Antara perkara yang boleh disediakan adalah kit first aid, baju hujan/baju kering, snek dan minuman, dan juga bateri simpanan.

#4 Anda boleh tutup atau sumbatkan lubang ekzos dengan sesuatu padat dan kalis air yang boleh menghalang air masuk seperti plastik jika kenderaan tidak dapat dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi.

#5 Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.

#6 Selamatkan barang-barang  penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.

Semasa Banjir (Ketika tenggelam)

#1 Segera tinggalkan kenderaan untuk selamatkan diri anda pergi ke kawasan yang lebih tinggi. Jika sudah terlalu terlambat untuk buka pintu, turunkan tingkap dan naik ke atas bumbung.

#2 Tolong tolong tolong jangan hidupkan enjin kenderaan anda jika sudah ditenggelami banjir terutama air mulai menutupi enjin ekzos dan bahagian enjin.

Setelah Banjir Surut

#1 Jangan hidupkan enjin kereta walaupun banjir sudah surut. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.

#2 Panggil lori tunda untuk angkut kereta ke bengkel yang boleh dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Sama ada rosak banyak atau rosak sikit.

#3  Periksa minyak enjin dan kotak gear depan dan belakang. Nanti dah sampai rumah, anda harus periksa minyak enjin dengan cara menggunakan dipstick. Jika minyak enjin kelihatan seperti dicampur dengan susu sedikit, ini bermakna air sudah masuk ke dalam enjin. Buka kotak udara dan periksa penapis. Jika basah, ini bermakna air sudah masuk ke dalam.

#4 Periksa bawah karpet dan kawasan tayar simpanan. Buka karpet lantai dan periksa. Kadang-kadang, air boleh masuk dari “plug hole” di lantai. Jika basah, keringkan sebelum kereta anda berbau kepam. Ruang tayar simpanan di dalam tempat letak barang kereta juga perlu diisi agar ia tidak menjadi tempat menternak haiwan.

Kesimpulan

Semoga artikel tentang kali ini bermanfaat untuk anda. Sila berhati-hati di jalan raya, pandu dengan selamat sekiranya anda menghadapi situasi banjir ini.

Mencari kereta sewa?

Kami, XVP Car Rental ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa!

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah.

1. Pasir Gudang – 01110984332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332

3. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

4. Melaka Bandaraya – 01155024332

5. Ayer Keroh – 01155034332

6. Batu Berendam – 01155064332

7. Kuantan – 01155084332

8. Puchong – 0143627272

Klik sini untuk sewa kereta

Leave a Reply

Close Menu