fbpx

Xvipi Car Rental

Useful tips beli kereta second hand (2019)

Useful tips beli kereta second hand (2019)

Sebelum beli kereta second hand, anda perlu tahu tips beli kereta second hand. Pada mereka yang ingin mencari kereta bajet, kereta terpakai merupakan pilihan yang terbaik untuk dijadikan sebagai kereta harian.

Siapa kata kereta terpakai ini akan dapat banyak rugi? Jika kita lihat ramai yang tidak bersetuju membeli kereta terpakai kerana kos penyelenggaran yang tinggi, faedah bank tinggi dan lain-lain. Mereka tidak sedar bahawa kereta pakai ini juga pernah menjadi kereta baharu pada suatu masa dahulu. Pedulikan kata-kata mereka. Apakah mereka yang memandu kereta anda? Apakah kereta anda akan kekal baharu selama setahun? Jawapannya TIDAK bukan? 

Jika anda ingin membeli kereta second hand, ikutilah tips beli kereta second hand dari kami. Kami akan bantu anda memilih kereta terpakai yang terbaik!

1.Beli ikut kemampuan

Tetapkan bajet anda dahulu sebelum anda ingin membeli kereta second hand ini. Ini adalah salah satu tips beli kereta second hand yang patut anda utamakan dahulu sebelum membeli. Anda perlu lah memilih bajet mengikut kemampuan kewangan anda.

Walaupun harga untuk kereta terpakai jauh lebih murah daripada kereta baru, anda harus tetapkan bajet mengikut pendapatan anda. Sebagai contoh, bajet anda hanyalah kereta Myvi terpakai janganlah pula senaraikan BMW sebagai pilihan lain.

2. Periksa luaran dan dalaman kereta

tips-beli-kereta-second-hand-interior-myvi

Imej dari https://www.zigwheels.my/new-cars/perodua/myvi/images

Tips beli kereta second hand yang seterusnya adalah anda harus periksa condition kereta itu luar dan dalamanya. Jika ada perkara yang perlu dibaikinya, anda boleh minta pemiliknya memperbaikinya dahulu. Anda boleh juga minta pengurangan harga berdasarkan kerosakan itu.

Warna kereta terpakai itu mungkin akan pudar sedikit, tetapi jangan lah teruk sangat condition nya dan ada kemek sana sini. Pastikan anda periksa bahagian enjin kereta juga. Pastikan enjin dalam keadaan yang bersih.

3. Survey online atau buka majalah

Tips beli kereta second hand ini amatlah penting supaya anda boleh membuat bandingan harga kereta yang anda nak. Terdapat banyak website yang mejual kereta terpakai seperti di Carousell, Mudah.my dan lain-lain. Anda boleh membuat tetapan had bajet seperti 20K dan dari situ dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.

Tetapi ingat, ramai yang takut kena scam bila membeli di online. Jadi, tanya dahulu seller yang menjual kereta terpakai tersebut sebelum anda confirm untuk membeli kereta tersebut.

Imej dari https://www.campaignasia.com/article/carousell-launches-new-brand-identity/453762

4. Pilih kenderaan dengan teknologi terkini

Semakin hari kereta menjadi semakin canggih. Jadi, kereta yang berteknologi tinggi menjimatkan bahan api serta selamat. Tips sebelum beli kereta second hand ini amat berguna kerana kenderaan yang berteknologi tinggi tidak akan memakan kos penyelenggaraan yang banyak.

Kenderaan yang berteknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahan api adalah lebih jimat dan berkuasa.

5. Semak perbatuan (Mileage)

Imej dari https://rentar.com/diesel-versus-gasoline-mileage/

Lagi tinggi nilai perbatuan itu berjalan, lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Anda harus cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana. Kereta yang jauh berjalan kebiasaannya akan cepat haus dan lusuh.

6. Periksa tayar

Tips beli kereta second hand yang seterusnya adalah cari kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak. Minta owner/salesman gantikan tayar itu yang baru. Namun, jika dia tawarkan anda tayar second hand. Anda jangan terima! Tayar second hand mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak.

Kebiasaannya, tayar buatan Malaysia jangka hayatnya hanyalah 5 tahun dan tayar import 3 pula adalah 3 tahun. Ini bermakna, tayar itu adalah tidak selamat digunakan. Banyak juga kes-kes kemalangan kerana tayar pecah.

Kesimpulan

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mereka yang mencari tips beli kereta second hand. Terpulang lah pada anda untuk memilih kereta baru atau kereta terpakai.

Harga bagi kereta baru kebiasaannya mahal tetapi kos penyelenggarannya pula rendah. Kereta terpakai pula lebih berpatutan dari segi harga dan sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan kereta.

Mencari kereta sewa?

Kami, XVP Car Rental ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa!

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah.

1. Pasir Gudang – 01110984332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332

3. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

4. Melaka Bandaraya – 01155024332

5. Ayer Keroh – 01155034332

6. Batu Berendam – 01155064332

7. Kuantan – 01155084332

8. Puchong – 0143627272

Klik sini untuk sewa kereta

Leave a Reply

Close Menu