fbpx

Xvipi Car Rental

6 Tempat Wajib Pergi Bagi Peminat Ayam Goreng Korea di Kuala Lumpur

6 Tempat Wajib Pergi Bagi Peminat Ayam Goreng Korea di Kuala Lumpur

Ramai rakyat Malaysia sekarang ni sudah mula craving Ayam Goreng Korea yang kini mula trend terjebak daripada menonton drama Korea.

Selepas ini tak perlu dah travel jauh-jauh ke Korea, KL sudah pun banyak membuka restoran yang menjual Ayam Goreng Korea, yang pasti Halal! Kepada yang penggemar ayam goreng,  anda mesti baca sampai habis!

1.K-Fry @ IOI City Mall, Putrajaya / One Utama/ Suria KLCC

Restoran K-Fry adalah salah satu restoran yang popular dengan ayam goreng salut cheese yang dihidang sekali dengan kentang goreng. Nama khasnya ialah cheesy fried chicken bumbuk!  Kebiasaannya restoran ini sentiasa padat sepanjang hari.

Anda harus bersiap-sedia untuk beratur dan ambil nombor, jadi untuk mengelakkan masa tertangguh-tangguh untuk buat kerja lain, kami sarankan supaya anda datang seawal yang boleh. Anda boleh layari laman web rasmi K-Fry di https://kfry.my/ untuk lihat waktu operasi dan maklumat lanjut.   

Imej dari Instagram Kfry

2. Kyochon @ Sunway Pyramid

Restoran Kyochon ini cukup terkenal dengan ayam goreng dengan rasanya yang mengiurkan! Paling istimewanya, Kyochon dinobatkan sebagai ayam goreng Korea yang terbaik di Korea Selatan selama lebih 13 tahun

Ayam goreng ini dimasak dengan ramuan istimewa dari Korea dengan pilihan lima menu iaitu soya bawang putih, perisa cili merah yang paling popular, perisa madu dan isi ayam goreng dengan sos pilihan Jambalaya atau honey mustard. 

Kyochon sudah pun banyak cawangan di sekitar Malaysia. Anda boleh layari laman web rasmi Kyochon,  https://www.kyochon.com.my/  untuk lihat lokasi tempat dan waktu operasi.

Imej dari kyochon.com.my

3. 4 Fingers @ NU Sentral

4 Fingers merupakan restoran Ayam Goreng dari Singapore. Kepada yang suka makan ayam goreng rangup, 4 Fingers adalah pilihan yang tepat! Dihidang segar tanpa pengawet dengan dua jenis sos yang lazat iaitu perisa cili merah dan iaitu soya bawang putih.

Sekiranya anda berkunjung dengan rakan atau keluarga yang tidak minat sangat pada ayam goreng, mereka juga boleh memesan makanan laut seperi udang dan sotong atau yang lebih sihat sikit, Salad!

Anda boleh layari laman web rasmi 4 Fingers, http://www.4fingers.com.my/Home-4Fingers untuk maklumat lebih lanjut.

Imej dari http://www.malaysianflavours.com

4. Jinjja Chicken @ Sunway Pyramid

Jinjja Chicken, yang terkenal dengan ayam goreng Korea dan Jjajangmyeon yang baru sahaja beroperasi di Malaysia, hanya buka 2 outlet sahaja di  Sunway Pyramid dan The Gardens Mall. 

Jinjja Chicken merupakan restoran ‘makanan segera’ Korea yang santai, berinspirasikan daripada budaya makanan jalanan di Korea Selatan yang diikuti budaya yang menghidangkan makanan dengan pantas dan cepat. Harganya juga cukup murah dan berbaloi berbanding dengan restoran Korea yang lain dengan kelazatan Ayam Goreng yang tidak terkata.

Jinjja Chicken juga menghidang makanan lain seperti Bibimbap, Beef Bulgogi dan Tteobeokki. Untuk pencuci mulut, mereka turut jual aiskrim kon , dua jenis perisa iaitu Blue Vanilla dan Charcoal Caramel Mesti cuba!

Imej dari ohfishiee.com

5. BBQ Chicken @ Bangsar Trade Centre, KL

Restoran ini antara yang mempunyai menu perisa ayam yang terbanyak iaitu 11 jenis. Mesti ramai yang ingat BBQ Chicken ini memberi makna ‘Barbeque Chicken’, tapi tidak ya! Maksud sebenar BBQ Chicken ialah “Best of the Best Quality Chicken”. Gempak, bukan?

Antaranya perisa ayam ialah Jerk BBQ Chicken, Korean Charboiled Chicken, dan Gangjeong Chicken. Makanan lain seperti pizza, nasi goreng dan hidangan Korea seperti kimchi jjigae juga tersedia untuk dipesan.

Imej dari http://www.angietangerine.com/

Alamat : D1.14, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, Bangsar Trade Centre 59200, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 malam

6. Chir Chir @ Pavillion, KL

Kalau korang nak tahu, drama Korea My Love From The Star (2013) telah mempopularkan franchais ayam goreng ini.  Ayam goreng lazat dengan sos perapan istimewa khas dari Korea kini boleh dinikmati di Pavilion, KL.

Antara menu wajib cuba di sini termasuk Crispy Fried Chicken dengan pilihan original atau spicy serta ayam goreng berperisa bawang putih, madu dan ayam panggang BBQ. Hidangan Chir Chir Mi Chir iaitu kombinasi spaghetti sos krim dengan ayam goreng pedas dan Spicy Seafood Soup juga mendapat sambutan hangat oleh pelanggan.

Imej dari http://www.vkeong.com

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat makan yang mempunyai hidangan Ayam Goreng Korea di Malaysia ini.

Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Selangor, anda boleh sewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Shah Alam.

Close Menu