fbpx

Xvipi Car Rental

Wow! 5+ Tempat Menarik di Terengganu (Awesome 2019)

Wow! 5+ Tempat Menarik di Terengganu (Awesome 2019)

Terengganu Darul Iman ialah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur, pelbagai tempat menarik untuk bercuti kerana kekayaan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya seperti pulau-pulau tropika, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna di samping memiliki antara bangunan yang terindah di Malaysia.

Begitu megah sekali Terengganu ini, jadi tidak hairan negeri ini merupakan destinasi paling utama untuk dituju tibanya musim cuti sekolah. Jom kita lihat tempat-tempat wajib untuk dikunjungi!

#1 Pulau Kapas

Pulau Kapas ini terletak di Marang, antara pulau yang terbaik dan sesuai untuk dibawa bercuti semasa hujung minggu. Perjalanan bot hanya mengambil 10 minit sahaja untuk sampai dari tanah besar ke pulau.

Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti terpukau dengan kecantikannya apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Sungguh menakjubkan! Cukup kami katakan kecantikan Pulau Kapas ini setaraf dengan pulau-pulau lain di serata dunia.

Selain itu, Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama-sama kawan atau ahli keluarga. Di sini, ia tak menyediakan hotel 5 bintang, hanya chalet-chalet dengan harga yang murah!

#2 Sungai Yah Yah (Kelip-Kelip & River Cruise)

Sungai Yah Yah terletak kira-kira setengah jam dari bandar ChuKai, Kemaman merupakan salah satu lokasi habitat semula jadi, iaitu Kelip-Kelip atau Kunang-Kunang dalam jumlah yang banyak. Maka, tempat ini dijadikan sebagai sebuah santuari yang menawarkan perkhidmatan membawa pelancong-pelancong luar bagi melihat cahaya yang bergelapan daripada sang kelip-kelip.

Aktiviti melihat kelip-kelip ini bermula seawal pukul 8 malam. Para pelancong akan dibawa oleh pemandu pelancong menaiki bot dan melalui sepanjang Sungai Yah. Anda akan dibawa ke kawasan kelip-kelip dan menikmati suasana yang cukup indah.

#3 Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam ialah salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu. Di sini, taman monumen ini menempatkan pelbagai koleksi replika masjid dan monumen tentang dunia seni bina Islam seluruh dunia. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama-sama anak-anak sambil memantapkan lagi ilmu tamadun Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan lagi.

Terdapat 21 jenis monumen popular seluruh dunia yang berasal dari 20 buah negara. Koleksi monumen di sini bukan sahaja masjid-masjid malah turut menempatkan replika lama kota-kota Islam dan makam-makam. Antara koleksi yang selalu mencuri tumpuan para pelancong ialah seperti Masjidil Haram, Taj Mahal, Kubah As-Sakhrah, Kota Aleppo, Masjid Kristal dan banyak lagi.

Lokasi : Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

#4 Kampung Losong

Sungguh rugi lah kalau anda ke Terengganu tetapi tidak singgah untuk membeli kerepok lekor yang merupakan antara produk tradisional negeri pantai timur ini! Anda boleh berkunjung ke Kampung Losong iaitu sebuah kawasan perkampungan yang telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor Terengganu.

Kedudukan Kampung Losong ini sangatlah strategik, hanya 10 minit dari Bandar Kuala Terengganu serta tidak jauh daripada Taman Tamadun Islam. Sesungguhnnya, Kampung Losong merupakan tempat menarik dan wajib dikunjungi oleh semua pelancong di Terengganu.

Lokasi : Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

#5 Bukit Panorama


Inginkan pemandangan indah yang mengasyikkan dari tempat yang tinggi? Jom kita kunjungi ke Bukit Panorama yang mempunyai kafe-kafe sedap sambil bersantai menikmati panorama indah dari puncak bukit ini.

Pelbagai jenis makanan yang didapati di sini seperti makanan barat dan masakan panas.

#6 TTI River Cruise

Dah bosan ke tu asyik jalan-jalan di daratan? Jom kita pergi ke TTI River Cruise pula! Anda dapat menyaksikan lanskap indah sekitar Taman Tamadun Islam dan kawasan sekitarnya dengan mengikuti TTI River Cruise.

Anda akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu untuk melihat pemandangan di sekitar di atas air seperti perkampungan nelayan, keindahan Masjid Kristal dan juga tempat pembuatan bot dengan lokasi-lokasi laluan seperti Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api dan banyak lagi.

Lokasi : Dewasa RM22.80 | Kanak-Kanak (7 – 12 Tahun) RM16.80 | Kanak-Kanak (6 Tahun & Kebawah) Percuma

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat menarik di Terengganu yang harus anda lawati. Semoga ini dapat membantu anda merancang percutian anda.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Terengganu, anda boleh menyewa kereta. Ianya memudahkan dan menjimatkan bila anda bercuti di Terengganu,

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa.

Leave a Reply

Close Menu