fbpx

Xvipi Car Rental

[Terbaru]: 21 Tempat Menarik Di Shah Alam Yang Belum Diterokai

[Terbaru]: 21 Tempat Menarik Di Shah Alam Yang Belum Diterokai

Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang tempat menarik di Shah Alam.

Sekiranya anda sedang merancang untuk jalan-jalan dan melawat tempat menarik di Shah Alam, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat ya.

Apa Sebenarnya Destinasi Menarik di Shah Alam tu?

Di Selangor, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi.

Ia adalah sebuah bandar yang paling maju di Malaysia, setanding dengan Kuala Lumpur.

Terdapat banyak peluang pekerjaan serta kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh penduduk Shah Alam.

Oleh kerana itu, Shah Alam menjadi tumpuan pelancong yang ingin bersiar-siar.

Terdapat lebih daripada 20 destinasi menarik di sekitar Shah Alam yang pasti mengujakan anda.

Berikut merupakan senarai tempat menarik di Shah Alam yang anda boleh lawati di hari cuti anda bersama orang yang tersayang:


1.Denai Alam Riding and Recreational Club

Jika anda penggemar melakukan aktiviti luar, ini merupakan pilihan tepat untuk anda.

Di Denai Alam Riding and Recreational Club, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti menunggang kuda, memanah, motorcross, gym dan berenang.

Anda boleh memilih daripada pakej kelas menunggang kuda yang ditawarkan dalam harga yang berpatutan.

Harganya bermula daripada RM210 untuk 6 sesi.


2. i-City Shah Alam


Tempat menarik Shah Alam yang seterusnya adalah i-City yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Ianya adalah sebuah tempat yang sesuai untuk dsemua peringkat umur yang gemarkan taman tema.

Tarikan utama adalah keindahan pancaran cahaya lampu LED pada setiap pokok pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk pergi ke ‘snowalk’ di i-City Shah Alam.

Di dalam kawasan ini, anda dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. 

Tempat-tempat lain di i-City adalah Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick dan Art Museum.


3. Mudtrekkerz Paintball Park

Kepada peminat permainan Dota ataupun mobile legend, anda pasti gemarkan tempat ini.

Mudtrekkers Paintball Park adalah tempat permainan ‘paintball’ yang terkenal di Shah Alam.

Bagi peminat ‘paintball’, pilih 5 konsep medan peperangan yang berbeza.

Tunjukkan bakat anda anda dalam medan perang berkonsep Speedball, Wild Wild West, Angker Hill, Fox Hole Valley atau Camelot Castle.

Terletak di Cahaya SPK, Shah Alam, lokasi ini juga sesuai untuk program ‘tema building’ syarikat dan hari keluarga.

Terdapat kemudahan-kemudahan lain seperti restoran untuk menjamu selera.


4. Pasar Malam Setia Alam

Kredit gambar: http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/2017/08/pasar-malam-setia-alam.html


Jalan jauh-jauh hujung minggu membuatkan rasa lapar dan haus. Apa kata anda singgah ke Setia Alam untuk menjamu selera.

Pasar malam Setia Alam menawarkan pelbagai variasi makanan dan minuman yang menyelerakan.

Memang panjang pasar malam ini, malah digelar di antara pasar malam terpanjang di Malaysia. Rugi kalau terlepas.

Anda juga boleh shopping pakaian, aksesori dan gajet dengan harga yang berpatutan.


5. Taman Rekreasi Alam Megah

Kepada pencinta alam semulajadi, destinasi ini untuk anda.

Isi masa lapang anda dengan melakukan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alam Megah. Kawasan taman ini sangat luas, sesuai untuk pelbagai aktiviti luar.

Terdapat banyak kemudahan disediakan. Antaranya seperti trek jogging, wakaf rehat, restoran dan tanda.

6. Taman Botani Shah Alam

Related image
Rumah iklim 4 musim

Jika anda berkunjung ke Shah Alam, anda mesti singgah sebentar di Taman Botani Shah Alam.

Ia mempunyai landskap yang indah serta luas. Taman ini dilengkapi dengan bermacam jenis taman.

Antaranya seperti taman bunga, taman arnab, tasik, rumah iklim 4 musim, taman kaktus dan pelbagai lagi.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah berbasikal.

Jika anda inginkan kelainan, terdapat tapak perkhemahan yang disediakan. Anda boleh berkhemah di sini bersama teman-teman.

7. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

masjid negeri

Masjid ini merupakan masjid negeri Selangor. Ia adalah mercu tanda bagi Bandar Shah Alam.

Masjid ini mampu menempatkan jemaah solat lebih kurang 24 ribu jemaah bagi satu-satu masa. Ini dapat menunjukkan betapa luas dan besarnya masjid ini.

Insfrastrukturnya yang unik, sering menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Tahukah anda, kubah masjid ini merupakan kubah yang terbesar di dunia. Corak yang terdapat di kubah tersebut juga sangat unik untuk digambarkan.

8. Wet World Water Park Shah Alam

Dengan bertemakan lanun, Wet World Water Park merupakan taman tema air yang terletak di Shah Alam.

Lokasi taman tema air ini sangat strategik. Ia terletak betul-betul di Taman Tasik Shah Alam.

Taman tema air ini juga sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Terdapat banyak kawasan berenang untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pasti anda akan rasa teruja!

9. Setia City Mall

Image result for setia city mall

Kepada anda yang gemar bershopping, ada tempat istimewa untuk anda.

Pusat membeli belah ini menempatkan pelbagai jenis jenama besar seperti Kaison, Parkson, H&M, dan Zara. Terdapat juga pelbagai pilihan restoran buat pengunjung.

Setia City Mall terletak bersebelahan dengan Setia City Convention Centre. Ia berhadapan dengan taman hijau yang terbentang luas.

Selepas penat bershopping, boleh bersantai di luar.

10. Perpustakaan Raja Tun Uda

Bagi anda si ulat buku, jangan risau. Ada tempat menarik untuk anda lawati di Shah Alam.

Berkonsepkan perpustakaan dalam taman, menjanjikan kelainan buat penggemar buku. Keindahan perpustakaan ini memberikan imej yang unik buat pengunjung.

Perpustakaan awam ini menyediakan kemudahan yang moden buat pengunjung yang datang.

Anda boleh melihat sendiri seni binanya yang mengagumkan serta terdapat pencahayaan semulajadi.

Yang lebih menarik, perpustakaan ini menyediakan teater filem yang lengkap dengan 3D atau 6D. Bolehlah bersantai menonton filem di sini.


11. Muzium Sultan Alam Shah

Image result for muzium sultan alam shah
Kredit gambar dari Wikipedia

Kepada penggemar sejarah, anda mesti kunjungi Muzium Sultan Alam Shah.

Terdapat 5 jenis balai yang berbeza; Balai Islam, Balai Sukan, Balai Sejarah, Balai Kebudayaan dan Balai Warisan Alam Semula Jadi.

Muzium ini merupakan muzium negeri Selangor yang menggabungkan unsur kebudayaan dan nilai Islam.

Masuk adalah percuma.

12. Laman Seni 7

Jika anda mencari port untuk instagram, anda mesti kunjungi Laman Seni 7.

Destinasi ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Anda boleh saksikan hasil art street yang unik dan kreatif pada dinding bangunan.

Antara hasil seni yang ada di sini ialah mural, ilustrasi 3D dan motif abstrak. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengkarya seni ini amat mengagumkan.

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa bergambar. Kemudian, post di instagram ya!


13. Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam merupakan taman rekreasi awam di Shah Alam yang paling popular. Ia sering menjadi tumpuan penduduk setempat serta pelancong.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan di taman ini. Antaranya seperti berjogging dan beriadah.

Anda juga boleh melakukan aktiviti di tasik. Antara kemudahan yang disediakan ialah kayak dan bot.

14. Litar Go Kart

Jika anda teringin untuk memandu dengan laju secara selamat dan tanpa kena saman, ini adalah tempatnya.

Ia dibuka setiap hari. Anda boleh menyewa Go Kart dan memandu di litar yang mempunyai selekoh mencabar.

Harga tiket bermula dari RM40. Ia berbeza mengikut tahap litar yang anda ingin cuba.

Lagi sukar tahap litar tersebut, lagi tinggi harga yang dikenakan.

15. Shah Alam Extreme Park

Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda beraktiviti lasak. Contohnya seperti bermain basikal BMX, skateboard, wall climbing, futsal dan paintball.

Selain itu, terdapat banyak restoran makan segera seperti KFC, Burger King dan Pizza di situ. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Extreme Park.

Boleh lepak bersama kawan-kawan selepas penat beraktiviti.

Extreme Park dibuka setiap hari, dari hari Isnin sehingga hari Ahad.

16. Skytrex Shah Alam

Skytrex Shah Alam ini terletak di Taman Botani Shah Alam.

Apa yang menarik, kawasan ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang hijau. Anda dapat melakukan aktiviti lasak sambil menghirup udara segar.

Skytrex dibuka setiap hari, kecuali hari Isnin. Anda boleh menempah slot melalui online booking.

17. Kompleks Taman Seni Islam

Kompleks ini ini memaparkan pelbagai pameran yang berkisarkan sejarah dan kesenian Islam. Terdapat juga galeri berbezakan mengikut bahan pameran.

Di sini juga menyediakan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh orang ramai. Antaranya seperti mempelajari seni kaligrafi dan pengajian al-Quran bersanad.

Selain itu, terdapat juga kelas pengajian lain. Contohnya seperti kelas Bahasa Arab, kelas Tahfiz al-Quran dan Pengajian Iqra serta Tajwid.

Ia dibuka setiap hari, kecuali hari Isnin.

Tiket untuk dewasa berharga RM25 manakala tiket untuk kanak-kanak berharga RM15.

18. Uptown Shah Alam

Jika anda mencari tempat yang hidup pada waktu malam, ini adalah jawapannya.

Dengan lebih dari 400 buah gerai, terdapat pelbagai barangan dan makanan yang dijual. Anda pasti rambang mata untuk memilih yang mana satu berkenan di kalbu.

Ianya dibuka setiap hari dari 8 malam hingga 3 pagi.

19. Laman Budaya, Galeri Shah Alam

Laman Budaya merupakan pusat kebudayaan yang terletak di Taman Tasik Shah Alam.

Ia merupakan pusat untuk persembahan seni serta aktiviti kebudayaan dan kesenian tradisional. Aktiviti ini dianjurkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam pada setiap minggu.

Antara aktiviti yang sering diadakan adalah sesi muzikal, pertandingan pencarian bakat seni, acara senamrobik dan persembahan nyanyian oleh artis undangan.

Pihak Laman Budaya turut menyewakan tempat ini untuk majlis keraian dan perkahwinan.

20. Kilang Roti Gardenia

Siapa yang tak kenal jenama roti Gardenia yang ‘sedap dimakan begitu sahaja? Sebenarnya, kliang roti Gardenia terdapat di Shah Alam.

Mereka menyediakan pakej lawatan bagi pengunjung yang ingin mengtahui cara pembuatan roti daripada jenama terkenal ini.

Apa yang menariknya, lawatan ini sememangnya percuma. Jika anda berhasrat untuk membuat lawatan berkumpulan, anda hanya perlu membuat temujanji.

Kilang ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.

21. Pusat Akuatik Darul Ehsan

Kepada penggemar sukan renang, anda boleh mengunjungi Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di Shah Alam.

Anda boleh menghabiskan hari minggu anda dengan berenang sepuas-puasnya.

Dengan harga tiket yang berpatutan, anda boleh jadikan Pusat Akuatik sebagai destinasi aktiviti air anda.

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu peningkan kepala anda untuk mencari tempat percutian yang menarik. Ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik di Shah Alam.

Anda bukan sahaja dapat menggembirakan hati anda dan ahli keluarga yang lain. Anda juga dapat menjimatkan kos dengan serendah mungkin.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk melawat Shah Alam, anda boleh menyewa kereta.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Shah Alam

Close Menu