fbpx

Xvipi Car Rental

5+ Tempat Menarik di Pasir Gudang. Best giler! ( Terbaru 2019 )

5+ Tempat Menarik di Pasir Gudang. Best giler! ( Terbaru 2019 )

Ada banyak tempat menarik di Pasir Gudang!

Pasir Gudang merupakan sebuah bandar yang mengutamakan perindustrian di JohorMalaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Pelbagai industri seperti pengangkutan, logistik, perkapalan dan juga industri berat seperti petrokimia juga terdapat di sini.

Walaupun Pasir Gudang ini lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian, sebenarnya, banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi oleh ramai orang. Malah, bandar yang terletak cuma 25 km atau 28 minit dari Johor Bahru itu juga sangat terkenal dengan penganjuran ‘Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang’ hampir setiap tahun!

Imej dari Youtube Andrew Leong : https://www.youtube.com/watch?v=mddK0ZjycxU


Jom kita lihat tempat menarik di Pasir Gudang, Johor!

1.MUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG

Imej sumber dari Simply Norma Blogspothttp://prettysimplynormal.blogspot.com/2015/03/muzium-layang-layang-at-pasir-gudang.html

Di Malaysia, layang-layang ialah lebih daripada sekadar permainan tradisional, ianya telah menjadi simbolik budaya Melayu yang telah bertahan lama sehingga ke zaman ini.

Di Muzium Layang-Layang yang terletak di Pasir Gudang, mereka bukan sahaja memaparkan layang-layang wau tradisional tetapi juga layang-layan di seluruh dunia seperti Jepun dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis dan reka bentuk layang-layang dipamerkan di sini lengkap dengan sejarahnya.

Imej sumber dari http://tourism.johor.my/

Kesimpulannya, Muzium Layang-Layang adalah lokasi paling sesuai sekiranya anda ingin membawa anak-anak mengenali permainan tradisional Melayu ini. Muzium Layang-Layang dibuka setiap hari sehingga 5 petang dan bayaran masuk adalah RM2 untuk orang dewasa, RM1 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk warga asing.

2. TAMAN PERTANIAN KONG KONG

Imej dari Facebook Visit Johor

Taman Pertanian Kong Kong yang terkenal sebagai tempat menarik di Pasir Gudang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya E22 ini berfungsi sebagai muzium buah-buahan termasuk buah-buahan nadir yang hampir pupus sebagai khazanah warisan negeri.

Antara yang boleh dilawati oleh pengunjung adalah Dusun Buah-Buahan, Dusun Kelapa Takunan, Taman Herba, Taman Kelulut dan Nursery, Rumah Orkid dan Galeri Tani. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini seperti :

✅ Melihat kawasan tanaman menaiki kenderaan pengangkut (boleh petik sendiri jika tengah musim buah)

✅ Galeri pertanian (ada dugong awet dan tulang paus)

✅ Berbasikal

✅ Perkhemahan

✅ Combat Archery (kene rujuk dengan pihak pengurusan)

✅ Boleh memancing kerana banyak ikan yang diletakkan di dalam kolam seperti tilapia, toman,tomam, keli dan lain-lain.

Alamat : Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor ( Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya E22 )

Waktu : 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Setiap Hari kecuali Jumaat dan Sabtu)


No. Telefon : 07 266 6707 (Pejabat)

3. SARANG BUAYA TANJUNG LANGSAT

Imej dari utusan online : https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/bermain-dengan-sang-bedal-1.707920

Sarang Buaya ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Luas keseluruhan Sarang Buaya adalah seluas 8 ekar, ia dibina di dalam kawasan hutan paya bakau berhampiran dengan pelabuhan dan zon bebas cukai Tanjung Langsat. Terdapat spesies buaya terbesar dan ganas, iaitu buaya tembaga, salah satu daripada 23 spesies reptilia yang terdapat dalam dunia.

Anda dapat melihat cara-cara reptilia itu diberi makan, selain berpeluang mengabadikan gambar kenangan bersama-sama anak buaya. Pelbagai informasi dan fakta berkenaan buaya juga boleh diperoleh di santuari itu, antaranya latar belakang serta spesies yang terdapat dalam dunia.

Pastinya kunjungan anda sekeluarga di santuari itu merupakan satu pengalaman yang hebat khususnya kepada anak-anak supaya mereka tidak hanya terkongkong di hadapan televisyen ataupun ‘ligat’ dengan gajet pintar di rumah.

Bayaran masuk ke santuari yang dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari itu adalah RM8 bagi pengunjung dewasa, manakala RM6 untuk kanak-kanak.

4. TS WONDERLAND INDOOR WATER THEME PARK

Sumber imej dari tourism.johor.my

TS Wonderland Indoor Water Theme Park menjadi tempat paling kegilaan anak-anak untuk bermain dengan air. Keistimewaannya ialah bertemakan ‘indoor’, ini bermakna anda tidak terkena panas terik matahari. Ibu Bapa juga akan berasa tenang sambil memerhati anak anda bermandi-manda.

Persekitaran moden dan selamat yang ditawarkan pasti mengujakan kita semua. Selain itu, terdapat juga sebuah taman permainan, Space Adventure yang pastinya membuatkan anak-anak anda teruja.

5. Bazaar Karat Pasir Gudang

Sumber imej https://www.sgmytaxi.com/jb-night-market/

Malam-malam ni seronok jalan-jalan santai di Bazaar Karat Pasir Gudang. Anda boleh mencuci mata melihat barang-barang murah yang dijual di sana seperi barangan antik, pakaian, perhiasan, makanan dan sebagainya. Sambil jalan-jalan dan membeli-belah, anda akan disajikan alunan lagu yang pastinya mengusik jiwa daripada busker-busker jalanan di sekitar bazar.

Kesimpulan

Banyak kan tempat menarik di Pasir Gudang?

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian anda di Pasir Gudang, Johor. Kami mengucapkan selamat bercuti ke Johor dan jangan lupa pulang membawa kenangan manis.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Pasir Gudang, anda boleh menyewa kereta. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Pasir Gudang

Close Menu