fbpx

Xvipi Car Rental

5+ Tempat Menarik di Melaka yang Wajib Anda Kunjungi di Melaka-Amazing! (Best Giler)

5+ Tempat Menarik di Melaka yang Wajib Anda Kunjungi di Melaka-Amazing! (Best Giler)

Jom kita lihat tempat-tempat menarik di Melaka!

Melaka merupakan negeri yang penuh dengan tempat bersejarah dan kaya dengan tarikan tempat pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi.

Gemar menjadi sasaran bagi pelancong antarabangsa mahupun pelancong tempatan kerana tempatnya yang stretegik bagi percutian yang singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Jika anda teringin untuk jalan-jalan di Melaka, anda harus baca artikel ini sampai habis! Kami akan senaraikan tempat-tempat menarik di Melaka.

1.Encore Melaka

tempat menarik di melaka-encore-melaka-xvp

Sumber Imej dari https://blog.tourism.gov.my/

Encore Melaka merupakan tempat pelancongan baru yang sedang trending dan kini menjadi landmark baru di Melaka. Dibuka pada Julai 2018 oleh Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Bin Zahari. Kedudukan bangunan ini sangatlah strategik kerana menghadap Laut Selatan di bahagian belakang Encore Melaka. Justeru, anda dapat melihat permandangan yang indah dan gah, terutamanya pada waktu matahari terbenam.

Selain itu, binaan bangunan ini juga menjadi tarikan kepada para pelancong untuk bergambar kerana sktrukturnya yang kelihatan mewah, moden dan kontemporari. Banyak port yang menarik untuk bergambar, seperti modelling photoshoot dan pre-graduate photoshoot. Paling best, bolehlah anda ber-ootd di sini!

Tumpuan utama Encore Melaka ini sebenarnya adalah persembahan seni teater terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 2,000 tempat duduk. Panjang pentas berukuran 240 meter bakal membuatkan anda terpegun dengan suasana pentas ini setelah teater bermula.

Sumber Imej dari https://www.sunahsukasakura.com/

ENCORE MELAKA 
Waktu Tayangan:
 Setiap Hari jam 5.30 pm dan 8.30 pm

Alamat: No. 3, Jalan KSB – Impression 8,
Impression City @ Kota Syahbandar, 
75200 Melaka, Malaysia

Website
www.encore-melaka.com | http://www.yongtai.com.my

Encore Facebook Page
www.facebook.com/encore.melaka 

2.The Shore Sky Tower Melaka

Kepada yang teringin untuk menikmati permandangan luas seluruh Melaka, kami mengesyorkan anda ke The Shore Sky Tower Melaka, merupakan bangunan tertinggi di Melaka dan mempunyai 43 tingkat, 163 meter dari paras jalanan. Bangunan ini dapat melihat keseluruhan 360 darjah paranomik bandar bersejarah dan kawasan sekitarnya.

Pastikan anda tidak gayat dan mempunyai fobia ketinggian kerana lantai kaca lutsinar membuat anda merasakan seperti berjalan di udara.

Di sini, anda dilarang untuk mengambil gambar sendiri dengan kamera atau telefon bimbit, walaubagaimanapun ada kamera khas yang disediakan mengambil momen anda tetapi anda tidak semestiya wajib untuk beli gambar tersebut.

Sekiraya anda mulai bosan di Sky Tower, anda boleh turun ke bawah untuk membeli-belah di The Shore Shopping Gallery dan juga Oceanarium, bolehlah bawa anak-anak!

Sumber Imej dari skytower.theshoremelaka.com

Address: Level 42, Tower 1, The Shore Melaka, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia.

Website : skytower.theshoremelaka.com

3. Muzium Kapal Selam Melaka

Sumber Imej dari hasrulhassan.com

Muzium ini merupakan salah satu tempat-tempat menarik di Melaka. Sekiranya anda berada di sekitar bandar Melaka Bandaraya, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menuju ke Muzium Kapal Selam yang pertama di Malaysia. Nama kapal selam ini ialah SMD Ouessant Agosta 70. Ianya telah digunakan oleh krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk latihan dalam memperjuangkan negara.

Kemudian, Kementerian Pertahanan Malaysia membawa pulang kapal selam ini ke tanah air lalu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan serta dipamerkan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka. Anda mesti cuba untuk masuk ke dalam muzium kapal selam ini kerana anda akan dapat merasai pengalaman bagaimana krew kapal selam tinggal dalam keadaan yang sempit sambil menjalankan tugas.

Sesiapa yang mempunyai fobia pada ruang pasti berasa lemas dalam keadaan ini dan mungkin mimpi ngeri bagi mereka.

4. Stadthuys

Stadthuys (“dewan bandaraya” dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan LaksamanaMelaka. Anda boleh bersiar-siar sambil mencuci mata cenderahati yang dijual di sekitar sini seperti keychain, topi, kipas tangan dan banyak lagi.

Tidak kisah kalau anda hanya pelancong tempatan pasti tetap berasa teruja berjalan-jalan di sini. Anda boleh menaiki beca di sekitar situ. Anda juga boleh pergi ke Jonker Street di seberang Jalan Stadthuys untuk melihat lagi banyak tempat-tempat yang menarik.

Sumber imej dari http://www.malacca.ws/

5. The Pirate Adventure – Melaka Alive

The Pirate Adventure’ Fuhhh, bunyi macam best, kan? Tempat yang menarik dapat dikunjungi di Melaka membawa ahli keluarga bersama! Nak ajak pergi dating di sini pun tiada masalah. Baru adventure! Di sini, anda dapat merasai pengalaman dunia lanun yang menyeronokkan. Boleh lah anda bayangkan seperti anda di dalam filem Pirates of the Caribbean. Tiket yang affordable juga membuatkan ramai pengungjung pergi ke sini.

Website : http://www.melakaalive.com.my/

Alamat :  The Adventure Pirate Melaka terletak di Melaka Alive, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 10am – 7pm

Imej dari http://www.vkeong.com/

Imej dari https://www.melakaalive.com.my/index.php

6. Kota A famosa

Sekiranya anda melancong ke Melaka buat pertama kali, Kota A famosa adalah tempat yang wajib anda lawati. Ramai yang bersetuju tempat bersejarah ini merupakan tempat menarik di Melaka. Kota A famosa sudah lama dikenali sebagai mercu paling popular di Melaka. Mengikut sejarah, Ia dibina sebagai kubu pertahanan oleh penjajah Portugis di Melaka.


Sumber imej dari : http://www.malacca.ws/

7. Pantai Pengkalan Balak

Sumber imej : http://www.encikshino.com/

Pantai Pengkalan Balak terletak dalam daerah Alor Gajah. Pantai ini menjadi tumpuan pelancongan kerana keindahan dan keunikkan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitaranya aman dan damai. Pantai Pengkalan balak ini merupakan tempat perkhelahan yang paling terkenal untuk bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan.

Biasanya pantai ini dipenuhi ramai orang pada musim cuti sekolah. Di tepi pantai ini banyak restoran dan gerai-gerai yang menjual hasil laut, makanan, permainan dan pakaian.

Rugilah kalau anda tidak bermandi-manda di sini kerana persisiran pantainya yang panjang dan pasir yang bersih. Malah, chalet dan homestay banyak disediakan sekiranya anda menginginkan percutian yang singkat.

Kesimpulan

Dipilih oleh UNESCO ( United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) sebagai senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kita dapat lihat terdapat banyak tempat-tempat menarik di Melaka.

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian anda di Melaka. Kami mengucapkan selamat bercuti ke Melaka dan jangan lupa pulang membawa kenangan manis.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Melaka, anda boleh menyewa kereta. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Melaka

Close Menu