fbpx

Xvipi Car Rental

20+ Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru. Rugi Kalau Tak Singgah

20+ Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru. Rugi Kalau Tak Singgah

Sedang mencari port makanan terbaik di Johor Bahru? Kunjungi lebih daripada 20 tempat makan menarik di Johor Bahru. Memang berbaloi-baloi!

Sekiranya anda sedang merancang untuk jalan-jalan dan melawat tempat makan menarik di Johor Bahru, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Ada Apa Yang Menarik di Johor Bahru?

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang anda boleh terokai.

Sesuai kedudukannya yang hampir dengan Singapura, Johor Bahru memiliki sejarah yang unik serta tarikan budaya yang tersendiri.

Di antara destinasi-destinasi menarik adalah Johor Art Gallery, Danga Bay, Dataran Bandaraya dan Danga City Mall.

Johor Bahru juga terkenal sebagai destinasi makan-makan yang menyelerakan. Anda boleh mencuba pelbagai makanan tradisional mahupun moden negeri Johor Darul Takzim.

Berikut kami senaraikan lebih daripada 20 tempat makan menarik di Johor Bahru yang terbaik untuk anda cuba.


1.Restoran Sayam

Alamat: (No 19, Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru)

Jika anda penggemar makanan pedas ala-ala masakan Thailand, Restoran Sayam merupakan pilihan yang tepat untuk anda kunjungi.

Terdapat pelbagai menu makanan lain yang menyelerakan.

Cuba menu yang paling top dan laku keras ini; Siakap Stim Lemon. Memang layan!


2. Kacang Pool Haji

Alamat: (Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor)

Rugi kalau anda datang ke negeri Johor tetapi tidak cuba makanan tradisi dan popular di sini iaitu Kacang Pool.

Ianya sejenis makanan yang selalu di makan ketika sarapan pagi.

Kacang Pool Haji adalah salah satu tempat makan di Johor Bahru yang wajib anda rasai keunikan makanannya sendiri.


3. Kopi Keju

Alamat: (34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor)

Kalau anda sukakan makanan yang unik dan trendy, Kopi Keju adalah tempatnya.

Anda boleh menikmati makanan yang telah diubahsuai menjadi lebih unik.

Di antaranya adalah pisang goreng cheese yang ditabur dengan pelbagai jenis topping yang lain. Inilah port yang wajib anda singgah! 


4. Murtabak Majid Special Cheese No. 1

Alamat: (No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru)

Kepada penggemar murtabak, kedai Murtabak Majid adalah tempat yang anda WAJIB kunjungi.

Murtabaknya yang sangat sedap sehingga boleh teringat-ingat semasa pulang nanti. Murtabak special cheese mereka memang layan habis!

Apa yang menariknya di sini, murtabak dimasak bersama cheese yang sangat banyak. Bayangkan lelehan cheese yang keluar daripada murtabak special ni. Memang padulah.


5. Onn Kitchen

Alamat: (29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor)

Untuk mendapatkan daging lembu dan BBQ yang cukup perapannya, anda boleh cuba masakan di ONN Kitchen.

Perapan daing yang disediakan adalah yang terbaik di negeri Johor. Antara menu lain yang menjadi rebutan adalah nasi lemak sambal paru. Menyelerakan!


6. Bubur nasi istimewa No. 1

Alamat: (91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor)

Bubur nasi istimewa No.1 merupakan kedai makan yang menyediakan bubur nasi yang sedap dan menyelerakan.

Apa yang lebih menarik adalah bubur tersebut disediakan bersama dengan telur masin, kangkung tumis serta sambal kicap istimewa mereka.

Mesti datang ni!


7. Warong Saga

Alamat: (5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor)

Inilah tempat untuk anda merasai keenakan tauhu goreng terbaik di Johor.

Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah lontong kering dan laksa Johor.


8. Roslin Beriani House

Alamat: (14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor)

Roslin Beriani House merupakan antara salah satu restoran terbaik negeri Johor.

Kalau dah jalan-jalan jauh dan nak mengisi perut yang lapar, terus datang ke sini untuk menikmati nasi beriani gam yang memang lazat.

Harga pun amat berpatutan.


9. Restoran Azmi Wawa

Alamat: (ABC Kg Melayu Majidee,17 Jalan Masjid, Kg Melayu Majidee, Johor)

Di sini, anda boleh dapatkan menu istimewa mereka iaitu sup tulang merah yang memang laris.

Lepas makan, layan ABC istimewa bersama dengan topping yang bervariasi dengan hanya berharga RM3 sahaja. Berbaloi-baloi.


10. IT Roo Café

Alamat: (No. 17, Jln Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor)

Jika anda penggemar makanan barat dan tempat hipster, IT Roo Café adalah pilhan terbaik untuk anda.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu makanan Barat yang digemari ramai seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop serta Meatball special.

Suka makanan tempatan? Anda boleh cuba Cantonese Kuey teow goreng yang famous di IT Roof Café.


11. Anjung Warisan

Alamat: (JKR296, Jalan Petri,80100, Kampung Tarum)

Untuk anda yang ingin merasai suasana makanan tradisional dan kampung, Anjung Warisan adalah tempatnya.

Anda akan disajikan dengan masakan-masakan kampung yang beraneka dan lazat. Pasti menggamit memori anda seperti berada di kampung sendiri.


12. Asma Rojak Larkin

Alamat: (Food Court Mara, bersebelahan terminal bas Larkin) 

Jika anda penggemar rojak, anda boleh datang ke Asma Rojak Larkin.

Pelbagai jenis rojak yang anda boleh cuba sampai anda boleh rambang mata untuk membuat pilihan!


13. Kapten Steamboat and Grill

Alamat: (Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor)

Anda suka makan steamboat dan grill? Kalau dah sampai Johor Bahru, singgahlah ke Kapten Steamboat and Grill ini.

Dengan pelbagai pilihan makanan steamboat, pasti berbaloi untuk juadah makan malam anda.

Selain itu, restoran ini juga sesuai untuk jamuan keluarga atau rakan-rakan.


14. Sedap Corner

Alamat: (No 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor)

Nama pun dah sedap, apatah lagi tempatnya, bukan?

Tahukah anda bahawa Sedap Corner adalah di antara kedai makan yang paling lama di Johor Bahru sejak beroperasi pada tahun 1987.

Memang kedai otailah!


15. Tapah Corner

Alamat: (1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor)

Sekiranya anda mencari tempat sarapan yang terbaik, datanglah ke Tapah Corner.

Ada pelbagai jenis juadah sarapan yang pasti membuatkan anda puas makan.


16. Restoran Sri Bayu Perdana

Alamat: (13, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor)

Sejak beroperasi dari tahun 2009, restoran ini menjadi salah satu tempat makan menarik di Johor Bahru.

Di antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah menu masakan kampung yang beraneka jenis dan rasa.


17. Warung Boyan

Alamat: (Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor)

Anda tidak perlu untuk ke Indonesia lagi kerana di Warung Boyan telah menyediakan menu masakan dari Indonesia.

Bakso merupakan antara menu yang paling popular di warung ini kerana keenakan bebola daging yang pasti membangkitkan selera anda.

18. Cupchai Café and Retro

Alamat: (23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor)

Jika anda berkunjung ke sini, anda dapat menikmati pelbagai jenis makanan seperti Nasi Kukus Ayam Berempah, Mi Rebus serta makanan Barat.

Selain itu, roti titab dan kacang pool merupakan antara pilihan menu yang sangat sinonim dengan rakyat di negeri Johor.

Menyesal kalau tak datang!


19. Cookies and Ginger

Alamat: (107, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor)


Di Cookies & Ginger, menu Nachos merupakan antara menu paling istimewa yang anda patut cuba.

Selain itu, menu lain seperti Rib Eye Steak, Spaghetti Aglio Olio dan Lamb Shoulder juga tidak boleh dilepaskan sebegitu sahaja!


20. The Dreamliner Air Café

Alamat: (7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor)

Memang tak sah kalau datang ke JB kalau tak datang ke The Dreamliner Air Café.

Apa yang menarik tentang restoran ini ialah rekaan restoran yang seakan-akan kokpit kapal terbang. Anda pasti teruja.

Di antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah:

Hawaii Grill Chicken Chop

Mongolian Chicken Rice

Grill Chicken Burger dan banyak lagi!

21. Banafee Village

Alamat: (9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor)

Bagi penggemar nasi ayam penyek serta nasi padang, Banafee Village menawarkan masakan yang terbaik dan memuaskan hati anda. Di antara sebab nasi ayam penyet mereka sebab adalah kerana sambal serta kesedapan ayam tersebut.

Selain itu, anda boleh mencuba sup tulang merah serta ikan bakar yang enak.

Kesimpulan

Sebenarnya, masih banyak lagi tempat makan-makan yang sedap di Johor Bahru.

Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Johor Bahru, anda boleh menyewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Johor Bahru

Close Menu