Tempat makan best di Puchong! Jom kita lihat tempat makan best di Puchong
Tempat makan best di Puchong? Ada ke? Walaupun Puchong banyak tempat perindustrian, ada juga tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini.
Puchong terkenal dengan shopping mall iaitu IOI Mall. Terdapat juga tempat menarik yang harus anda kunjungi iaitu aktiviti rekreasi di Bukit Puchong dan Blue Lagoon.
Jika ada tempat menarik, sudah pastinya Puchong juga ada tempat makan best dan popular! Jadi di sini, kami akan senaraikan tempat makan best di Puchong. Jangan lupa bookmark dan share ya π
1.myBurgerLab

Imej dari https://myburgerlab.com/index.html
myBurgerLab adalah salah satu tempat makan best di Puchong. Kepada peminat burger, anda wajib datang ke kedai makan ini. myBurgerLab merupakan kedai popular yang sudah banyak tersiar dalam media elektronik dan media cetak. Jika anda seorang vegetarian, di kedai ini ada juga menu istimewa yang khas untuk vegetarian. Selain daripada burger, terdapat juga hidangan lain seperti Umami Mashed Potatoes, Salsa Nachos, Popcorn Chicken dan lain-lain.
Restoran ini selesa dan kemas sesuai dijadikan sebagai port βinsta-worthyβ sambal menikmati hidangan burger yang sedap. Rugi jika anda tidak singgah ke tempat makan ini!

Imej dari https://www.timeout.com/kuala-lumpur/restaurants/myburgerlab-sunway
Alamat: 3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Selasa β Jumaat (11am β 1015pm)
Sabtu β Ahad (11am β 4pm, 5pm β 1015pm)
Ditutup pada hari Isnin
Website: https://myburgerlab.com/index.html
2. Dangau Western

Imej dari Facebook Dangau Western
Ada pelbagai jenis hidangan western food yang anda boleh pilih. Jika anda mencari restoran yang menghidangkan western food, Dangau Western merupakan pilihan yang terbaik. Harganya pula memang murah dan berpatutan. Anda pasti rasa berbaloi dan berpuas hati .
Alamat: B11, Jalan Puchong, Kampung Pasir Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi : Isnin-Sabtu : 10am-10pm
Tutup setiap Ahad
No tel: 012-341 5756
Facebook : Dangau Western
3. Warung Cikgu Puchong

Imej dari https://funntaste.com/warung-cikgu-puchong/
Dengan harga RM5, anda boleh dapat nasi berlauk ayam di Warung Cikgu Puchong ini. Warung ini amatlah popular di kalangan warga Puchong. Ini adalah kerana, pelbagai menu yang dihidangkan dengan harga yang murah. Selain itu, menu yang famous adalah nasi kuku dan Nasi Mmanggey. Makanan ini sama seperti nasi kukus ayam goreng tapi ayam itu dipotong secara cincang.
Ada juga menu lain seperti ABC Oreo yang berharga hanyalah RM4 sahaja yang sesuai diminum ketika cuaca panas. Jika anda mencari tempat makan untuk makan tengah hari, Warung Cikgu Puchong merupakan pilihan yang terbaik.

Imej dari https://www.anajingga.com/2015/07/colek-ayam-dan-air-kelapa-baldi-di.html
Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi : Isnin-Ahad : 8am- 10pm
Facebook: @WarungCikgu.Puchong
4. Restoran Patin Place

Imej dari http://blog.malaysiamostwanted.com/2013/07/invited-patin-place-bandar-puchong-utama.html
Seterusnya, tempat makan best di Puchong adalah Restoran Patin Place. Sudah tentu menu istimewa di restoran ini adalah berasaskan patin. Jika anda peminat ikan patin, anda harus singgah ke restoran ini. Menu popular mereka adalah Gulai tempoyak Ikan Patin yang boleh dimakan dengan nasi pandan atau nasi lemak mereka. Jika anda berkunjung ke Puchong, jangan lupa singgah ke restoran ini.
Alamat: 31, Jalan BPU 5, Bandar Puchong Utama, Puchong
Waktu Operasi: Setiap hari β 10:30am β 11pm
5. Along Western

Imej dari Facebook Along Western
Along Western amatlah popular di kalangan penduduk Puchong. Bukan sahaja makanan western, malah makanan tempatan juga ada dihidangkan. Reka hias yang selesa membuatkan pengunjung selesa menikmati makanan yang dihidangkan bersama seisi keluarga.
Harganya juga sangat berpatutan dan sedap. Jika anda buntu hendak makan western atau tempatan, Along Western merupakan pilihan yang terbaik kerana menghidangkan makanan western dan tempatan. Berbaloi jika anda makan di sini.
Alamat : Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor
Kesimpulan
Terdapat banyak tempat makan best di Puchong yang popular dan mempunyai hidangan sedap.
Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan mana yang anda gemari.
Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Puchong, anda boleh menyewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.
Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.