fbpx

Xvipi Car Rental

6+ Tempat makan best di Melaka

6+ Tempat makan best di Melaka

Melaka bukan sekadar destinasi cuti yang best semata-mata. Selain daripada tempat-tempat yang bersejarah, ada juga tempat makan best di Melaka. anda tidak singgah ke restoran yang best di Melaka.

Kepada food hunting, mesti anda sedang mencari tempat makan best di Melaka bukan? Di sini, kami akan senaraikan tempat makan BEST di Melaka. Jangan lupa bookmark artikel ini jika anda ingin bercuti ke Melaka!

1.Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant

Imej dari https://afiqhalid.com/2017/03/04/roti-nan-pak-putra-kota-laksamana-melaka/

Ramai orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke restoran ini jika singgah ke Melaka. Restoran Pak Putra Tandoori & Naan menyajikan hidangan dan lauk-pauk dari resepi India Utara seperti tandoori dan naan.

Menu yang menjadi kegemaran ramai adalah ayam tandoori, roti cheese naan serta lassinya. Harga yang berpatutan juga menjadi tarikan ramai untuk makan di restoran ini. Jika anda singgah ke Melaka, jangan lupa pergi ke restoran ini okay!

Lokasi: Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 5:30 PM – 1:00 AM

No. Telefon: +6012-6015876

2. Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Imej dari https://www.tripadvisor.com.au/LocationPhotoDirectLink-g306997-d1841333-i159813670-Medan_Ikan_Bakar_Muara_Sungai_Duyung-Melaka_Central_Melaka_District_Mela.html

Bagi penggemar ikan bakar, restoran ini sememangnya untuk anda! Restoran ini menjadi pilihan sebagai salah satu tempat makan best di Melaka kerana ia menyajikan pelbagai seafood seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan sebagainya. Harga juga sangat berpatutan serta tempat makan di sini selesa dan bersih.

Lokasi: Jalan Padang Temu, 75050, Melaka

Waktu Operasi: 5:00 PM – 11:00 PM

No. Telefon: +6012-6362339

3. Mee Besen

Imej dari https://saji.my/mee-besen-melaka/

Sebenarnya, besen tersebut hanyalah untuk mengisi makanan yang dipesan. Kebiasaanya, mee besen ini harus dinikmati oleh ramai orang kerana mee tersebut akan dihidangkan dalam besen.  Anda akan diberikan mangkuk kecil untuk digunakan bersama-sama.

Ramai yang bersetuju restoran ini sebagai tempat makan best di Melaka kerana harga untuk menu di restoran ini murah.Anda boleh pilih saiz S untuk hidangan dua hingga tiga orang, saiz M (3-4 orang), Size L (4-6 orang) yang masing-masing berharga RM6, RM10 dan RM15.

Alamat: PNo 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun

Waktu Operasi: 3:30petang – 10:00malam (Hari Isnin tutup)

Facebook: Mee Besen Ori Melaka

4. Big Bowl Ice

Imej dari https://www.sunahsukasakura.com/2019/03/aduhai-sedap-sangat-royal-durian-snow.html

Kepada peminat ice-shaving desserts, Big Bowl Ice ini untuk anda! Anda pasti rambang mata jika pergi ke kedai ini kerana terdapat macam-macam menu. Semuanya sedap-sedap belaka. Ada pelbagai perisa ais parut yang dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan, kekacang dan pudding.

Jika anda penat berjalan-jalan di Melaka, apa kata anda singgah ke tempat makan ini untuk menyejukkan badan anda? Anda pasti tidak akan menyesal punya.

Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2

Tel: 06-281 6796

Waktu Operasi: 12 tengah hari – 12 malam

5. Klebang Original Coconut Shake

Imej dari https://www.bikesrepublic.com/featured/weekend-ride-restaurant-lot-85-jalan-durian-daun-melaka/attachment/klebang-original-coconut-shake/

Melaka juga terkenal dengan coconut shake yang viral sehingga kini! Ramai pengunjung tidak lupa untuk beli klebang original coconut shake ini jika singgah ke Melaka. Ia menjadi salah satu tempat makan best di Melaka kerana rasa keaslian coconut shake yang lazat itu menjadi favourite ramai orang.

Sambil- sambal anda beriadah di Pantai Klebang, anda boleh la datang ke sini untuk menikmati coconut shake dan juga kuih-muih Melayu, Nasi Lemak dan lain-lain.

Alamat: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)

Waktu Operasi:

Sabtu – Khamis: 12:30 tengahari ke 6:30 petang

Jumaat: 2:00 petang ke 6:30 petang

6. Kuih Keria Antarabangsa

Imej dari https://www.rebeccasaw.com/kuih-keria-in-melaka-haji-jalil-kuih-keria-antarabangsa-kuih-keria-antarabangsaw-hjh-rahman/

Craving kuih keria? Jangan risau, di Melaka juga ada kuih keria yang juga sedap dan popular sehingga la kini. Kuih kerianya yang rangup di luar, manis dan lembut di dalamnya menjadi ramai kegemaran orang ramai. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan kuih keria ini .Harga untuk sebiji kuih keria tu hanyalah 60 sen sahaja. Murah kan?

Alamat: Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (130pm – 7pm), ditutup pada hari Jumaat

7. Royal Mango Shake Batu Berendam

Imej dari http://www.vkeong.com/eat/mango-float-royale-melaka/

Selain coconut shake, tempat makan best di Melaka adalah Mango Float Royale. Perjalanan dari Shah Alam hanyalah memakan masa 1 jam 25 minit sahaja membuatkan anda rasa berbaloi dengan Royal Mango Shake ini.

Ditopping dengan aiskrim vanilla serta ketulan-ketulan manga menjadi ramai kesukaan orang terutamanya jika diminum pada waktu panas terik. Anda mungkin akan beratur panjang untuk mendapatkan mango shake ini.

Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca, Malaysia

Waktu operasi: Open now:  12–6:30PM, 8:30–11:30PM

8. Asam Pedas Selera Kampung

Imej dari http://kucingtanah.blogspot.com/2014/04/asam-pedas-selera-kampung-bandar-hilir.html

Hidangan asam pedas sangat popular di Melaka. Tapi, tempat makan best di Melaka yang menyediakan asam pedas sedap semestinya Asam Pedas Selera Kampung!

Restoran ini banyak hidang lauk campur atau masakan kampung. Menu popular di restoran ini sudah semestinya asam pedas. Di sini, asam pedas dimasak menggunakan beberapa jenis ikan seperti ikan pari, ikan kembung, ikan merah, dan ikan selar. Kuahnya juga pekat dan sangat menyelerakan.

Alamat: Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu operasi: 7am – 6pm

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat makan best di Melaka yang popular dan mempunyai hidangan sedap.

Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan mana yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Melaka, anda boleh menyewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Melaka.

Leave a Reply

Close Menu