fbpx

Xvipi Car Rental

Ketahui Fungsi 7 Simbol Utama Di Dashboard Meter (Amazing)

Ketahui Fungsi 7 Simbol Utama Di Dashboard Meter (Amazing)

Simbol utama di dashboard adalah penting untuk ketahuinya!

Kalau anda tengok, banyak betul simbol pada dashboard meter ini. Sebagai pemandu, ketahui fungsi setiap simbol yang ada pada dashboard sudah menjadi tanggungjawab mereka. Jika kereta anda berlaku sebarang kerosakan, anda akan tahu punca kerosakan tersebut jika anda tahu setiap fungsi simbol tersebut. Kebanyakannya pemandu kereta hanya mengetahui perkara-perkara asas tentang kereta sahaja. Ada juga diantara mereka yang tahu pandu kereta sahaja.

Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengetahui simbol serta fungsi pada dashboard meter kereta kita. Tapi perlu diingat bahawa tidak semua kereta mempunyai simbol ini. Berikut adalah isyarat kereta yang perlu anda tahu:

1.Lampu amaran sistem bateri kenderaan

simbol-utama-di-dashboard-bateri

Imej dari https://carput.my/your-car-dashboard-signs-what-does-it-mean

Jika simbol ini bernyala pada dashboard anda, ia merujuk kepada bateri kenderaan anda. Sekiranya ia  bernyala selepas menghidupkan enjin dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin kereta.

2. Minyak

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://says.com/my/tech/car-dashboard-symbols

Simbol ini juga merupakan salah satu simbol utama di dashboard. Ini adalah kerana, fungsi bagi simbol ini adalah untuk memberi isyarat pada pemandu bahawa minyak kereta anda dah nak habis. Jadi, kalau anda nampak simbol ini, cepat-cepatlah pandu kereta anda ke stesen minyak.

FUN FACT

Simbol anak panah pada simbol minyak ini menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda.

3. Amaran lampu tinggi (Main Beam Headlights)

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://diparvel.wordpress.com/2017/07/04/cual-es-el-significado-de-las-luces-del-tablero/

Jika anda menggunakan lampu tinggi semasa memandu, simbol ini akan bernyala. Simbol ini biasanya bewarna biru pada papan dashboard anda. Lampu ini akan menyebabkan kesukaran pada pemandu dan penunggang dari arah hadapan . Ia hanya boleh guna di kawasan yang sunyi dan tidak berlampu. Jangan sesekali menggunakan lampu ini ketika anda memandu di lebuh raya.

4. Tekanan tayar

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://www.stanleysubaru.com/blog/2012/january/13/subaru-tire-pressure-monitoring-systemwhat-it-means-for-you-and-your-subaru.htm

Simbol tekanan tayar ini juga merupakan simbol utama di dashboard kereta. Simbol ini bermaksud tekanan tayar kereta anda tidak seimbang. Ini mungkin ingin menunjukkan tayar kereta anda kurang angin. Jadi, jika anda ada nampak simbol ini pada dashboard kereta anda, segeralah periksa keadaan tayar kereta anda ya.

5. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan

simbol-utama-di-dashboard.

Imej dari https://www.yourmechanic.com/article/is-it-safe-to-drive-with-the-tcs-light-on

Ini bermaksud TCS (Traction Control System) anda berada di dalam mod pilihan Off iaitu tidak aktif. Traction Control System ialah sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan tayar pada permukaan jalan. Sistem ini amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat.

Anda amatlah tidak digalakkan untuk sistem TCS (Traction Control System) dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin.

6. Kunci Anti Break (Advanced Braking System)

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://vatire.com/car-maintenance-tips/what-all-the-symbols-on-your-dashboard-mean/

Jika anda nampak simbol ini bernyala pada dashboard anda, ia bermaksud terdapat masalah pada sistem break anti-lock kereta anda. Jadi, anda harus segera bawa kenderaan anda ke bengkel sekiranya anda sedang memandu.

7. Bateri

fungsi-simbol-di-dashboard

Imej dari https://says.com/my/tech/car-dashboard-symbols

Simbol ini juga adalah salah satu simbol utama di dashboard. Simbol amaran ini menunjukkan bahawa bateri kereta anda semakin lemah. Simbol ini akan bernyala sekiranya alternator kereta anda ada masalah. Sebelum pergi ke bengkel, anda boleh behenti menggunakan aircond dahulu ataupun radio.

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Anda wajib ambik tahu mengenai perkara ini kerana kereta itu milik anda dan anda harus jaga kereta anda demi keselamatan anda juga.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1.Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

2. Kereta Sewa Johor Bahru – 011-10784332

3. Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

4. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

5.Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

6. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

7. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 433

8. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

9. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa kereta

Close Menu