Sewa Vellfire dengan Xvipi Car Rental – 8 Kelebihan Toyota Vellfire (Best MPV)

Sewa Vellfire dengan Xvipi Car Rental – 8 Kelebihan Toyota Vellfire (Best MPV)

Sewa vellfire dengan kami! MPV ini dari dahulu sehinggalah kini merupakan raja MPV di Malaysia sejak Toyota Jepun memperkenalkannya pada tahun 2008. Ramai yang mengenali Toyota Vellfire ini sebagai The Best Choice for MPV. Toyota Vellfire menerima permintaan ramai daripada mereka yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun.

Apa yang menarik mengenai kereta Toyota Vellfire ini? Sesiapa yang mahu rasai keistimewaan Toyota Vellfire ini, anda boleh sewa vellfire dengan kami! Kami, Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan sewa kereta yang affordable dan tip-top condition khas untuk anda.

sewa-vellfire

Imej dari https://carfromjapan.com/specifications/toyota/vellfire/58133a992afaa2c4b2868003

Sewa vellfire di sini

Baca artikel ini untuk mengetahui keistimewaan Toyota Vellfire ini 😄

1.Harga lagi murah daripada Toyota Alphard

Jika anda mencari MPV yang mewah tetapi dalam lingkungan bajet RM400 ribu, Toyota Vellfire adalah pilihan yang terbaik. Harga Toyota Alphard di Malaysia bermula daripada RM429,800 keatas manakala anda boleh dapatkan Toyota Vellfire bermula dari berharga RM350,800.

2. Sistem keselamatan yang tinggi

Anda jangan risau akan hal keselamatan apabila sewa vellfire dengan kami ini. Kereta mewah ini mempunyai sistem keselamatan yang tinggi iaitu di setiap cermin mempunyai satu airbag yang besar bagi mengelakkan pemandu/penumpang tidak cedera.

Sistem keselamatan aktif dan pasif standard untuk MPV mewah ini termasuklah tujuh beg udara SRS, ABS dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control.

sewa-vellfire-airbag

Imej dari https://www.toyota.co.th/alphard/en/vellfire.html

3. Alat ganti senang didapati di mana-mana

Alat ganti untuk kereta Toyota Vellfire ini senang didapati di mana-mana tempat memandangkan jenama Toyota adalah popular di Malaysia.

Banyak bengkel menyimpan stok alat ganti Vellfire ini dan kerosakkannya tidaklah menjadi isu besar di kalangan pemilik MPV ini. Ramai yang tidak mengalami kesusahan untuk mencari barang ganti bagi membaiki kereta Toyota Vellfire ini.

4. Tempat duduk yang selesa

Tempat duduk bagi Toyota Vellfire ini mempunyai material kulit yang dinaiktaraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi. Selain itu, bahagian penyandar serta perehat kaki juga boleh dilaraskan dengan kuasa elektrik.

5. Pelbagai variasi warna

Terdapat banyak variasi warna bagi Toyota Vellfire ini. Warna menarik ditampilkan bagi kereta ini. Antara warna – warnanya ialah, black, bordeaux mica metallic, dark blue mica, dark violet mica metallic, grey metallic, light blue metallic, silver metallic dan white pearl crystal shine.

Namun semua warna adalah sama harganya kecuali white pearl crystal shine, dimana ia lebih mahal RM1000. Ini kerana warna itu lebih cantik putihnya dan lebih jernih berbanding warna putih lain.

Imej dari https://www.pinterest.com/pin/4714774580678473/?lp=true dan https://prestigemotorsport.com.au/toyota-alphard-hybrid-and-vellfire-hybrid-30-series-import-and-model-information/

Sewa vellfire di sini

6. Enjin

Seterusnya, Toyota Vellfire hadir dalam satu varian sahaja dilengkapi enjin 2.5 liter empat silinder dengan ciri Dual VVT-i. Output kuasa maksimumnya ialah 32kW/180PS dan tork 235Nm. Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi CVT (continuously-variable transmission) tujuh kelajuan.

7. Mempunyai Toyota Safety Sense

Salah satu keistimewaan Toyota Vellfire ini adalah penawaran Toyota Safety Sense generasi kedua sebagai ciri standard untuk semua varian. Sistem berkenaan mengandungi ciri-ciri termasuk pengesanan pejalan kaki dan pengayuh basikal (siang sahaja) bagi Pre-Collision System, serta Lane Tracing Assist (LTA), Road Sign Assist (RSA) dan juga ciri Front Departure Alert (FDA) ketika berhenti di lampu isyarat.

8. Reka bentuk yang menarik

Design Toyota Vellfire memaparkan rupa ‘Keberanian dan Tidak Gentar’ (Bold and Fearless) yang menampakkan reka bentuk Toyota memiliki ciri-ciri pengayaan yang teguh berbanding MPV-MPV yang lain.

toyota-vellfire-sewa-vellfire

Imej dari http://www.autofuturedesign.com.my/v3/toyota-vellfire-rolling-on-hre-performance-flowform-ff04-wheels/

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa vellfire dengan kami!

Hanya RM1500 sahaja untuk sewa Vellfire bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 011-1098 4332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 011-5501 4332

3. Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

4. Melaka Bandaraya – 011-5502 4332

5. Ayer Keroh – 011-5503 4332

6. Batu Berendam – 011-5506 4332

7. Kuantan – 011-5508 4332

8. Puchong – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa vellfire.