You are currently viewing Hyundai Starex pilihan keluarga. Jom sewa Starex dengan kami. Anda pasti berasa fun dan best! -2019

Hyundai Starex pilihan keluarga. Jom sewa Starex dengan kami. Anda pasti berasa fun dan best! -2019

Kereta model Hyundai Starex, kenderaan MPV yang sesuai untuk membawa penumpang ramai, menjadikan kelebihan bagi mereka yang berkeluarga besar. Sewa starex dengan kami untuk merasai keistimewaan starex!

Melihat ke ruang dalamannya, MPV ini dipadankan dengan kerusi saduran kulit serba mewah. Ia menyediakan 4 baris tempat duduk yang dapat memuatkan 11 penumpang. Yang menariknya tentang kereta ini adalah kerusi di bahagian hadapan pemandu boleh memuatkan 3 penumpang, manakala anda juga boleh melaraskan 3 baris kerusi di bahagian belakang bagi tujuan keselesaan.

Imej dari https://www.hyundai.com.my/m/starex.aspx

Imej dari https://www.carlist.my/

Imej darihttps://www.hyundai.com.my/showroom/starex/

Tempat duduk tengah dapat dimanfaatkan ruang dengan menjadikan tempat rehat tangan atau dapat juga berfungsi sabagai meja makan mini.

Paling best, baris kerusi pertama ini dapat dipusingkan sehingga 180 darjah bagi menghadap penumpang baris kerus kedua. Hebat, bukan? Tambahan pula, sekiranya anda memerlukan ruang untuk membawa barangan besar, kerusi baris keempat boleh dilipat dan ditolak ke hadapan.

Walaubagaimanapun, bagi kerusi di lorong tengah itu dilihat lebih sesuai kepada kanak-kanak bawah 10 tahun kerana kerusi tersebut tidak menyediakan bahagian alas kepala, tapi orang dewasa juga boleh untuk menggunakannya untuk jarak perjalanan yang dekat.

Suis kawalan automatik pintu gelungsur turut disediakan bagi memudahkan penumpang belakang keluar atau masuk, cumanya pergerakan pintu ini agak perlahan berbanding MPV lain yang pernah penulis pandu uji sebelum ini.

Kamera bantuan di depan dan belakang kereta juga turut ada bagi memudahkan pemandu kereta ketika meletakkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan.

Dari aspek hiburan, Grand Starex Royale ini dipadankan dengan skrin monitor DVD bersaiz 7 inci di bahagian belakang dan skrin monitor untuk penumpang hadapan yang lengkap dengan suis kawalan jauh. Enam salur pendingin hawa tersedia bagi memberikan udara sejuk kepada setiap penumpang dan tombol kawalan suhu juga disediakan di tengah bumbung kenderaan ini.

Imej dari https://www.one2car.com/en/for-sale/hyundai-grand-starex-vip-eastern-region-mueang-chonburi/3903662

Untuk keselamatan, Hyundai Starex Royale dilengkapi dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan memberi perlindungan tambahan ketika berlaku kemalangan. Rangka badan kereta Starex diperkuatkan dengan binaan tiang dan rangka yang mampu menahan impak pelbagai kategori.

Selain itu, ia juga dipasang sistem brek dengan ABS dan EBD serta Program Stabiliti Elektronik (ESP) bagi membantu pemandu apabila kereta dberhenti secara mengejut yang memudahkan pengawalan kereta dilakukan. Di samping itu, kereta ini juga dipadankan kamera keselamatan pemanduan secara standard.

Imej dari https://www.hyundai.com.my/showroom/starex/

Meskipun saiz kereta ini besar, ia bukan penghalang untuk meluncur laju di lebuh raya kerana enjin diesel 2.5 liter CRDi dipadankan pengecas turbo dengan geometri bervariasi (VGT) yang mampu menghamburkan kuasa 170PS pada takat 3,800rpm dan tork maksima 392Nm bermula 2,000 hingga 2,500rpm.

Ketika dipandu uji, dengan tangki penuh MPV itu mampu bergerak lebih 500 kilometer pada kelajuan tinggi ataupun kadangkala mendatar.

Ramai di kalangan pengguna kereta Hyundai Starex Royale mengatakan bahawa kereta ini sangat jimat minyak walaupun memandu dalam perjalanan yang jauh. Ini kerana penggunakan enjin turbo diesel dengan ciri Variable Geometry Turbocharger(VGT) didakwa dapat menghasilkan kuasa tork maksimum 392 Nm ketika kelajuan enjin mencecah 2,000 hingga 2,500 rpm.

Penggunaan enjin 2.5L turbo diesel ini juga dapat memberikan kuasa yang mencukupi bagi perjalanan jauh dan kereta juga tidak merasai kehilangan ketika menaiki jalan berbukit. Awesome, kan?

Kesimpulannya, kereta Hyundai Starex Royale ini merupakan kereta ideal bagi membawa seisi keluarga bersiar-siar. Apa lagi , jomlah sewa Starex dengan kami, Xvipi Car Rental!

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk percutian anda kelak.

Anda boleh sewa kereta Hyundai Starex dengan kami!

Hanya RM550 sahaja untuk sewa Starex bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami iaitu XVP Car Rental. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Kami menawarkan pelbagai jenis kereta untuk disewa. Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah :

1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Melaka Bandaraya – 01155024332
4. Ayer Keroh – 01155034332
5. Batu Berendam – 01155064332
6. Kuantan – 01155084332
7. Puchong – 0143627272
8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Klik sini untuk sewa starex.