fbpx

Xvipi Car Rental

Jom Sewa Bezza! Ketahui Kelebihan Bezza yang awesome! (Terbaru 2019)

Jom Sewa Bezza! Ketahui Kelebihan Bezza yang awesome! (Terbaru 2019)

Dengan harga yang mampu milik disertakan dengan teknologi baru serta rekaan yang menarik, Perodua Bezza telah menjadi fenomena kepada seluruh rakyat Malaysia. Jom sewa Bezza dengan Kami!

Perodua Bezza adalah sedan EEV pertama di Malaysia yang mana ianya memberi keselesaan kepada ruangan dalaman dan kekuatan enjin dengan terknologi VVT-i yang mana lebih menjimatkan minyak. Selain itu, Perodua Bezza juga mempamerkan teknologi masa kini yang lebih effektif.

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/bezza

Model Bezza menggunakan sistem Timing Chain, DOHC (Double Over Head Cam) yang mana memberikan lebih kuasa semasa pecutan. Terdapat lima keluaran bagi model Perodua Bezza, iaitu Standard G Manual, Standard G Auto, Premium X Manual, Premium X Auto dan juga Advance. Model Standard G bernadikan enjin 1000cc, dan tiga model yang lain bernadikan 1300cc.

Berbeza dengan keluaran sebelum ini yang mana ianya adalah ‘re-badged’ dari model keluaran Daihatsu, Perodua Bezza adalah model pertama Perodua yang direka sendiri oleh Perodua. Tidak diambil dari mana-mana model keluaran Daihatsu.

Dengan penggunaan enjin VVT-i, Perodua Bezza menjanjikan penggunaan minyak yang baik dan prestasi yang mengkagumkan.

BACK_LEFT_-1-e1492170779460-630x336-sewa-bezza

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/bezza

Sewa Bezza dengan kami untuk ketahui kelebihan Bezza!

CIRI-CIRI ADVANCE TECHNOLOGY PADA PERODUA BEZZA

Sistem Mula Henti ( Eco Idle) akan ditawarkan pada varian Perodua Bezza 1.3 Advance yang persamaan dengan teknologi yang digunakan pada Mazda2 iaitu i-Stop. Enjin mati bila berhenti atau tidak bergerak dan akan hidup semula dengan menekan pedal minyak.


Smart entry dan push start button yang sememangnya canggih. Pemandu tidak perlu mengeluarkan kunci untuk membuka pintu kereta. Untuk menghidupkan kereta pula hanya dengan menekan pedal brek dan tekan butang ‘start’.


✅ Vehicle Stability Control (VSC)


✅ Bagi pengguna Android pula, telefon bimbit anda boleh disambungkan ke sistem audio visua kereta ini.


✅ Penumpang tempat duduk belakang, USB port turut disediakan.

ewa-bezza-xvp-car-rental

Imej dari https://www.motortrader.com.my/

Kesemua model Bezza dilengkapi dengan :

⭐️ Lampu hadapan auto-off function

⭐️ Double Reflector mentol Hologen dengan Chrome Finish

⭐️ Mempunyai pocket di ruang belakang kerusi

⭐️ Cup Holder di bahagian hadapan

⭐️ Keempat-empat pintu dilengkapi dengan Bottle Holder dah pocket di sisi pintu

⭐️ Multipurpose compartment

⭐️ Luggage Net

⭐️ Under luggage compartment

⭐️ System Electric Power Steering berfungsi meringankan beban enjin

⭐️ Reverse Sensor

⭐️ Airbag berkembar

⭐️ ABS & EBD

⭐️ Seat penumpang di sebelah hadapan dilengkapi dengan Anti-Snatch Hook dan Shopping Hook untuk kedua seat di hadapan

⭐️ ISOFIX sistem untuk keselamatan bayi

⭐️ Headlamp reminder dengan Buzzer

Jom Sewa Bezza dengan Xvipi Car Rental untuk ketahui keistimewaannya.

REKA BENTUK PERODUA BEZZA YANG BAGUS

sewa-bezza-xvp-car-rental

Imej dari https://www.motortrader.com.my/

Kesemua model Perodua Bezza dilengkapi dengan 5 tempat duduk termasuk pemandu. Menjengah ke bahagian dalam, kabinnya terasa luas dan terbuka walaupun pada hakikatnya Bezza kelihatan kecil dari luar.

Secara keseluruhan, rekaan papan pemuka adalah kemas dan tidak berserabut dengan tiga tombol di bahagian tengah dan kemasan hitam berkilat dari hujung ke hujung (untuk varian Premium X dan Advance sahaja).

RUANG BOOT PERODUA BEZZA YANG LUAS 

sewa-bezza

Imej dari http://www.peroduakajang.com.my

Berbeza dengan keluaran sebelum ini, Perodua Bezza kali ini tampil dengan satu lagi ciri-ciri yang mampu menawan semua pengguna kereta. Ya, bonet bersaiz besar dengan keluasan 508 liter. Anda boleh memuatkan 4 bagasi di dalam bonet tersebut.

Walaupun mempunyai ruang bonet yang besar iaitu 508 liter (lebih besar dari mana-mana pesaing segmen A yang ada), tempat duduk belakang tidak terjejas. Dengan ketinggian purata asia, orang dewasa masih dapat duduk dengan selesa kerana kerusinya tidak terlalu tegak. Ruang kaki dan kepala juga memuaskan.

Imej dari https://www.motortrader.com.my/

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa Bezza dengan kami!

Hanya RM150 sahaja untuk sewa Bezza bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Melaka Bandaraya – 01155024332
4. Ayer Keroh – 01155034332
5. Batu Berendam – 01155064332
6. Kuantan – 01155084332
7. Puchong – 0143627272
8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Klik sini untuk sewa Bezza.

Close Menu