Sewa Axia dengan kami! Perodua adalah antara jenama yang paling popular di Malaysia. Jika anda lihat di mana-mana tempat pun, mesti anda akan perasan ramai yang menggunakan kereta Axia. Perodua Axia merupakan salah satu kereta yang mampu dimiliki. Ramai students dan mereka yang baru sahaja habis belajar menjadikan kereta ini sebagai kereta harian mereka.
Kereta keluaran Perodua ini menjadi ramai rebutan penduduk Malaysia kerana kelebihannya. Baca artikel ini untuk ketahui keistimewaan kereta Perodua Axia!

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/axia
1.Harga mampu milik
Dengan Harga serendah RM24ribu sahaja untuk varian paling rendah manakala RM42ribu untuk varian paling tinggi spesifikasinya, menjadikan ramai orang membeli Axia. Affordable price serta berkualiti tinggi mampu dimiliki menarik tumpuan ramai. Tambahan pula, terdapat banyak variasi warna bagi Perodua Axia ini. Anda boleh memilih warna seperti putih, perak, biru, merah dan oren.
Perodua Axia E: RM24,090
Perodua Axia G: RM33,490
Perodua Axia GXtra: RM34,990
Perodua Axia SE: RM38,890
Perodua Axia AV: RM43,190
Perodua Axia STYLE: RM38,890
2. Jimat minyak

Ramai yang bersetuju bahawa Perodua Axia merupakan kereta yang jimat minyak! Mempunyai enjin petrol iaitu 998cc 12 injap DOHC 1KR-DE2 13 yang diperoleh oleh Toyota dan Daihatsu dan enjin tersebut direka semula oleh Perodua.
Enjin 1.0 liter baru menawarkan 66 hp (49 kW) pada 6000 rpm dan tork 90 Nm (66 lb ft) pada 3,600 rpm yang boleh didapati dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatic 4 kelajuan. Selain itu, Perodua Axia mampu mencapai sehingga 21.6km/l untuk manual manakala 20.1km/l untuk automatik semasa dalam ‘Eco Mode’.
3. Gear Up
Perodua Axia juga menawarkan aksesori GearUp ini bagi mereka yang mahukan tambahan untuk menjadikan kereta mereka lebih unik. Badan GearUp juga ditawarkan, yang terdiri dari kemasan bampar hadapan, belakang serta side skirt, serta lain-lain. Selain itu,pilihan ini juga turut menawarkan aksesori bahagian dalaman yang terdiri dari karpet khas, alas untuk ruang simpanan barang, lapisan kalis bunyi di pintu dan hud, serta balutan khas untuk tempat duduk.
4. Ruangan boot yang luas 260 liter

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/axia
Walaupun saiz kereta ini sederhana, ia mempunyai ruangan boot yang luas sebanyak 260 liter. Ramai yang berpendapat bahawa boot bagi kereta Perodua Axia lebih luas daripada Myvi.
5. Kualiti yang baik
Walaupun harga nya mampu dimiliki berbanding kereta lain, kualiti bagi Perodua Axia ini adalah terbaik. Mempunyai dua beg udara, inilah salah satu kelebihan sewa Axia. Kereta keluaran Perodua ini dilengkapi dengan dua beg udara lagi. Selain itu, terdapat juga sistem anti kecurian penggera (Alarm & Immobiliser ) dan stering berkuasa electrik. Hebat bukan?
6. Ruang kabin yang selesa
Ruangan kabin bagi Perodua Axia luas dan sangat selesa. Walaupun kereta ini kelihatan kecil di luar, ruang dalaman bagi Axia agak luas dan selesa untuk memuatkan 5 orang penumpang dewasa. Sebagai contoh, bagi penumpang 170 cm tidak ada masalah untuk duduk di seat belakang walaupun seat pemandu sudah di set pada kedudukan memandu. Masih ada ruang dan lutut tidak sampai mencecah belakang seat driver.

Imej dari https://www.autoevolution.com/cars/perodua-axia-2014.html
Kesimpulan
Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa axia dengan kami!
Hanya RM120 sahaja untuk sewa axia bagi sehari!
Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.
Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.
1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272
4. Melaka Bandaraya – 01155024332
5. Ayer Keroh – 01155034332
6. Batu Berendam – 01155064332
7. Kuantan – 01155084332
8. Puchong – 0143627272