fbpx

Xvipi Car Rental

Sewa Alza Dengan Kami! Kelebihan Kereta Alza – Wow, Amazing! (2019)

Sewa Alza Dengan Kami! Kelebihan Kereta Alza – Wow, Amazing! (2019)

Anda boleh sewa Alza dengan kami!

Kita dapat lihat ramai yang menjadikan kereta Alza sebagai kereta harian mereka. Perodua Alza sememangnya pilihan terbaik untuk bajet sedehana kepada sesiapa yang berkeluarga.

Imej dari https://paultan.org/2018/09/05/2018-perodua-alza-facelift-introduced-from-rm51k/

Ramai pemandu aplikasi Grab atau Mycar menggunakan kereta Perodua Alza ini untuk membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat. Mempunyai tujuh tempat duduk, senang pemandu Grab atau Mycar mendapatkan penumpang yang ramai.

Tidak hairanlah, sebanyak 344,200 unit Alza telah dijual sejak pengenalan model itu pada tahun 2009. Perodua Alza merupakan model MPV (multi-purpose vehicle) pertama yang dikeluarkan oleh jenama Perodua pada tahun 2009.

Sejak pelancarannya, Alza telah menerima beberapa penambahbaikan dan juga facelift. Facelift terkini Alza dilancarkan pada September 2018. Kini, Alza mempunyai tiga pilihan varian, iaitu S, SE dan model aksesori penuh Advance.

Perodua Alza menawarkan keselesaan, praktikaliti, fleksibiliti dan ruang yang cukup untuk tujuh orang menjadikan ianya MPV digemari oleh ramai. Antara pilihan warna yang terdapat pada Perodua Alza adalah Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Electric Blue.

alza-colour-sewa-alza

Imej dari https://belikeretaonline.wordpress.com/perodua-alza/

Jika anda mahu merasai kehebatan Perodua Alza, sewa Alza dengan kami!

Anda boleh buat tempahan di Whatsapp/laman web kami untuk dapatkan respon yang cepat.

SEBAB-SEBAB PERODUA ALZA DIGEMARI OLEH ORANG RAMAI

1.Kos penyelengaraan yang rendah

Tidak dinafikan jenama Perodua ini kereta yang affordable untuk mereka yang mempunyai anak yang ramai. Kos penyelenggaran yang rendah senang untuk pemandu hantar kereta ni ke kedai servis. Selain itu, senang untuk anda mendapatkan sparepart bagi kereta ini jika kereta Perodua Alza anda mempunyai kerosakan.

2. Jimat minyak petrol

Ya! Minyak petrol anda akan jadi jimat dengan menggunakan kereta Alza ini. Anggaran penggunaan petrol hanyalah 16km setiap liter.

3. Harga mampu dimiliki

Harga bagi satu unit Perodua Alza ini bermula dari RM51,490. Anda boleh check harga kereta ini di laman web Perodua  http://www.perodua.com.my/pricing/alza/ez. Walaupun model ini boleh dikategorikan sebagai MPV bersaiz kecil, Alza boleh memuatkan tujuh penumpang di dalam satu masa. Berikut adalah senarai model-model Perodua Alza:Perodua Alza Standard (MT) RM51,490


▶️ Perodua Alza Standard (AT) RM54,290

▶️ Perodua Alza SE (AT) RM56,890

▶️ Perodua Alza Advance (AT) RM62,690

harga di atas jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia.

Seperti yang diwar-warkan slogan Perodua Alza ini, “More than a sedan, more than an MPV” memang terbukti bahawa Perodua Alza ini banyak keistimewaanya. Sewa Alza ini dengan kami untuk mengetahui ciri ciri keistimewaan Perodua Alza ini.

perodua-alza-2018-front-angle-low-view-233300-sewa-alza

Imej dari https://www.zigwheels.my/new-cars/perodua/alza

Alza 2014 mempunyai tiga varian iaitu standard (manual/auto), SE (manual/auto) dan Advanced Version (auto).

SPESIFIKASI TERDAPAT PADA PERODUA ALZA:

sewa-alza

Imej dari https://careta.my/article/perodua-alza-15-av-2018-apa-yang-barunya


✅ Enjin 1.5 liter 3SZ-VE DVVT yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau kotak gear automatik empat kelajuan.Model ini juga mampu menghasilkan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136 Nm

✅ Grafik panel instrumen dan kluster tengah direka semula

✅ Kunci kawalan jauh two-motion (tekan sekali untuk membuka pintu pemandu, tekan dua kali untuk membuka kesemua pintu

✅ Aksesori GearUp

✅ Kapasiti tangki bahan api : 42 liter

✅ Tayar : 185/55 R15

✅ Warna pilihan : Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple & Passion Red

sewa-alza

Imej darihttps://peroduakotadamansara.blogspot.com/2016/05/perodua-alzawarna-pilihanvarian-dan.html

Apa pendapat anda tentang kereta Perodua Alza ini? Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda.

Jika anda mahu merasai keistimewaan Alza, anda boleh sewa Alza dengan kami!

Hanya RM180 sahaja untuk sewa Alza bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332

3. Melaka Bandaraya – 01155024332

4. Ayer Keroh – 01155034332

5. Batu Berendam – 01155064332

6. Kuantan – 01155084332

7. Puchong – 0143627272

8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Klik sini untuk sewa Alza.

Close Menu