Kereta Sewa Malaysia

Senarai Kereta Murah 2019 Yang Disukai Ramai

Senarai Kereta Murah 2019 Yang Disukai Ramai

Terdapat banyak sebab kenapa orang membeli kereta pada masa kini. Salah satunya adalah kerana harga kereta murah.

Memiliki kereta murah dianggap sebagai keperluan utama bagi setiap individu pada hari ini.

Walaupun Malaysia telah mempunyai jaringan pengangkutan awam yang semakin meluas, namun dengan adanya kereta terutama di kawasan bandar tetap menjadi pilihan. Persoalan utama, macam mana saya nak memiliki kereta dengan harga yang berpatutan?

Namun sebelum membuat keputusan membeli kereta, fikir masak-masak terlebih dahulu, terutama dalam hal pinjaman dalam tempoh sembilan. Tersilap langkah, confirm merana!

Sama ada hendak beli kereta baru atau terpakai, itu terpulang kepada anda. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Antara perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membeli kereta adalah:

kira bayar kereta

Harga kereta

Semestinya harga kereta terpakai jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kereta baru. Contohnya, anda mungkin mendapat pengurangan harga sehingga 50% jika anda memilih untuk membeli kereta terpakai.

Perbandingan harga boleh dilihat seperti di bawah:

Pinjaman

Anda boleh membeli kereta dengan menggunakan simpanan anda jika harga kereta kurang dari RM10,000 – sekaligus tidak perlu membuat pinjaman sewa-beli daripada bank.

Dengan mengambil kira keadaan semasa harga kereta yang bernilai lebih RM50,000, pengguna perlu membuat pinjaman sewa-beli dengan pihak bank.

Bagaimanapun bank mengenakan faedah yang tinggi jika seseorang membeli kereta terpakai antara 3.6% hingga 4.6%, berbanding faedah kereta baru sekitar 2.5%.

Perlu diingatkan, komitmen bulanan anda untuk membayar kereta tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan anda. Jadi rancang sebaiknya!

Cukai jalan dan insurans

Roadtax perlu diperbaharui setiap tahun. Cukai jalan dan insurans bagi kereta baru dan import biasanya lebih mahal berbanding kereta terpakai.

servis kereta murah

Penyelenggaraan berkala

Untuk anda yang membeli kereta baru, kos penyelenggaraan buat lima tahun pertama mungkin tidak terasa berat kerana masih dalam tempoh warranty. Jika ada tambahan kos pun, mungkin pada bahagian tertentu sahaja.

Berbanding kereta tempatan, kos penyelenggaraan bagi kereta import lebih menelan kos yang tinggi.

Jika anda membeli kereta terpakai, anda harus membuat simpanan khas bagi setiap sesi penyelenggaraan berkala. Mungkin ada bahagian tertentu pada kereta berkenaan yang perlu ditukar ganti.

Jika melihat keadaan semasa, ramai anak-anak muda di Malaysia memilih memakai kereta kompak kerana kelihatan lebih murah dan trendy selain komitmen bulanan yang masih berpatutan.

Antara kereta yang sering menjadi pilihan anak-anak muda adalah:

Perodua Axia – Kereta dengan satu pilihan enjin 998cc yang menawarkan harga murah dan berbaloi untuk dibeli, malah jimat minyak. Harganya bermula dengan RM24,000 (manual) dengan bayaran bulanan serendah RM240 untuk 9 tahun.

Perodua Myvi – Dengan rekaan yang ranggi, kereta ini mencatatkan jualan paling tetringgi bagi tempoh sembilan tahun ia diperkenalkan, sekaligus menjadikan Perodua sebagai syarikat kenderaan nombor satu di Malaysia. Myvi mempunyai dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L serta transmisi antara manual dan automatik.

Lebih menarik Myvi mempunyai nilai jual balik lebih tinggi berbanding beberapa kereta nasional yang lain. Harga Myvi bermula dengan 41,500 dengan bayaran bulanan serendah RM420 untuk tempoh 9 tahun.

Proton Iriz – Dengan pilihan enjin 1.3L dan 1.6L, Iriz merupakan moden tercanggih dari syarikat pengeluar kereta ini. Saiznya nampak kecil, namun ruang di dalamnya lebih besar berbanding Myvi. Harga bagi transmisi manual bermula dengan RM41,077 dengan bayaran bulanan serendah RM446 bagi 9 tahun.

Proton Saga – Merupakan kereta paling murah di Malaysia dan paling jimat minyak. Ia juga mempunyai ruang yang besar, sesuai untuk anda yang berkeluarga. Harga bermula dari RM33,243 dengan bayaran bulanan RM350 untuk tempoh 9 tahun.

Kia Picanto – Sesuai untuk anda yang mahu sebuah kereta yang kelihatan stylo dan dilengkapi aksesori keselamatan dan moden. Dengan dua transmisi pilihan sama ada manual atau automatik dan enjin 1.2L, Picanto dijual dengan harga bermula RM54,888 dengan bayaran bulan RM560 selama 9 tahun.

Namun begitu, ada di kalangan kita lebih gemar menyewa kereta daripada memiliki. Selain dari mengurangkan komitmen bulanan, ada beberapa lagi manfaat penting yang boleh dikaitkan dengan menyewa kereta.


Elak kos penyelenggaraan

Ini kerana ia dilakukan sendiri oleh agensi atau syarikat khidmat sewa kenderaan berkenaan, maka pengguna hanya memikirkan keperluan mengisi petrol dan gas.

Jika anda mahu menyewa kenderaan dalam tempoh yang lama, agensi atau syarikat terbabit akan memberi tempoh masa untuk membawa kereta bagi penyelenggaraan.

Tak perlu risau jika kenderaan rosak di tengah jalan.

Kebiasaannya agensi atau syarikat khidmat sewa kenderaan sudah mempunyai senarai bengkel atau individu yang perlu dihubungi jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Malah mereka turut menyediakan kenderaan ganti jika sesuatu kenderaan itu tidak boleh dibaiki dalam tempoh singkat.

Elak kerosakan pada kenderaan sendiri

Anda boleh mengelakkan penggunaan kilometer yang tinggi pada kereta anda sendiri, sekaligus tidak perlu pening kepala untuk menghantar kenderaan ke pusat servis bagi penyelenggaraan.

Kenderaan sesuai ikut keadaan

Antara manfaat menyewa kenderaan adalah keperluan terhadap keadaan khas yang tidak dijangka. Katakan anda perlu mengangkut banyak barangan untuk berpindah, anda boleh menyewa sebuah MPV yang besar.

Kesemua keperluan ini boleh ditemui dengan menyewa kenderaan di Xvipi Car Rental!

Dengan pelbagai pilihan kenderaan dari saiz sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV) hinggalah kereta mewah  – semuanya mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan.

Dengan harga kereta yang murah menerusi pakej harian, mingguan dan bulanan, XPV Car Rental menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti demi kepuasan pelanggan.

Ini sekaligus menjadikan pilihan terbaik di kalangan syarikat atau agensi khidmat kereta sewa yang lain.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut atau untuk pertanyaan berkenaan kereta sewa, hubungi mereka hari ni.

Leave a Reply

Close Menu