You are currently viewing Rutin Pemeriksaan Kenderaan (Kalau Nak Pass Lesen Kereta)

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (Kalau Nak Pass Lesen Kereta)

Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan lesen kereta sudah diperketatkan dengan penambahan ujian iaitu rutin pemeriksaan kenderaan (RPK)?

Sesi pemeriksaan kenderaan adalah syarat penting untuk mengambil lesen memandu.

Ini kerana cara nak mendapatkan lesen kereta sudah diperketatkan dengan penambahan ujian iaitu rutin pemeriksaan kenderaan (RPK).

RPK adalah rutin pemeriksaan kenderaan untuk semua ruangan kereta termasuk enjin dan perkakasan yang ada di boot belakang kereta.

Jika diingat kembali, pada zaman dahulu sekitar awal tahun 2000 hingga 2013, rutin pemeriksaan kenderaan ini tidak diwujudkan.

Namun, selepas tahun 2014 ianya telah diwujudkan bagi membolehkan setiap calon mendapatkan lesen kereta masing – masing.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil kira sepanjang proses RPK JPJ dijalankan nanti.

Apa yang pasti, keseluruhan proses ini perlu dilakukan dalam tempoh 7 minit sahaja.

PEMERIKSAAN KENDERAAN POSISI HADAPAN

PEMERIKSAAN DOKUMEN

1. Keluarkan lesen L dan periksa sambil menyebut:

“LESEN BELAJAR MEMANDU SAYA kelas D/DA masih sah tempoh sehingga ….”

2. Sila periksa cukai jalan sambil menyebut :

“CUKAI JALAN KENDERAAN masih sah tempoh sehingga ….”

DITERUSKAN DENGAN PEMERIKSAAN KENDERAAN

3. “CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak/…”

4. Angkat wiper dan bersihkan sambil menyebut :

“WIPER HADAPAN KIRI & KANAN dalam keadaan baik/koyak/…”

     5. “BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek/…”

     6. “LAMPU HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/…”

     7. “LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/…”

     8. “NO. PLATE PENDAFTARAN hadapan XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/…”

     9. “BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah/…”

POSISI SISI KANAN

Anda dikehendaki menyebut ayat seperti dibawah sambil memeriksa keadaan kenderaan anda dihadapan pegawai JPJ.

10. “TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/…”

11. “LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik/tidak pecah/…”

12. “CERMIN PINTU HADAPAN DAN BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik/retak…”

#.   Buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan dan but belakang.

#.   Tutup pintu

13.   “TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/…”

POSISI BELAKANG

14.   “CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik/retak/…”

#    (angkat wiper belakang jika ada dan bersihkan)

“WIPER BELAKANG dalam keadaan baik/koyak/…”

15.   “LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/…”.

16.   “LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/…”

17.   “BUT BELAKANG dalam keadaan baik/kemek/…” (merujuk kepada penutup but)

18.  “NO. PLATE PENDAFTARAN BELAKANG XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/…”

19.   “BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah/…”.

POSISI RUANG BUT

#.   Buka bonet (pemeriksaan ruang but)

20.   “Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN”

21.   “Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/…”

22.   “Dilengkapi dengan TOOLS spana pembuka tayar/ pemutar jek/jek/jumper/…”

#.   Tutup bonet


POSISI SISI KIRI

23.  “TAYAR BELAKANG KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/…”

24.  “CERMIN PINTU BELAKANG DAN HADAPAN, KIRI dalam keadaan baik/retak…”

25.  “LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik/tidak pecah/…”

26.   “TAYAR HADAPAN KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/…”

POSISI HADAPAN

RUANG ENJIN

#.   Buka bonet

27.   “BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik” – (buka salah satu penutup) – “paras elektrolit/air bateri mencukupi/tidak mencukupi…”

28.   “BATERI SEL KERING dalam keadaan baik” – (jika ada penunjuk) – “warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj/ditukar”.

29.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak cukup.

30.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak cukup.

31.   (picit hos) “HOS AIR dalam keadaan baik/retak/…”

32.   (cabut dipstick, bersihkan, masukkan semula, cabut semula) “Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak cukup”

33.   (tekan) – “TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur”

34.   (buka penutup) – “paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mnencukupi…”

35.   (buka penutup) – “paras CECAIR BREK mencukupi/tidak mnencukupi…”

#.   (buka penutup) – AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi…”

#.   Tutup bonet

36. Memastikan RPK dilakukan dalam tempoh 7 minit.

Jadi, sebelum anda menghadirkan diri anda ke ujian memandu bagi mendapatkan lesen kereta anda, pastikan anda membuat latihan secukupnya.

Setiap elemen rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) ini penting kerana ianya syarat untuk melayakkan diri anda ke peringkat seterusnya.

P.S Ingin mendapatkan khidmat sewa kereta dengan harga yang berpatutan tetapi kualiti yang diinginkan?

Klik sini untuk melihat senarai tempat kereta sewa berdekatan anda.