You are currently viewing Myvi, Kereta Affordable Untuk Semua- Sewa Myvi Dengan Kami (2019)

Myvi, Kereta Affordable Untuk Semua- Sewa Myvi Dengan Kami (2019)

Ya! Anda boleh sewa Myvi dengan kami. Kita dapat lihat ramai orang terutamanya orang muda suka memilih kereta myvi sebagai kereta harian mereka.

Kereta berjenama Perodua ini sememangnya mempunyai banyak kelebihan. Walaupun reka bentuk yang sederhana, harganya yang affordable juga menarik ramai perhatian ramai untuk membeli kereta ini. Kita dapat lihat juga ramai mengakui kereta myvi merupakan kereta bajet yang mampu dimiliki oleh semua.

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi

Keluaran Perodua ini mempunyai banyak pilihan warna iaitu
Ivory White (solid) ,Glittering Silver (metallic) , Mystical Purple (metallic) dan banyak lagi. Myvi mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan merupakan kereta laris sepanjang 2006 hinggalah ke 2011 di Malaysia.

Anda boleh sewa Myvi dengan kami untuk mengetahui keistimewaannya. Jangan lupa untuk share dan bookmark artikel ini kepada orang sekeliling anda!

1.Jimat Minyak

Imej dari https://milosinar.my/viral/inspirasi/4-rahsia-isi-minyak-yang anda-tidak-tahu

Penjimatan minyak bagi Perodua Myvi ini ialah sebanyak 6 liter per 100km. Menggunakan enjin berteknologi DOHC 16 injap, enjin Myvi 1.3 diselenggarakan dengan pemasangan injap yang berubah-ubah.

Kepada yang inginkan kereta yang jimat minyak serta praktikal, Myvi merupakan pilihan yang terbaik. Model ini amatlah sesuai kepada students, orang yang bekerja dan orang yang memerlukan kereta untuk perjalanan jauh yang menjimatkan minyak.

2. Kamera undur dan penderia (sensor) undur untuk Model 1.5 Advance Version sahaja.

Kamera undur sangat berguna dan penting untuk pemandu. Kamera undur menawarkan anda melihat pandangan belakang kenderaan secara penuh dan jelas. Senang untuk anda memakir kereta serta dapat mengelak daripada kemalangan. Selain itu, Myvi juga mempunyai front sensor untuk parking kereta.

3. Kos penyelenggaran yang rendah

Imej dari https://pandulaju.com.my/10-kesilapan-penjagaan-kereta/

Bila ditanya kenapa memilih Myvi, ramai yang memberi jawapan bahawa kos penyelenggaran untuk kereta Myvi adalah rendah. Anda tidak perlu risau akan kos penyelenggaran kereta Myvi kerana jika di hantar ke kedai servis kereta, pasti kereta anda dicaj rendah. Aksesori / alat ganti (spare part) untuk model ini juga senang didapati di pasaran.

4.Harga mampu dimiliki

Bagi golongan muda khususnya mereka yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin bekerja, Myvi sememangnya merupakan pilihan yang bijak untuk menjadikan sebagai kereta harian. Bagi sesiapa mahu membuat pinjaman di bank, ia akan menjadi mudah untuk diluluskan kerana Perodua mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan penyedia servis sewa beli.

Anda boleh juga membeli kereta Myvi ini bermula dari harga RM42,790.00 sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh check harga kesemua model Myvi di website ini http://www.perodua.com.my/pricing/myvi/g-mt

5. Beg udara berkembar (dual airbag)

Imej dari https://www.carsifu.my/news/2017-perodua-myvi-launched-all-you-want-to-know

Walaupun reka bentuknya yang compact, kereta keluaran Perodua ini mempunyai beg udara verkembar di tempat penumpang. Sistem keselamatan ini adalah penting supaya dapat mengelakkan kemalangan di atas jalan raya menjadi bertambah teruk. 

6. Tahan lasak

Imej dari https://careta.my/article/perodua-myvi-gen-3-yang-baik-dan-yang-buruk

Pendek kata, Myvi ini merupakan kenderaan yang serba boleh. Enjin yang dipasang oleh Myvi ialah enjin siri NR iaitu enjin yang berasal dari Toyota. Enjin Myvi dibuat dengan menggunakan “iron cast” menjadikan ia lebih tahan lasak.

Selain itu, enjin ini menggunakan mekanisma dual-VVTi pada injap kemasukan dan juga injap ekzos. Jadi, mekanisme dual-VVTi ini menjadikan enjin lebih jimat serta tahan ketukan. Bukan itu saja, Perodua juga telah melengkapkan enjin ini dengan mekanisma “start stop” ataupun dipanggil sebagai “eco idle”.

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda.

Anda boleh sewa Myvi dengan kami!

Hanya RM130 sahaja untuk sewa Myvi bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah :

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Melaka Bandaraya – 01155024332
4. Ayer Keroh – 01155034332
5. Batu Berendam – 01155064332
6. Kuantan – 01155084332
7. Puchong – 0143627272
8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Klik sini untuk sewa Myvi.