fbpx

Xvipi Car Rental

Makanan viral dan famous di Malaysia (2019)

Makanan viral dan famous di Malaysia (2019)

Setiap tahun kita lihat pelbagai makanan viral di laman media sosial. Jika terdapat seorang yang merasakan makanan itu unik, pasti dia akan share di media sosial untuk ajak orang lain try makanan tersebut. Marketing sebegini sememangnya dapat memberi keuntungan kepada penjual yang menyediakan menu makanan viral.

Ada juga di antara mereka yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba makanan viral yang hanya terdapat di sesebuah negeri sahaja.

Malah, ada yang diantara mereka yang suka membuat makanan viral ini menggunakan resepi yang di share di social media. Walaubagaimanapun, makanan viral ini tidak semuanya bertahan. Ada juga yang terus hilang buat ketika waktu.

Jom kita lihat makanan apa yang viral pada tahun 2019! Baca artikel ini sehingga habis ya.

1.Family Mart

Imej dari https://hype.my/2017/150031/7-malaysians-reveal-real-reason-love-going-familymart/

Walaupun Family Mart ini dibuka di Malaysia pada tahun 2016, Family Mart dianggap makanan viral pada tahun 2019. Family Mart ini merupakan kedai runcit yang berasal dari Jepun dan merupakan kedai serbaneka terbesar di dunia selepas 7-Eleven. Cawangan pertama di Malaysia dibuka pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Young di Bukit Bintang.

 Makanan yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah oden. Harganya yang berpatutan membuatkan oden ini selalu je habis di Family Mart. Lagi satu yang famous adalah aiskrim matcha. Aiskrim dia lembut jee cair dimulut gitu! Kini, Family Mart banyak cawangan di Malaysia.

Alamat: Outlet Family Mart

Waktu operasi: 24 Jam (Outlet tertentu)

Imej dari https://www.klook.com/blog/en-my/familymart-food-malaysia/

Imej dari https://says.com/my/makan/omg-familymart-is-selling-belgian-dark-chocolate-sofuto-and-milkshake

2. Bubble Tea

Imej dari https://www.klnow.com.my/english/10-pearl-milk-tea-shops-drop-subang-ss15/

Fenomena bubble tea telah menjadi salah satu makanan viral pada tahun ini. Ramai orang yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli bubble tea ini. Pelbagai jenama bubble tea yang ada di Malaysia ini.

Contohnya, Daboba, Tealive, Xing Fu Tang dan banyak lagi. Setiap jenama bubble tea ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun, jangan minum banyak sangat ya sebab bubble tea ini sangat manis!

Imej dari https://herinspirasi.com/dapur-with-love/jom-makan/gila-bubble-tea-ini-6-jenama-bubble-tea-yang-anda-kena-cuba/2/

3. La Fleur X Uniqorn

Imej dari https://www.makanlena.com/cafe-pink-bertemakan-unicorn-di-la-fleur-x-uniqorn/

Kafe ini tersangatlah unik kerana interior berwarna pink dan unicorn! Amatlah sesuai untuk tempat dating dan belanja anak-anak ke kafe ini. Kat sini juga anda boleh pakai onesie unicorn secara free beserta props yang ada di situ seperti headband unicorn dan lain-lain.

Kepada anda yang suka ambik gambar, kafe ini amatlah sesuai dengan interior nya yang insta-worthy!  Makanan viral di sini adalah waffle. Anda boleh memilih topping untuk waffle anda seperti aiskrim bubblegum, Unicorn Sh*t atau Unicorn Niple. Jangan lupa untuk singgah ke kafe ini!

Alamat: La Fleur E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor

Waktu operasi: 12 pm-12 am(Isnin-Khamis)

 10 am-1 am(Jumaaat-Ahad)

4. Coconut Briyani

Imej dari https://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/3932/hey-malaysians-are-your-tastebuds-ready-for-the-coconut-biryani

Nasi briyani selalunya dihidangkan di atas pinggan. Tapi makanan viral ini sangatlah special keranan ia dihidangkan dalam buah kelapa! Lauk dan nasi briyani tu dimasukkan kedalam buah kelapa dan buah kelapa tu dikukus selama 20 minit. Kita dapat bau aroma nasi briyani itu sangat unik.

Alamat: Tengga Briyani, 1, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

5. Ais Kepal Milo

Imej dari https://www.wanista.com/2018/157747/10-lokasi-ais-kepal-milo-paling-kaw-sekitar-malaysia/

Makanan viral yang seterusnya adalah ais kepal milo. Ais berserta dengan milo adalah kombinasi yang sedap. Malt coklat yang manis dan berkrim itu dapat memikat hati sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi penggemar desserts! Ais kepal milo ini ditopping dengan ais krim, serbuk milo,cibisan oreo dan lain-lain lagi membuatkan ramai yang membeli ais milo kepal ini.

Imej dari https://www.wanista.com/2018/157747/10-lokasi-ais-kepal-milo-paling-kaw-sekitar-malaysia/

Ais kepal milo di Taman Medan, Petaling Jaya hanyalah berharga RM3. Ramai orang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ais kepal milo ini.

Alamat: Ais Kepal Milo Viral di Taman Medan, Petaling Jaya

6. Avocado Choc Klebang

Imej dari http://www.vkeong.com/location/malaysia/melaka/malacca-avocado-choc-melaka/

Dijual di Klebang, Melaka, Avocado Chocolate Klebang ini menjadi pilihan pengunjung lagi-lagi mereka yang melancong ke Melaka. Ada yang sanggup datang jauh untuk rasa chocolate shake ini. Pantai Klebang bukan sahaja popular dengan cocounut shake sahaja, malah ia juga popular dengan pelbagai makanan viral.

Walaupun ia dihadiri dengan chocolate, minuman ini dikira menyihatkan kerana terdapat avocado. Jika anda singgah ke Melaka, jangan lupa untuk rasa minuman ini ya!

Minuman ini dijual di Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, bersebelahan dengan kuih keria Limbongan.

Kesimpulan

Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai makana viral yang terdapat di artikel ini. Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332

3. Melaka Bandaraya – 01155024332

4. Ayer Keroh – 01155034332

5. Batu Berendam – 01155064332

6. Kuantan – 01155084332

7. Puchong – 0143627272

8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Klik sini untuk sewa kereta

Close Menu