Kereta Sewa Puchong 2019

Kereta Sewa Puchong 2019

Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan Kereta sewa Puchong bertempat di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Taman Puchong Prima.

Sewa Kereta di Puchong sekarang.

Pick-Up
Information
Reservation
Puchong Branch
datepicker
Return
Information
Reservation
Puchong Branch
datepicker

Puchong telah wujud sejak lebih dari 120 tahun dahulu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan sepanjang Jalan Puchong.

Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil berada di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebahagian besar pula ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah pentadbiran Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong, KESAS, ELITE dan Lebuhraya Sungai Besi.

Puchong telah menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat di Lembah Klang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur dan rangkaian pengangkutannya yang baik. Sebanyak 8 stesen LRT berada di kawasan ini, dari Alam Sutera ke Puchong Prima. Lokasinya yang berdekatan di antara Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang dan Putrajaya dijangka menjadi pusat perniagaan yang melengkapi Kuala Lumpur.

Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan yang besar. Antaranya seperti DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk.

Sektor perkhidmatan juga mula berkembang di Puchong seperti perkhidmatan kereta sewa, menjahit, pembersihan dan lain2 dengan permintaan yang semakin meningkat setiap tahun.

Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.

Tempat-tempat menarik di Puchong:

  • Kompleks Sukan Rakan Muda
  • Kinrara Golf Club (KGC)
  • Tasik Sri Aman
  • Tasik Wawasan
  • Tasik Puchong Perdana
  • Masjid Terapung Puchong Perdana
  • Pusat Rekreasi Bandar Puteri
  • IOI Mall
  • IOI Boulevard
  • The Wharf
  • Prima Walk

Hub pengangkutan berdekatan:

  • LRT Puchong Prima

Pusat Pendidikan, IPTA dan IPTS di Puchong:

  • Binary University College
  • Rima International University College
  • KFCH International College
  • Kolej MASA

Kawasan Perumahan yang berdekatan:

  • Taman Puchong Utama
  • Taman Puchong Perdana
  • Taman Desa Millenium
  • Taman Puchong Prima
  • Taman Tasik Prima
  • Taman Puchong Permai
  • Taman Puchong Permata
  • Taman Puchong Indah
  • Taman Puchong Intan
  • TTDI Puchong
  • Puchong Batu 12 3/4
  • Kampung Tengah
  • Kampung Kenangan
  • Kampung Kuala Sungai Baru
  • Kampung Sri Aman
  • Kampung Sri Puchong
  • Kampung Bersatu
  • Kampung Sri Andalas
  • Kampung Sri Langkas
  • Taman Puchong Tekali
  • Taman Puchong Utama
  • Taman Perindustrian Puchong Utama
kereta sewa puchong

Kereta Sewa Puchong – Xvipi Car Rental

Kelebihan sewa kereta dengan Xvipi Car Rental Puchong:

  • Kebersihan dan penyelenggaraan kereta yang rapi dan terjaga
  • Perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan
  • Sewaan kereta mengikut harian, mingguan atau bulanan
  • Pelbagai jenis kereta dari yang kecil sehinggalah kereta yang besar dan mewah
  • Tiada had kilometer bagi sewaan

Senarai kereta sewa yang disediakan di cawangan Puchong:

  • Perodua Viva – kereta hatchback, sesuai untuk 4-5 orang
  • Perodua Myvi – kereta hatchback, sesuai untuk 5 orang
  • Proton Saga FLX – kereta sedan, sesuai untuk 5 orang dan bag luggage
  • Perodua Bezza – kereta sedan, sesuai untuk 5 orang dan bag luggage
  • Perodua Alza – MPV, sesuai untuk 6 orang dan bag luggage
  • Proton Exora – MPV, sesuai untuk 6 orang dan bag luggage

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyewa kereta kami:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Bil Utiliti (elektrik atau air)
  • Kad Pelajar (bagi pelajar sahaja)

Tempah kereta sewa kami segera:
014-362 7272
(Call, SMS, Whatsapp, Telegram)

Facebook Xvipi Puchong