5+ Kereta Jimat Minyak (Update 2020)

5+ Kereta Jimat Minyak (Update 2020)

Kereta jimat minyak sememangnya sangat berguna untuk kita. Lagi-lagi dengan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia, kereta jimat minyak banyak membantu kita dalam mengurangkan perbelanjaan dari segi minyak petrol.

Kalau nak beli kereta memang banyak perkara yang kena difikirkan. Anda kena fikir dari segi penjimatan penggunaan minyak, bayaran bulanan, penyelenggaraan dan sebagainya.

Jadi, dengan adanya kereta jimat minyak, penggunaan minyak dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan. Kepada sesiapa yang mencari kereta untuk kegunaan harian atau hendak menyewa kereta, di sini kami senaraikan kereta yang jimat minyak. Jangan lupa bookmark artikel ini dan share ya 😄

1.Perodua Axia  21.6km / liter

kereta-jimat-minyak-perodua-axia

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/axia

Perodua Axia terbukti merupakan salah satu kereta jimat minyak. Anda hanya perlu beli minyak RM10 SAHAJA untuk 100km. Kereta keluaran Perodua ini datang dengan hanya satu pilihan enjin iaitu 998c.

Perodua Axia ialah pengganti Perodua Viva dan ia lebih besar daripada Viva. Selain itu, kabinnya mempunyai ruang kaki yang hampir sama dengan Myvi dan bentuknya yang seakan dengan Myvi. Dari segi harganya pula, Perodua Axia adalah kereta yang murah. Anda boleh dapatkan perodua Axia dengan berharga serendah RM40 ribu sahaja.

Jika anda mencari Perodua Axia, anda boleh sewa Axia dengan kami, Xvipi Car Rental. Hanya RM120 sahaja bagi sehari untuk sewa Axia.

Sewa Axia Di Sini

2. Perodua Myvi 1.3 (Auto) – 17km/liter

myvi-kereta-jimat-minyak

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi

Perodua Myvi merupakan kereta nombor satu di Malaysia yang serba boleh. Kita pergi mana-mana pun, mesti kita akan lihat ramai yang memakai kereta Perodua Myvi ini. Anda hanya perlu beli minyak RM12.70 SAHAJA untuk 100km. Myvi diselenggarakan dengan pemasangan injap yang berubah-ubah serta berteknologi DOHC 16 injap, menjadikan ia mempunyai kapasiti 1298 cc serta menghasilkan 90 hp pada 6 rpm.  

Harganya pula boleh dikatakan berpatutan kerana serendah RM42 ribu lebih untuk varian paling rendah manakala RM54 ribu lebih untuk varian paling tinggi. Myvi sesuailah kepada sesiapa yang mencari kereta untuk kegunaan harian dan pelajar universiti.

Mencari Perodua Myvi untuk disewa? Anda boleh sewa dengan kami! Hanya RM130 sahaja bagi sehari untuk sewa Myvi!

Sewa Myvi Di Sini

3. Perodua Bezza – 21km/liter

perodua-bezza-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://autobuzz.my/2016/07/21/perodua-bezza-1-0l-1-3l-launched-priced-rm37k-rm51k/

Kereta jimat minyak yang lain adalah Perodua Bezza. Bezza termasuk dalam senarai dalam kereta sedan bajet. Harganya cukup berpatutan, bermula dari RM 34 ribu lebih untuk varian paling rendah manakala RM47 ribu lebih untuk varian paling tinggi. Untuk penggunaan minyak, anggaran dari 21km/liter sehingga 22.8km/liter sahaja.

Selain itu, Perodua Bezza menggunakan teknologi sistem ECO Idle yang berfungsi mematikan enjin secara automatik sekiranya kereta berada dalam keadaan diam dan enjin akan dihidupkan secara automatik ketika brek dilepaskan sekaligus dapat menjimatkan penggunaan minyak di situ.

Nak tahu kehebatan Perodua Bezza? Anda boleh sewa bezza dengan kami! Hanya RM150 sahaja bagi sehari untuk sewa Bezza dengan kami.

Sewa Bezza Di Sini

4. Proton Iriz – 14.5km

Proton-IRIZ-1.6L-Premium-Genetic-Silver-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://arenapermotoran.my/2014/09/25/proton-iriz-didatangkan-dalam-pilihan-tujuh-warna-luaran/proton-iriz-1-6l-premium-genetic-silver/

Terdapat lebih 50,000 buah unit Proton Iriz dijual di Malaysia. Ini adalah kerana, Proton Iriz menampilkan specs yang berkualiti tinggi serta harga yang berpatutan. Enjin 1.6 liter ada terdapat pada Iriz ini serta dapat menghasilkan 107hp pada, 5,750hp pada, dan 150Nm pada 4,000rpm. Selain itu, rekod rasmi bagi Proton Iriz adalah 14.9km/Liter bersamaan 100 km = RM14.90 sahaja untuk transmisi Automatik.

Jika anda mahu membeli Proton Iriz, anda boleh dapatkan dengan harga RM36ribu lebih sahaja untuk varian paling rendah manakala RM50ribu lebih untuk varian paling tinggi. Iriz mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue dan Ruby Red.

Kami ada menawarkan Proton Iriz untuk disewa. Hanya RM150 sahaja untuk sewa Iriz dengan kami.

Sewa Iriz Di Sini

5. Honda City 2016 – 17km/liter

honda-city-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://autos.maxabout.com/cars/honda/city-2016

Kereta jimat minyak yang lain adalah Honda City. Menggunakan enjin 16 SOHC injap, ia dilengkapi dengan injap pergerakan semulajadi yang berubah-ubah. Ia juga berkapasiti 1497 cc dengan kuasa 118 hp pada 6600 rpm, tork 145 Nm pada 4600 rpm pula adalah bacaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan Honda City dengan berharga RM73 ribu untuk varian paling rendah manakala RM75 ribu untuk varian paling tinggi.

Anda boleh sewa honda city dengan kami! Hanya RM250 sahaja bagi sehari untuk sewa Honda City.

Sewa Honda City Di Sini

6. Proton Saga

saga-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/saga

Proton Saga merupakan kereta baru mampu milik yang juga salah satu kereta sedan murah di Asean. Saga sesuai dijadikan sebagai kenderaan utama untuk sebuah keluarga kerana ia mempunyai ruang letak barang yang besar. Selain itu, Saga mempunyai transmisi manual dan auto dan dua jenis enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Anda boleh dapatkan Proton Saga bermula dari RM33,242.40 untuk Saga SV Manual.

Kami juga menawarkan Proton Saga untuk disewa! Hanya RM130 sahaja bagi sehari untuk sewa Saga.

Sewa Saga Di Sini

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta jimat minyak yang sesuai untuk kereta harian anda.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda. Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

1.Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

2. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

3. Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

4. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

5. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 4332

6. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

7. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa kereta