fbpx

Xvipi Car Rental

Kelebihan Sewa Saga FLX 1.6 SE. Jom sewa dengan Xvipi Car Rental! (Terbaru 2019) Awesome!

Kelebihan Sewa Saga FLX 1.6 SE. Jom sewa dengan Xvipi Car Rental! (Terbaru 2019) Awesome!

Ada yang berminat nak sewa Saga? Jom kita baca kelebihan-kelebihan dia! Konsep yang sama diguna pakai oleh Proton untuk model Saga, namun variasi FLX 1.6 SE ini lebih ke arah gaya hidup.

Menggunakan badan Saga FLX dengan muncung terbaru dan lampu belakang putih dengan LED, ia ditambahkan lagi dengan bodykit sekeliling yang berwarna kelabu gelap metalik untuk memberikan sedikit kelainan dari model-model lain di jalanraya.

Selain itu, kemasan dalam menggunakan balutan kulit hitam dengan jahitan benang merah – cukup sporty dan garang. Stereng dan tuil gear juga menerima kemasan yang serupa. Sistem audio Clarion lengkap dengan port untuk USB dan AUX. Seperti biasa, butang kawalan bunyi dan frekuensi turut diletakan pada stereng.

Proton Saga ini telah dinaik taraf dengan menggunakan enjin 1.6L Campro IAFM+ supaya  ia menepati emisi Euro 5. Transmisi pula ialah CVT (Continously Variable Transmission) dari Punch. Transmisi ini mula diperkenalkan pada model Saga FLX 1.3L, dan memberikan pemanduan yang lebih lancar kerana tiada penukaran nisbah gear. Ia juga 5 peratus lebih menjimatkan, walaupun ia sedikit subjektif kerana bergantung kepada pemanduan dan 5 peratus bukanlah suatu jumlah yang banyak. Dari segi keselesaan, performance, handling dan penjimatan petrol memang sangat terbaik kerana CVT nya yang amat efektif.

Fokus masih ke arah keselesaan dan bukannya prestasi ala R3. Dari segi ruang dalaman dan but, Saga memang praktikal. Ruang lega kaki bagi penumpang dibelakang cukup memuaskan, walaupun untuk mereka yang tinggi. stereng kereta boleh dilaraskan sama ada untuk ditinggikan ataupun direndahkan. Begitu juga sit kereta pemandu.

Tambahan pula, but direka untuk selaras dengan gaya hidup penduduk Malaysia yang gemar pulang ke kampung. Boleh sumbat lugage banyak-banyak. Ia luas, malah lebih luas dari but Inspira. Tidak hairan Proton Saga ini menjadi bualan ramai orang kerana dek besarnya ruang kedalamannya yang ideal untuk para penumpang.

sewa saga
Sumber Imej dari
https://www.funtasticko.net/

Di atas lebuhraya, ia jauh lebih baik dari kereta-kereta Perodua yang fokusnya lebih kepada pemanduan bandar. Terasa tegap ketika Saga ini meluncur pada kelajuan tiga digit. Cuma pada kelajuan tersebut, bunyi agak bingit dari enjin menerobos masuk seperti tiada lapik kalis bunyi dipasang pada firewall Saga ini. Setiap kali RPM melangkau 3,500 RPM, bunyi kasar enjin Campro menyakitkan telinga.

Penggunaan minyak Saga FLX 1.6 SE ini sebenarnya masih ditahap yang mampu diterima. Proton menjangkakan penggunaan dalam 6.5L/100km jika kelajuan malar sekitar 80km/j.

Spesifikasi

Enjin: CamPro IAFM DOHC 16V 1,597cc

Kuasa maksimum: 108hp @ 5,750rpm

Tork maksimum: 150Nm @ 4,000rpm

Transmisi: CVT dari Punch dengan ciri SAT.

Ciri-ciri: Dua beg udara, ABS (Anti-Lock Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution), sistem ausio Clarion dengan USB, kemasan kulit.

FAKTA MENARIK

Sedia maklum bahawa Saga dengan enjin 1.6 liter pada asalnya cuma untuk dijadikan teksi. Namun, memandangkan permintaan terhadapnya terus meningkat, Proton bersetuju untuk menawarkannya kepada golongan pengguna yang lain.

Kesimpulan

Untuk mereka yang mahukan kelainan, atau bagi mereka yang sering berjalan jauh tetapi gemarkan sedan yang kompak dengan pemanduan yang tegap (solid), Saga premium ini mungkin menarik perhatian. Jom sewa Saga dari Kami!

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa Saga dengan kami!

Hanya RM130 sahaja untuk sewa Saga bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda. Terima kasih!

1. Pasir Gudang – 01110984332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332

3. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

4. Melaka Bandaraya – 01155024332

5. Ayer Keroh – 01155034332

6. Batu Berendam – 01155064332

7. Kuantan – 01155084332

8. Puchong – 0143627272


Klik sini untuk sewa Saga

Leave a Reply

Close Menu