Kereta Sewa Malaysia

Kat Mana Nak Dapat Kereta Sewa KL (Mudah dan Murah)

Kat Mana Nak Dapat Kereta Sewa KL (Mudah dan Murah)

Ada banyak tempat untuk dapat kereta sewa. Salah satunya adalah syarikat yang buat kereta sewa KL.

CUTI sekolah pertengahan tahun akan bermula 25 Mei nanti. Pasti sudah ada pelbagai rancangan untuk bawa anak berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, kan? Adakah anda sedang mencari kereta sewa di KL dengan harga yang murah dan selesa?

Image result for bersesak LRT

Mungkin anda rasa sukar menaiki pengangkutan awam kerana memikirkan anak-anak kecil.

Apatah lagi mahu menggunakan khidmat Uber dan Grab kerana anda perlu menunggu. Dengan menggunakan khidmat kereta sewa terutama di KL, anda boleh merancang jadual perjalanan dengan mudah dan menjimatkan masa.

Terdapat banyak khidmat sewa kereta di negara ini, terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Namun dalam memilih sesuatu perkhidmatan, pelbagai faktor akan diambil kira oleh para pengguna.

Rata-rata mereka akan mementingkan harga pakej yang murah bersesuaian dengan bajet. Syarikat perkhidmatan sewa kereta juga memerlukan pengguna untuk membayar deposit sebelum menghantar kenderaan. Dalam urusan sebegini, pastikan anda tidak ditipu!

kereta sewa

Nak cari kereta sewa di KL yang murah mungkin berlambak di pasaran, tetapi berhati-hatilah. Jangan sampai ditipu. Nak berjimat punya pasal, alih-alih anda akan mendapat kereta sewa yang keadaannya tidak baik, kotor dan sudah lama tidak di’servis’.

XPV Car Rental merupakan sebuah syarikat perkhidmatan sewa kereta yang aktif di Kuala Lumpur dengan menawarkan pakej harian, mingguan dan bulanan yang berpatutan dengan mengambil kira keperluan, pilihan dan bajet pengguna.

Mereka mempunyai pelbagai pilihan kereta, bermula dari sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV) sehinggalah kereta mewah.

XPV Car Rental perlu menjadi pilihan utama anda kerana sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik dengan dihantar untuk penyelenggaraan dan baik pulih secara berkala dan bersih supaya pengguna merasa selesa.

Pakej juga meliputi jarak kilometer pemanduan tanpa had sekaligus pengguna boleh menggunakan kenderaan tanpa gusar.

Berikut adalah pilihan perkhidmatan kereta sewa di KL yang ditawarkan oleh XPV Car Rental :

xvp car rental kereta sewa

Kereta Sewa Standard

Pakej di bawah kereta sewa standard antara yang termurah dan biasanya boleh memuatkan penumpang antara lima hingga enam orang.

Ia juga antara pilihan kereta yang menjimatkan penggunaan petrol.

  1. Perodua Viva 1000CC
  2. Perodua Axia 1000CC
  3. Perodua Myvi 1300CC dan Perodua Myvi 1500CC
  4. Proton Iriz 1300CC dan Proton Iriz 1600 CC

Kereta Sewa Sedan

Sedan merupakan pilihan yang praktikal buat pelancong yang berkeluarga dengan ruang but yang lebih besar.

  1. Proton Saga 1300CC
  2. Perodua Bezza 1000 CC dan Perodua Bezza 1300CC
  3. Proton Preve 1600 CC
  4. Toyota Vios 1600 CC
  5. Honda City 1500 CC
  6. Nissan Almera 1500 CC

Kereta Sewa MPV

Dengan saiz kereta yang lebih besar sudah cukup menggambarkan keupyaan kenderaan pelbagai guna, terutama dalam membawa penumpang yang ramai – satu keistimewaa buat pelancong yang berkeluarga besar.

Kenderaan MPV boleh memuatkan antara sembilan hingga sebelas penumpang dengan ruang but yang lebih luas dan besar.

  1. Perodua Alza 1600 CC
  2. Proton Exora 1600 CC
  3. Toyota Hiace 2500 CC
  4. Hyundai Starex 2500 CC
  5. Nissan Urvan 2400 CC

Dengan pelbagai pilihan kenderaan untuk disewa, anda pasti boleh mendapatkan tawaran pakej yang menarik daripada XVP Car Rental dengan servis yang terbaik.

Dengan objektif syarikat ‘Cemerlang, Visi dan Tekun’, XVP Car Rental menjanjikan kualiti perkhidmatan yang paling terbaik di kalangan syarikat sewa kereta yang lain.

Hubungi kami sekarang.

Leave a Reply

Close Menu