fbpx

Xvipi Car Rental

Jangka Hayat Tayar Kereta (Wajib Tahu Kalau Pandu Kereta)

Jangka Hayat Tayar Kereta (Wajib Tahu Kalau Pandu Kereta)

Pengetahuan tentang jangka hayat tayar kereta adalah penting bagi setiap pemilik kereta.

Memilik kereta sahaja tidak berguna sekiranya tiada pengetahuan penjagaan kereta. Lebih-lebih lagi tentang pengetahuan jangka hayat tayar kereta.

Tayar merupakan komponen terpenting dalam memberi keselamatan kepada pemanduan kereta.

Tambahan pula penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelenggaraan kereta dan jika anda tidak membuat penjagaan rapi terhadap tayar kereta.

Ianya akan membuatkan kos penyelenggaraan kereta menjadi sangat mahal.

Ramai yang hanya melihat pada bunga tayar sahaja.

Namun, pada hakikatnya, ianya tidak boleh menjamin keadaan sebenar tayar kereta anda.

Mengikut beberapa kajian, setiap tayar perlu ditukar selepas 3 tahun atau 4 tahun penggunaan dan ianya bergantung dengan jarak perjalanan yang selalu digunakan oleh kereta tersebut.

Jadi, sebelum anda ingin memulakan perjalanan, anda perlu mengetahui beberapa petanda sama ada anda perlu menukar tayar kereta baharu ataupun tidak kerana ianya berkait rapat dengan jangka hayat kereta anda.

1.Bunga tayar haus

Untuk pengetahuan am, semua tayar sudah siap disertakan indikator bunga-haus (tread-wear indicator) atau TWI.

Ianya seakan berbentuk bar yang terletak di antara blok bunga yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar minimum (1.6mm atau 2/32″). 

Jika bar tersebut dilihat separas atau sama rata dengan bunga tayar, maka itulah masa anda menggantikan tayar kereta anda kepada yang baharu.

Jadi, jangan kedekut untuk menukar tayar kereta anda jika pihak servis kereta menyarankan untuk menukar tayar kereta anda kepada yang baharu.

2. Lapisan tayar merekah

Tayar kereta diperbuat daripada sejenis getah yang mampu memberikan impak maksima terhadap geseran jalan raya.

Namun, ia menjadi lumrah untuk getah menjadi keras dan kering apabila sering terdedah dengan cuaca luar dan panas matahari.

Ianya disebabkan faktor jangka hayat tayar kereta juga.

Tayar kereta baharu memiliki minyak dan bahan kimia untuk memperlahankan proses ‘penuaan’ tersebut.

Terdapat perkara lain seperti pendedahan kepada pancaran ultra-ungu (UV), kekerapan penggunaan, kitaran panas melampau mampu mempercepatkan hayat tayar.


3. Tayar bengkak

Sebelum anda keluar daripada pusat servis kereta, pastikan anda periksa terlebih dahulu keadaan tayar baharu anda.

Hal ini kerana terdapat beberapa kes di mana keadaan tayar baharu mengalami masalah permukaan yang tidak rata dan bengkak.

Jika permukaan tayar kereta anda tidak rata, ianya boleh menyebabkan perjalanan kereta anda tidak seimbang dan boleh membahayakan perjalanan anda.

Apabila tayar tidak seimbang, kereta akan jadi tidak stabil hingga menyebabkan kerosakan ke atas komponen sampingan lain selain tayar.


4. Usia tayar tua

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menitik beratkan tentang jangka hayat tayar kereta?

Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat di setiap tayar pasti mempunyai tarikh pengeluaran tayar dikeluarkan oleh pengilang.

Amerika Syarikat dan Kanada juga menggunakan konsep yang sama.

Di Malaysia, semua tayar yang sah digunakan atas jalan perlu memiliki kod tarikh pengeluaran yang memaparkan minggu dan tahun pada dinding tayar.

Ianya mempunyai empat digit bagi menunjukkan kod tersebut dan gambar di atas antara contoh kod empat digit tersebut.


Langkah-Langkah Penjagaan Tayar Kereta

Selain itu, anda boleh lakukan sesuatu untuk membuatkan jangka hayat tayar kereta anda bertahan dengan lebih lama daripada sepatutnya.

Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh lakukan:

-Memandu kereta di kawasan atau permukaan jalan raya yang lebih rata dan tidak rosak seperti berlubang dan berbatu.

-Cuba elakkan daripada terkena cahaya matahari yang terik kerana suhu yang panas boleh mempercepatkan jangka hayat tayar kereta anda.

-Selain tayar kereta, komponen kereta yang lain juga perlu dijaga rapi kerana kereta merupakan sebuah komponen besar yang melibatkan dan mengaitkan komponen-komponen kecil lain.

Jadi, kalau satu komponen kecil rosak, komponen kecil yang lain juga turut terlibat sama.

Jadi, sebelum anda memulakan perjalanan anda khususnya perjalanan yang jauh, dinasihatkan untuk memeriksa keadaan kereta anda khususnya tayar kereta.

Jangan disebabkan ingin berjimat boleh menyebabkan anda membayar kos yang lebih tinggi untuk penyelenggaraan kereta.

Untuk dapatkan kereta sewa yang berkualiti tinggi serta mempunyai tahap penjagaan kereta yang maksima, anda boleh dapatkan di XVP Car Rental.

Apa yang pasti, harga yang diberikan berpatutan buat perjalanan anda. 

Klik sini untuk melihat senarai tempat kereta sewa berdekatan anda

Leave a Reply

Close Menu