fbpx

Kereta Sewa Malaysia

Jangan Terpedaya Dengan Sewa Kereta Murah. Baca Dulu 3 Tips Ini.

Jangan Terpedaya Dengan Sewa Kereta Murah. Baca Dulu 3 Tips Ini.

Biasanya syarikat sewa kereta yang menawarkan sewa kereta murah ini memerlukan anda untuk membayar wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum kereta dihantar.

Wang pendahuluan ini tidaklah tinggi dan ianya bergantung dengan jenis kereta atau kenderaan yang anda ingin sewa.

Lazimnya syarikat yang menyediakan servis sewa kereta mengenakan wang pendahuluan ni, tempahan anda tidak boleh dibatalkan. Tapi, anda boleh menukarkan tarikh sewaan pada satu tarikh yang lain.

Namun, sekiranya anda gagal mengambil kereta seperti mana yang telah dijanjikan, wang pendahuluan anda akan dikira hangus atau tidak boleh dipulangkan. Jadi sebaiknya anda berfikir semasak-masaknya untuk memilih tarikh sebelum anda menyewa kereta.

Oleh kerana itu anda kena berhati-hati bila sewa kereta murah. Bukan apa, mungkin kondisi kereta itu tidak baik, kereta yang dah lama, tangki minyak kosong, kereta kotor, enjin kereta “out” atau pun kereta yang sudah kemik sana sini.

Berikut adalah 3 tips untuk mengelakkan anda daripada terpedaya dengan sewa kereta yang murah:

1. Mencari Syarikat Yang Ada Website Dan Menawarkan Collision Damage Waiver (CDW)

Kredibiliti sesebuah agensi sewa kereta akan lebih terjamin apabila kita sendiri dapat melihat “kedai” mereka. Melalui website, ia membolehkan anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci mengenai servis yang mereka tawarkan.

Pastikan syarikat itu juga menyediakan insurans kemalangan seperti Collision Damage waiver atau CDW. Ini untuk keselamatan anda semasa memandu.

Jika anda yakin yang anda mampu mengelakkan dari sebarang kemalangan, anda boleh untuk tidak membeli CDW ini. Tiada paksaan.

Namun kalau terjadi apa-apa, kos ganti rugi yang akan dikenakan oleh syarikat sewa kereta selalunya sangat tinggi. Sesuatu yang perlu anda pertimbangkan disini ya!

2. Ada Pembayaran Menggunakan Kad Kredit

Cara paling senang nak pastikan kredibiliti sesebuah agensi sewa kereta adalah melalui kaedah pembayaran kad kredit. Kebanyakan syarikat sewa kereta yang ada kemudahan kad kredit ini selalunya menawarkan servis yang bagus.

Dengan adanya pembayaran kad kredit ini, ia memudahkan pelanggan untuk menyewa kereta. Syarikat yang menitikberatkan tentang kemudahan pelanggan sudah pasti akan memastikan anda akan berasa selesa untuk menyewa dengan mereka. Anda juga boleh menggunakan kad debit sekiranya tiada kad kredit.

Jadi sebelum nak sewa kereta murah, anda perlu selidik dahulu sama ada syarikat sewa kereta itu ada menawarkan pembayaran melalui kad kredit ataupun tidak. Ini untuk mengelakkan anda dari terpedaya dengan mana-mana agensi sewa kereta yang tidak bertanggungjawab.

Ambil Gambar Dan Periksa Kereta Sewaktu Mendapat Kereta

Apabila anda terima kereta, pastikan anda memeriksa keadaan luar dan dalam kereta. Pastikan kereta mesti bersih atau tidak berhabuk. Selepas itu periksa paras tangki minyak. Anda juga boleh menangkap gambar setiap sisi kereta iaitu bahagian tepi kereta, depan dan juga belakang.

Jika anda merupakan seorang yang teliti, periksa juga roadtax dan tarikh selenggara kereta tersebut. Anda perlu pastikan semuanya dalam keadaan yang baik. Anda ada hak untuk tidak menerima kereta tersebut sekiranya keadaan tidak memuaskan dan tidak seperti apa yang anda mahukan.

Kesimpulannya disini adalah anda haruslah bijak dan berhati-hati sekiranya ingin menyewa kereta murah.

Buat dulu kaji selidik tentang syarikat sewa kereta yang ingin anda gunakan servisnya. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda!

Anda sedang mencari kereta sewa profesional di kawasan anda? Layari website kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Leave a Reply

Close Menu