Xvipi Car Rental https://xvpcarrental.my Professional Car Rental Malaysia | Short Term Car Rental | Car leasing | Fleet Management | Chauffeur Service | Tue, 07 Jan 2020 02:49:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.7.6 https://xvpcarrental.my/my/wp-content/uploads/2018/04/cropped-xvipi-merah-e1524600236377-5-32x32.png Xvipi Car Rental https://xvpcarrental.my 32 32 12 Benda Wajib Yang Perlu Dalam Kereta Ketika Waktu Kecemasan ( Amazing Tips! ) https://xvpcarrental.my/12-benda-wajib-dalam-kereta-ketika-waktu-kecemasan/ Tue, 07 Jan 2020 02:48:38 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2886 Jom kita baca untuk ketahui benda wajib yang perlu ada dalam kereta ketika perjalanan jauh sekiranya berlakunya kecemasan. Benda-benda ini sangat berguna dan menjamin keselematan anda ketika di jalan raya. #1 Kit Kecemasan Kit Kecemasan adalah benda wajib untuk dibawa kemana-mana ketika dalam perjalanan jauh. Anda boleh letak pelbagai jenis ubat mengikut keperluan ke dalam […]

The post 12 Benda Wajib Yang Perlu Dalam Kereta Ketika Waktu Kecemasan ( Amazing Tips! ) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Jom kita baca untuk ketahui benda wajib yang perlu ada dalam kereta ketika perjalanan jauh sekiranya berlakunya kecemasan.

Benda-benda ini sangat berguna dan menjamin keselematan anda ketika di jalan raya.

#1 Kit Kecemasan

Kit Kecemasan adalah benda wajib untuk dibawa kemana-mana ketika dalam perjalanan jauh. Anda boleh letak pelbagai jenis ubat mengikut keperluan ke dalam bekas kotak itu nanti seperti painkiller, ubat gamat, paracetamol, vicks, minyak cap kapak dan macam-macam lagi. Terutama bagi berkeluarga, ia sangatlah penting kerana pelbagai ragam ketika dalam kereta nanti.

#2 Powerbank

Kadang-kadang, kita akan berhadapan dengan situasi apabila telefon kita sudah habis bateri ketika dalam kecemasan, seperti dalam typical movie tu. Jadi, anda seharusnya bawa Powerbank sebagai benda wajib setiap masa ketika berhasrat untuk memandu perjalanan jauh supaya dapat memaklumkan/mencari bantuan dengan cepat.

#3 Kabel Jumper

Sehebat mana pun kereta anda, akan sampai waktunya bateri akan mati. Jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku secara tiba-tiba di jalan raya, anda memerlukan simpan siap-siap Kabel Jumpe di dalam kereta sebagai alternatif ketika kecemasan.

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu apa itu Kabel Jumper. Kabel Jumper ialah kabel elektrik untuk menghubungkan antar komponen di breadboard tanpa memerlukan solder. Kabel jumper umumnya memiliki connector atau pin di masing-masing hujungnya.

Pelbagai Kable Jumper yang mudah didapati di kedai, ada yang berbentuk seperti powerbank. Kami cadangkan UJS Wholesale 30000mAh Auto Jump Starter. Kecil tapi power dan mudah untuk disimpan.

#4 Spare Tire

Haaa! Spare Tire ini benda wajib ya untuk kecemasan. Benda tidak diduga boleh berlaku seperti tayar meletop dan kekurangan angin. Ada juga orang terlepas pandang bunga tayar sudah kehausan. Kena cepat-cepat tukar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.   

#5 Segi Tiga Amaran

Tidak kira pada waktu siang mahu pun malam, Segi Tiga Amaran adalah benda wajib perlu ada ketika anda tersadai di tepi jalan akibat kerosakan. Biasanya ia diletakkan 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan. Benda ini sangat berguna dalam menjamin keselamatan anda di tepi jalan.

#6 Jack & lug wrenches

Tiada Jag & Lug Wrenches ini dalam kereta, tak boleh lah nak pasang spare tires tu. Jack untuk naikkan kenderaan anda dan lug wrenches untuk buka nut tayar anda. Pastikan kalau anda gunakan sport rims, soket untuk special nuts itu ada bersama.

#7 Minyak Hitam & Air


Walaupun anda sudah pun periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh, tapi ada kemungkinan minyak hitam anda bocor (leaking) sewaktu perjalanan. Jadi, kalau terkurang nanti, anda hanya isi balik sahaja minyak itu. Begitu juga dengan air, sangat penting sekiranya tiba-tiba radiotar anda panas. Tidaklah anda gelabah tercari-cari air nanti.

#8 Duck tape

Ada pepatah bahasa inggeris berkata ‘Duck Tape fixes everything’. Ramai yang bersetuju bahawa pita pelekat merupakan benda penting untuk disimpan dalam kenderaan sekiranya ada apa-apa kecemasan seperti wayar kereta terputus, menutup tingkap yang pecah dan lain-lain lagi.

#9 Payung

Malaysia merupakan antara negara terkenal yang mempunyai cuaca tidak menentu, terutamanya hujan. Jadi, anda mestilah sentiasa sediakan payung di dalam kereta supaya senang untuk senang keluar dari kereta untuk mengelakkan daripada basah.

#10 Telefon Bimbit (bateri tahan lama)


Untuk perjalanan jauh, anda mungkin perlukan telefon lama yang dicas penuh untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya telefon yang anda guna setiap hari telah rosak atau kehabisan bateri. Letakkan saja telefon itu sentiasa di dalam kereta dan dimatikan agar tidak kehabisan bateri. Paling penting, jangan lupa top up pula. Tak guna telefon itu sekiranya sudah expired.

#11 Duit Kecemasan

Duit kecemasan juga penting yang perlu simpan di dalam kereta untuk digunakan pada waktu terdesak. Terpulang kepada anda berapa jumlah wang yang anda nak selit dalam kereta, tidak semestinya mencecah sehingga beribu-ribu ringgit.

Mungkin kereta anda rosak dan bermasalah di tepi jalan, bolehlah upah tow truck untuk membayar servis perkhidmatan angkut kenderaan itu.

Pastikan anda simpan duit tersebut di tempat-tempat tertutup yang tidak boleh nampak dari luar tingkap untuk mengelakkan kerompakan.

#12 Buku Nota Kecil dan Pensel 

Semasa dalam kecemasan, telefon anda mungkin mati. Jadi, anda tidak dapat menghubungi sesiapa dan paling teruk, anda tidak ingat nombor telefon keluarga anda. Jadi, mari kita ikut cara tradisional iaitu mencatat maklumat penting atau nombor telefon kenalan rapat anda.

Ia juga boleh digunakan ketika anda terdesak membuat ‘double park’. Maka, anda boleh tuliskan nombor telefon serta nama anda di atas kertas dan dipamerkannya di cermin bagi memudahkan orang yang kereta di depan ini menghubungi anda ketika mahu meninggalkan tempat letak kereta tersebut.

Kesimpulan

Begitulah tips perjalanan sekiranya anda berada dalam kecemasan. Semoga artikel ini membantu anda dalam menyediakan barang wajib seperti di atas ketika merancang untuk perjalanan jauh di jalan raya.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah :

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Melaka Bandaraya – 01155024332
4. Ayer Keroh – 01155034332
5. Batu Berendam – 01155064332
6. Kuantan – 01155084332
7. Puchong – 0143627272
8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

The post 12 Benda Wajib Yang Perlu Dalam Kereta Ketika Waktu Kecemasan ( Amazing Tips! ) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
5+ Kereta Jimat Minyak (Update 2020) https://xvpcarrental.my/kereta-jimat-minyak/ Mon, 30 Dec 2019 03:52:47 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2914 Kereta jimat minyak sememangnya sangat berguna untuk kita. Lagi-lagi dengan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia, kereta jimat minyak banyak membantu kita dalam mengurangkan perbelanjaan dari segi minyak petrol. Kalau nak beli kereta memang banyak perkara yang kena difikirkan. Anda kena fikir dari segi penjimatan penggunaan minyak, bayaran bulanan, penyelenggaraan dan sebagainya. Jadi, dengan adanya […]

The post 5+ Kereta Jimat Minyak (Update 2020) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Kereta jimat minyak sememangnya sangat berguna untuk kita. Lagi-lagi dengan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia, kereta jimat minyak banyak membantu kita dalam mengurangkan perbelanjaan dari segi minyak petrol.

Kalau nak beli kereta memang banyak perkara yang kena difikirkan. Anda kena fikir dari segi penjimatan penggunaan minyak, bayaran bulanan, penyelenggaraan dan sebagainya.

Jadi, dengan adanya kereta jimat minyak, penggunaan minyak dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan. Kepada sesiapa yang mencari kereta untuk kegunaan harian atau hendak menyewa kereta, di sini kami senaraikan kereta yang jimat minyak. Jangan lupa bookmark artikel ini dan share ya 😄

1.Perodua Axia  21.6km / liter

kereta-jimat-minyak-perodua-axia

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/axia

Perodua Axia terbukti merupakan salah satu kereta jimat minyak. Anda hanya perlu beli minyak RM10 SAHAJA untuk 100km. Kereta keluaran Perodua ini datang dengan hanya satu pilihan enjin iaitu 998c.

Perodua Axia ialah pengganti Perodua Viva dan ia lebih besar daripada Viva. Selain itu, kabinnya mempunyai ruang kaki yang hampir sama dengan Myvi dan bentuknya yang seakan dengan Myvi. Dari segi harganya pula, Perodua Axia adalah kereta yang murah. Anda boleh dapatkan perodua Axia dengan berharga serendah RM40 ribu sahaja.

Jika anda mencari Perodua Axia, anda boleh sewa Axia dengan kami, Xvipi Car Rental. Hanya RM120 sahaja bagi sehari untuk sewa Axia.

Sewa Axia Di Sini

2. Perodua Myvi 1.3 (Auto) – 17km/liter

myvi-kereta-jimat-minyak

Imej dari http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi

Perodua Myvi merupakan kereta nombor satu di Malaysia yang serba boleh. Kita pergi mana-mana pun, mesti kita akan lihat ramai yang memakai kereta Perodua Myvi ini. Anda hanya perlu beli minyak RM12.70 SAHAJA untuk 100km. Myvi diselenggarakan dengan pemasangan injap yang berubah-ubah serta berteknologi DOHC 16 injap, menjadikan ia mempunyai kapasiti 1298 cc serta menghasilkan 90 hp pada 6 rpm.  

Harganya pula boleh dikatakan berpatutan kerana serendah RM42 ribu lebih untuk varian paling rendah manakala RM54 ribu lebih untuk varian paling tinggi. Myvi sesuailah kepada sesiapa yang mencari kereta untuk kegunaan harian dan pelajar universiti.

Mencari Perodua Myvi untuk disewa? Anda boleh sewa dengan kami! Hanya RM130 sahaja bagi sehari untuk sewa Myvi!

Sewa Myvi Di Sini

3. Perodua Bezza – 21km/liter

perodua-bezza-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://autobuzz.my/2016/07/21/perodua-bezza-1-0l-1-3l-launched-priced-rm37k-rm51k/

Kereta jimat minyak yang lain adalah Perodua Bezza. Bezza termasuk dalam senarai dalam kereta sedan bajet. Harganya cukup berpatutan, bermula dari RM 34 ribu lebih untuk varian paling rendah manakala RM47 ribu lebih untuk varian paling tinggi. Untuk penggunaan minyak, anggaran dari 21km/liter sehingga 22.8km/liter sahaja.

Selain itu, Perodua Bezza menggunakan teknologi sistem ECO Idle yang berfungsi mematikan enjin secara automatik sekiranya kereta berada dalam keadaan diam dan enjin akan dihidupkan secara automatik ketika brek dilepaskan sekaligus dapat menjimatkan penggunaan minyak di situ.

Nak tahu kehebatan Perodua Bezza? Anda boleh sewa bezza dengan kami! Hanya RM150 sahaja bagi sehari untuk sewa Bezza dengan kami.

Sewa Bezza Di Sini

4. Proton Iriz – 14.5km

Proton-IRIZ-1.6L-Premium-Genetic-Silver-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://arenapermotoran.my/2014/09/25/proton-iriz-didatangkan-dalam-pilihan-tujuh-warna-luaran/proton-iriz-1-6l-premium-genetic-silver/

Terdapat lebih 50,000 buah unit Proton Iriz dijual di Malaysia. Ini adalah kerana, Proton Iriz menampilkan specs yang berkualiti tinggi serta harga yang berpatutan. Enjin 1.6 liter ada terdapat pada Iriz ini serta dapat menghasilkan 107hp pada, 5,750hp pada, dan 150Nm pada 4,000rpm. Selain itu, rekod rasmi bagi Proton Iriz adalah 14.9km/Liter bersamaan 100 km = RM14.90 sahaja untuk transmisi Automatik.

Jika anda mahu membeli Proton Iriz, anda boleh dapatkan dengan harga RM36ribu lebih sahaja untuk varian paling rendah manakala RM50ribu lebih untuk varian paling tinggi. Iriz mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue dan Ruby Red.

Kami ada menawarkan Proton Iriz untuk disewa. Hanya RM150 sahaja untuk sewa Iriz dengan kami.

Sewa Iriz Di Sini

5. Honda City 2016 – 17km/liter

honda-city-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://autos.maxabout.com/cars/honda/city-2016

Kereta jimat minyak yang lain adalah Honda City. Menggunakan enjin 16 SOHC injap, ia dilengkapi dengan injap pergerakan semulajadi yang berubah-ubah. Ia juga berkapasiti 1497 cc dengan kuasa 118 hp pada 6600 rpm, tork 145 Nm pada 4600 rpm pula adalah bacaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan Honda City dengan berharga RM73 ribu untuk varian paling rendah manakala RM75 ribu untuk varian paling tinggi.

Anda boleh sewa honda city dengan kami! Hanya RM250 sahaja bagi sehari untuk sewa Honda City.

Sewa Honda City Di Sini

6. Proton Saga

saga-kereta-jimat-minyak

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/saga

Proton Saga merupakan kereta baru mampu milik yang juga salah satu kereta sedan murah di Asean. Saga sesuai dijadikan sebagai kenderaan utama untuk sebuah keluarga kerana ia mempunyai ruang letak barang yang besar. Selain itu, Saga mempunyai transmisi manual dan auto dan dua jenis enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Anda boleh dapatkan Proton Saga bermula dari RM33,242.40 untuk Saga SV Manual.

Kami juga menawarkan Proton Saga untuk disewa! Hanya RM130 sahaja bagi sehari untuk sewa Saga.

Sewa Saga Di Sini

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta jimat minyak yang sesuai untuk kereta harian anda.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda. Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

1.Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

2. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

3. Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

4. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

5. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 4332

6. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

7. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa kereta

The post 5+ Kereta Jimat Minyak (Update 2020) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Kereta Sewa Puchong 2019 https://xvpcarrental.my/kereta-sewa-puchong/ Tue, 17 Dec 2019 06:56:14 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2961 Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan Kereta sewa Puchong bertempat di Prima Walk, Taman Puchong Prima.

The post Kereta Sewa Puchong 2019 appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan Kereta sewa Puchong bertempat di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Taman Puchong Prima.

Sewa Kereta di Puchong sekarang.

Pick-Up
Information
Reservation
Puchong Branch
datepicker
Return
Information
Reservation
Puchong Branch
datepicker

Puchong telah wujud sejak lebih dari 120 tahun dahulu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan sepanjang Jalan Puchong.

Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil berada di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebahagian besar pula ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah pentadbiran Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong, KESAS, ELITE dan Lebuhraya Sungai Besi.

Puchong telah menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat di Lembah Klang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur dan rangkaian pengangkutannya yang baik. Sebanyak 8 stesen LRT berada di kawasan ini, dari Alam Sutera ke Puchong Prima. Lokasinya yang berdekatan di antara Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang dan Putrajaya dijangka menjadi pusat perniagaan yang melengkapi Kuala Lumpur.

Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan yang besar. Antaranya seperti DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk.

Sektor perkhidmatan juga mula berkembang di Puchong seperti perkhidmatan kereta sewa, menjahit, pembersihan dan lain2 dengan permintaan yang semakin meningkat setiap tahun.

Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.

Tempat-tempat menarik di Puchong:

  • Kompleks Sukan Rakan Muda
  • Kinrara Golf Club (KGC)
  • Tasik Sri Aman
  • Tasik Wawasan
  • Tasik Puchong Perdana
  • Masjid Terapung Puchong Perdana
  • Pusat Rekreasi Bandar Puteri
  • IOI Mall
  • IOI Boulevard
  • The Wharf
  • Prima Walk

Hub pengangkutan berdekatan:

  • LRT Puchong Prima

Pusat Pendidikan, IPTA dan IPTS di Puchong:

  • Binary University College
  • Rima International University College
  • KFCH International College
  • Kolej MASA

Kawasan Perumahan yang berdekatan:

  • Taman Puchong Utama
  • Taman Puchong Perdana
  • Taman Desa Millenium
  • Taman Puchong Prima
  • Taman Tasik Prima
  • Taman Puchong Permai
  • Taman Puchong Permata
  • Taman Puchong Indah
  • Taman Puchong Intan
  • TTDI Puchong
  • Puchong Batu 12 3/4
  • Kampung Tengah
  • Kampung Kenangan
  • Kampung Kuala Sungai Baru
  • Kampung Sri Aman
  • Kampung Sri Puchong
  • Kampung Bersatu
  • Kampung Sri Andalas
  • Kampung Sri Langkas
  • Taman Puchong Tekali
  • Taman Puchong Utama
  • Taman Perindustrian Puchong Utama
kereta sewa puchong

Kereta Sewa Puchong – Xvipi Car Rental

Kelebihan sewa kereta dengan Xvipi Car Rental Puchong:

  • Kebersihan dan penyelenggaraan kereta yang rapi dan terjaga
  • Perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan
  • Sewaan kereta mengikut harian, mingguan atau bulanan
  • Pelbagai jenis kereta dari yang kecil sehinggalah kereta yang besar dan mewah
  • Tiada had kilometer bagi sewaan

Senarai kereta sewa yang disediakan di cawangan Puchong:

  • Perodua Viva – kereta hatchback, sesuai untuk 4-5 orang
  • Perodua Myvi – kereta hatchback, sesuai untuk 5 orang
  • Proton Saga FLX – kereta sedan, sesuai untuk 5 orang dan bag luggage
  • Perodua Bezza – kereta sedan, sesuai untuk 5 orang dan bag luggage
  • Perodua Alza – MPV, sesuai untuk 6 orang dan bag luggage
  • Proton Exora – MPV, sesuai untuk 6 orang dan bag luggage

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyewa kereta kami:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Bil Utiliti (elektrik atau air)
  • Kad Pelajar (bagi pelajar sahaja)

Tempah kereta sewa kami segera:
014-362 7272
(Call, SMS, Whatsapp, Telegram)

Facebook Xvipi Puchong



The post Kereta Sewa Puchong 2019 appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Ketahui Fungsi 7 Simbol Utama Di Dashboard Meter (Amazing) https://xvpcarrental.my/simbol-utama-di-dashboard-meter/ Tue, 17 Dec 2019 05:08:07 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2939 Simbol utama di dashboard adalah penting untuk ketahuinya! Kalau anda tengok, banyak betul simbol pada dashboard meter ini. Sebagai pemandu, ketahui fungsi setiap simbol yang ada pada dashboard sudah menjadi tanggungjawab mereka. Jika kereta anda berlaku sebarang kerosakan, anda akan tahu punca kerosakan tersebut jika anda tahu setiap fungsi simbol tersebut. Kebanyakannya pemandu kereta hanya […]

The post Ketahui Fungsi 7 Simbol Utama Di Dashboard Meter (Amazing) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Simbol utama di dashboard adalah penting untuk ketahuinya!

Kalau anda tengok, banyak betul simbol pada dashboard meter ini. Sebagai pemandu, ketahui fungsi setiap simbol yang ada pada dashboard sudah menjadi tanggungjawab mereka. Jika kereta anda berlaku sebarang kerosakan, anda akan tahu punca kerosakan tersebut jika anda tahu setiap fungsi simbol tersebut. Kebanyakannya pemandu kereta hanya mengetahui perkara-perkara asas tentang kereta sahaja. Ada juga diantara mereka yang tahu pandu kereta sahaja.

Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengetahui simbol serta fungsi pada dashboard meter kereta kita. Tapi perlu diingat bahawa tidak semua kereta mempunyai simbol ini. Berikut adalah isyarat kereta yang perlu anda tahu:

1.Lampu amaran sistem bateri kenderaan

simbol-utama-di-dashboard-bateri

Imej dari https://carput.my/your-car-dashboard-signs-what-does-it-mean

Jika simbol ini bernyala pada dashboard anda, ia merujuk kepada bateri kenderaan anda. Sekiranya ia  bernyala selepas menghidupkan enjin dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin kereta.

2. Minyak

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://says.com/my/tech/car-dashboard-symbols

Simbol ini juga merupakan salah satu simbol utama di dashboard. Ini adalah kerana, fungsi bagi simbol ini adalah untuk memberi isyarat pada pemandu bahawa minyak kereta anda dah nak habis. Jadi, kalau anda nampak simbol ini, cepat-cepatlah pandu kereta anda ke stesen minyak.

FUN FACT

Simbol anak panah pada simbol minyak ini menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda.

3. Amaran lampu tinggi (Main Beam Headlights)

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://diparvel.wordpress.com/2017/07/04/cual-es-el-significado-de-las-luces-del-tablero/

Jika anda menggunakan lampu tinggi semasa memandu, simbol ini akan bernyala. Simbol ini biasanya bewarna biru pada papan dashboard anda. Lampu ini akan menyebabkan kesukaran pada pemandu dan penunggang dari arah hadapan . Ia hanya boleh guna di kawasan yang sunyi dan tidak berlampu. Jangan sesekali menggunakan lampu ini ketika anda memandu di lebuh raya.

4. Tekanan tayar

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://www.stanleysubaru.com/blog/2012/january/13/subaru-tire-pressure-monitoring-systemwhat-it-means-for-you-and-your-subaru.htm

Simbol tekanan tayar ini juga merupakan simbol utama di dashboard kereta. Simbol ini bermaksud tekanan tayar kereta anda tidak seimbang. Ini mungkin ingin menunjukkan tayar kereta anda kurang angin. Jadi, jika anda ada nampak simbol ini pada dashboard kereta anda, segeralah periksa keadaan tayar kereta anda ya.

5. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan

simbol-utama-di-dashboard.

Imej dari https://www.yourmechanic.com/article/is-it-safe-to-drive-with-the-tcs-light-on

Ini bermaksud TCS (Traction Control System) anda berada di dalam mod pilihan Off iaitu tidak aktif. Traction Control System ialah sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan tayar pada permukaan jalan. Sistem ini amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat.

Anda amatlah tidak digalakkan untuk sistem TCS (Traction Control System) dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin.

6. Kunci Anti Break (Advanced Braking System)

simbol-utama-di-dashboard

Imej dari https://vatire.com/car-maintenance-tips/what-all-the-symbols-on-your-dashboard-mean/

Jika anda nampak simbol ini bernyala pada dashboard anda, ia bermaksud terdapat masalah pada sistem break anti-lock kereta anda. Jadi, anda harus segera bawa kenderaan anda ke bengkel sekiranya anda sedang memandu.

7. Bateri

fungsi-simbol-di-dashboard

Imej dari https://says.com/my/tech/car-dashboard-symbols

Simbol ini juga adalah salah satu simbol utama di dashboard. Simbol amaran ini menunjukkan bahawa bateri kereta anda semakin lemah. Simbol ini akan bernyala sekiranya alternator kereta anda ada masalah. Sebelum pergi ke bengkel, anda boleh behenti menggunakan aircond dahulu ataupun radio.

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Anda wajib ambik tahu mengenai perkara ini kerana kereta itu milik anda dan anda harus jaga kereta anda demi keselamatan anda juga.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1.Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

2. Kereta Sewa Johor Bahru – 011-10784332

3. Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

4. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

5.Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

6. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

7. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 433

8. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

9. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa kereta

The post Ketahui Fungsi 7 Simbol Utama Di Dashboard Meter (Amazing) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa Vellfire dengan Xvipi Car Rental – 8 Kelebihan Toyota Vellfire (Best MPV) https://xvpcarrental.my/sewa-vellfire-dengan-xvipi-car-rental/ Mon, 09 Dec 2019 05:31:02 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2734 Sewa vellfire dengan kami! MPV ini dari dahulu sehinggalah kini merupakan raja MPV di Malaysia sejak Toyota Jepun memperkenalkannya pada tahun 2008. Ramai yang mengenali Toyota Vellfire ini sebagai The Best Choice for MPV. Toyota Vellfire menerima permintaan ramai daripada mereka yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun. Apa yang menarik mengenai kereta Toyota Vellfire […]

The post Sewa Vellfire dengan Xvipi Car Rental – 8 Kelebihan Toyota Vellfire (Best MPV) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa vellfire dengan kami! MPV ini dari dahulu sehinggalah kini merupakan raja MPV di Malaysia sejak Toyota Jepun memperkenalkannya pada tahun 2008. Ramai yang mengenali Toyota Vellfire ini sebagai The Best Choice for MPV. Toyota Vellfire menerima permintaan ramai daripada mereka yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun.

Apa yang menarik mengenai kereta Toyota Vellfire ini? Sesiapa yang mahu rasai keistimewaan Toyota Vellfire ini, anda boleh sewa vellfire dengan kami! Kami, Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan sewa kereta yang affordable dan tip-top condition khas untuk anda.

sewa-vellfire

Imej dari https://carfromjapan.com/specifications/toyota/vellfire/58133a992afaa2c4b2868003

Sewa vellfire di sini

Baca artikel ini untuk mengetahui keistimewaan Toyota Vellfire ini 😄

1.Harga lagi murah daripada Toyota Alphard

Jika anda mencari MPV yang mewah tetapi dalam lingkungan bajet RM400 ribu, Toyota Vellfire adalah pilihan yang terbaik. Harga Toyota Alphard di Malaysia bermula daripada RM429,800 keatas manakala anda boleh dapatkan Toyota Vellfire bermula dari berharga RM350,800.

2. Sistem keselamatan yang tinggi

Anda jangan risau akan hal keselamatan apabila sewa vellfire dengan kami ini. Kereta mewah ini mempunyai sistem keselamatan yang tinggi iaitu di setiap cermin mempunyai satu airbag yang besar bagi mengelakkan pemandu/penumpang tidak cedera.

Sistem keselamatan aktif dan pasif standard untuk MPV mewah ini termasuklah tujuh beg udara SRS, ABS dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control.

sewa-vellfire-airbag

Imej dari https://www.toyota.co.th/alphard/en/vellfire.html

3. Alat ganti senang didapati di mana-mana

Alat ganti untuk kereta Toyota Vellfire ini senang didapati di mana-mana tempat memandangkan jenama Toyota adalah popular di Malaysia.

Banyak bengkel menyimpan stok alat ganti Vellfire ini dan kerosakkannya tidaklah menjadi isu besar di kalangan pemilik MPV ini. Ramai yang tidak mengalami kesusahan untuk mencari barang ganti bagi membaiki kereta Toyota Vellfire ini.

4. Tempat duduk yang selesa

Tempat duduk bagi Toyota Vellfire ini mempunyai material kulit yang dinaiktaraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi. Selain itu, bahagian penyandar serta perehat kaki juga boleh dilaraskan dengan kuasa elektrik.

5. Pelbagai variasi warna

Terdapat banyak variasi warna bagi Toyota Vellfire ini. Warna menarik ditampilkan bagi kereta ini. Antara warna – warnanya ialah, black, bordeaux mica metallic, dark blue mica, dark violet mica metallic, grey metallic, light blue metallic, silver metallic dan white pearl crystal shine.

Namun semua warna adalah sama harganya kecuali white pearl crystal shine, dimana ia lebih mahal RM1000. Ini kerana warna itu lebih cantik putihnya dan lebih jernih berbanding warna putih lain.

Imej dari https://www.pinterest.com/pin/4714774580678473/?lp=true dan https://prestigemotorsport.com.au/toyota-alphard-hybrid-and-vellfire-hybrid-30-series-import-and-model-information/

Sewa vellfire di sini

6. Enjin

Seterusnya, Toyota Vellfire hadir dalam satu varian sahaja dilengkapi enjin 2.5 liter empat silinder dengan ciri Dual VVT-i. Output kuasa maksimumnya ialah 32kW/180PS dan tork 235Nm. Enjin baharu itu dipadankan dengan transmisi CVT (continuously-variable transmission) tujuh kelajuan.

7. Mempunyai Toyota Safety Sense

Salah satu keistimewaan Toyota Vellfire ini adalah penawaran Toyota Safety Sense generasi kedua sebagai ciri standard untuk semua varian. Sistem berkenaan mengandungi ciri-ciri termasuk pengesanan pejalan kaki dan pengayuh basikal (siang sahaja) bagi Pre-Collision System, serta Lane Tracing Assist (LTA), Road Sign Assist (RSA) dan juga ciri Front Departure Alert (FDA) ketika berhenti di lampu isyarat.

8. Reka bentuk yang menarik

Design Toyota Vellfire memaparkan rupa ‘Keberanian dan Tidak Gentar’ (Bold and Fearless) yang menampakkan reka bentuk Toyota memiliki ciri-ciri pengayaan yang teguh berbanding MPV-MPV yang lain.

toyota-vellfire-sewa-vellfire

Imej dari http://www.autofuturedesign.com.my/v3/toyota-vellfire-rolling-on-hre-performance-flowform-ff04-wheels/

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa vellfire dengan kami!

Hanya RM1500 sahaja untuk sewa Vellfire bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 011-1098 4332

2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 011-5501 4332

3. Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

4. Melaka Bandaraya – 011-5502 4332

5. Ayer Keroh – 011-5503 4332

6. Batu Berendam – 011-5506 4332

7. Kuantan – 011-5508 4332

8. Puchong – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa vellfire.

The post Sewa Vellfire dengan Xvipi Car Rental – 8 Kelebihan Toyota Vellfire (Best MPV) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
5 Tempat Makan Best di Puchong https://xvpcarrental.my/tempat-makan-best-di-puchong/ Mon, 02 Dec 2019 09:46:12 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2926 Tempat makan best di Puchong! Jom kita lihat tempat makan best di Puchong Tempat makan best di Puchong? Ada ke? Walaupun Puchong banyak tempat perindustrian, ada juga tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini. Puchong terkenal dengan shopping mall iaitu IOI Mall. Terdapat juga tempat menarik yang harus anda kunjungi iaitu aktiviti rekreasi di […]

The post 5 Tempat Makan Best di Puchong appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Tempat makan best di Puchong! Jom kita lihat tempat makan best di Puchong

Tempat makan best di Puchong? Ada ke? Walaupun Puchong banyak tempat perindustrian, ada juga tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini.

Puchong terkenal dengan shopping mall iaitu IOI Mall. Terdapat juga tempat menarik yang harus anda kunjungi iaitu aktiviti rekreasi di Bukit Puchong dan Blue Lagoon.

Jika ada tempat menarik, sudah pastinya Puchong juga ada tempat makan best dan popular! Jadi di sini, kami akan senaraikan tempat makan best di Puchong. Jangan lupa bookmark dan share ya 😄

1.myBurgerLab

tempat-makan-best-di-puchong

Imej dari https://myburgerlab.com/index.html

myBurgerLab adalah salah satu tempat makan best di Puchong. Kepada peminat burger, anda wajib datang ke kedai makan ini. myBurgerLab merupakan kedai popular yang sudah banyak tersiar dalam media elektronik dan media cetak. Jika anda seorang vegetarian, di kedai ini ada juga menu istimewa yang khas untuk vegetarian. Selain daripada burger, terdapat juga hidangan lain seperti Umami Mashed Potatoes, Salsa Nachos, Popcorn Chicken dan lain-lain.

Restoran ini selesa dan kemas sesuai dijadikan sebagai port ‘insta-worthy’ sambal menikmati hidangan burger yang sedap. Rugi jika anda tidak singgah ke tempat makan ini!

tempat-makan-best-di-puchong

Imej dari https://www.timeout.com/kuala-lumpur/restaurants/myburgerlab-sunway

Alamat: 3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11am – 1015pm)

                        Sabtu – Ahad (11am – 4pm, 5pm – 1015pm)

Ditutup pada hari Isnin

Website: https://myburgerlab.com/index.html

2. Dangau Western

tempat-makan-best-di-puchong-western

Imej dari Facebook Dangau Western

Ada pelbagai jenis hidangan western food yang anda boleh pilih. Jika anda mencari restoran yang menghidangkan western food, Dangau Western merupakan pilihan yang terbaik.  Harganya pula memang murah dan berpatutan. Anda pasti rasa berbaloi dan berpuas hati .

Alamat: B11, Jalan Puchong, Kampung Pasir Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi : Isnin-Sabtu : 10am-10pm

Tutup setiap Ahad

No tel: 012-341 5756

Facebook : Dangau Western

3. Warung Cikgu Puchong

Imej dari https://funntaste.com/warung-cikgu-puchong/

Dengan harga RM5, anda boleh dapat nasi berlauk ayam di Warung Cikgu Puchong ini. Warung ini amatlah popular di kalangan warga Puchong. Ini adalah kerana, pelbagai menu yang dihidangkan dengan harga yang murah. Selain itu, menu yang famous adalah nasi kuku dan Nasi Mmanggey. Makanan ini sama seperti nasi kukus ayam goreng tapi ayam itu dipotong secara cincang.

 Ada juga menu lain seperti ABC Oreo yang berharga hanyalah RM4 sahaja yang sesuai diminum ketika cuaca panas. Jika anda mencari tempat makan untuk makan tengah hari, Warung Cikgu Puchong merupakan pilihan yang terbaik.

menu-tempat-makan-best-di-puchong

Imej dari https://www.anajingga.com/2015/07/colek-ayam-dan-air-kelapa-baldi-di.html

Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi : Isnin-Ahad : 8am- 10pm

Facebook: @WarungCikgu.Puchong

4. Restoran Patin Place

tempat-makan-best-di-puchong

Imej dari http://blog.malaysiamostwanted.com/2013/07/invited-patin-place-bandar-puchong-utama.html

Seterusnya, tempat makan best di Puchong adalah Restoran Patin Place. Sudah tentu menu istimewa di restoran ini adalah berasaskan patin. Jika anda peminat ikan patin, anda harus singgah ke restoran ini. Menu popular mereka adalah Gulai tempoyak Ikan Patin yang boleh dimakan dengan nasi pandan atau nasi lemak mereka. Jika anda berkunjung ke Puchong, jangan lupa singgah ke restoran ini.

Alamat: 31, Jalan BPU 5, Bandar Puchong Utama, Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari – 10:30am – 11pm

5. Along Western

tempat-makan-best-di-puchong-along-western

Imej dari Facebook Along Western

Along Western amatlah popular di kalangan penduduk Puchong. Bukan sahaja makanan western, malah makanan tempatan juga ada dihidangkan. Reka hias yang selesa membuatkan pengunjung selesa menikmati makanan yang dihidangkan bersama seisi keluarga.

Harganya juga sangat berpatutan dan sedap. Jika anda buntu hendak makan western atau tempatan, Along Western merupakan pilihan yang terbaik kerana menghidangkan makanan western dan tempatan. Berbaloi jika anda makan di sini.

Alamat : Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat makan best di Puchong yang popular dan mempunyai hidangan sedap.

Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan mana yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Puchong, anda boleh menyewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Puchong

The post 5 Tempat Makan Best di Puchong appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa Iriz Dengan Kami! Ketahui 5 Kelebihan Proton Iriz (Amazing!) https://xvpcarrental.my/sewa-iriz-dengan-kami/ Tue, 26 Nov 2019 09:20:07 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2876 Sewa Iriz dengan Xvipi Car Rental! Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk sewa Iriz. Semakin bertambah populasi Proton Iriz di jalan raya sejak dilancarkan pada tahun 2014. Mengikut Proton, terdapat lebih 50,000 unit Iriz yang telah berjaya dijual. Walaupun ia tidak dapat mengatasi angka jualan Perodua Myvi, namun kehadiran Iriz di negara ini mampu merancakkan […]

The post Sewa Iriz Dengan Kami! Ketahui 5 Kelebihan Proton Iriz (Amazing!) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa Iriz dengan Xvipi Car Rental!

Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk sewa Iriz. Semakin bertambah populasi Proton Iriz di jalan raya sejak dilancarkan pada tahun 2014. Mengikut Proton, terdapat lebih 50,000 unit Iriz yang telah berjaya dijual. Walaupun ia tidak dapat mengatasi angka jualan Perodua Myvi, namun kehadiran Iriz di negara ini mampu merancakkan lagi pasaran Proton.

Proton Iriz menampilkan spesifikasi yang terbaik yang dapat menarik perhatian ramai orang, jadi tidak hairanlah model ini banyak dijual. Memang berbaloi jika anda hendak membeli atau sewa Iriz. Jom ketahui kelebihan kereta Proton Iriz! Jangan lupa share dan bookmark artikel ini ya 😄

sewa-iriz

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/iriz

Sewa Iriz Di Sini

1.Security

Airbags-sewa-iriz

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/iriz

Proton Iriz dilengkapi dengan Brake Assist dan Anti-lock Braking System (ABS) untuk membolehkan pemandu dan penumpang menyelamatkan diri (atau diselamatkan). Selain itu, walaupun saiz kereta dia kecil, kereta ini mempunyai 6 beg udara SRS.

Ciri keselamatan lain yang ada terdapat pada Proton Iriz adalah Kawalan Kestabilan Elektronik ESC, Brek Anti Terkunci ABS, Bantuan Mula Mendaki HAC dan Sistem Bantuan Brek BA dan EBD. Mendapat 5 stars ASEAN NCAP, pastinya Proton Iriz mempunyai ciri keselamatan yang terbaik yang dapat menjamin keselamatan anda di atas jalan raya.

Terdapat juga elemen lain yang turut ditampilkan untuk mempertingkatkan lagi aspek keselamatan model ini iaitu Impact Sensing Door Unlock, di mana ia boleh mengesan sekiranya berlaku kemalangan dan pintu yang berkunci akan dibuka secara automatic. Untuk varian Premium bagi Proton Iriz, ia  dilengkapi dengan kamera undur yang sangat berguna untuk pemandu.

2. Harga yang berpatutan

Dengan Harga serendah RM36ribu lebih sahaja untuk varian paling rendah manakala RM50ribu lebih untuk varian paling tinggi spesifikasinya, menjadikan ramai orang membeli Proton Iriz. Affordable price serta berkualiti tinggi menarik tumpuan ramai. Tambahan pula, terdapat banyak variasi warna bagi ini. Anda boleh memilih warna seperti Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue dan Ruby Red.

/colour-sewa-iriz

Imej dari https://topgear.com.my/facelifted-proton-iriz-introduced

HARGA BAGI PROTON IRIZ (Semenanjung Malaysia, inclusive of insurance/roadtax)

1.3 STANDARD MT    

PENINSULAR: RM 36,700.00

1.3L STANDARD CVT

PENINSULAR: RM 39,700.00

1.3L EXECUTIVE CVT

PENINSULAR: RM 44,700.00

1.6L EXECUTIVE CVT

PENINSULAR: RM 46,700.00

1.6L PREMIUM CVT

PENINSULAR: RM 50,700.00

3. Jimat minyak

Proton Iriz ditawarkan dalam pelbagai variasi serta dua enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Proton Iriz ini dijana dengan enjin 1.6 liter yang dapat menghasilkan 107hp pada, 5,750hp pada, dan 150Nm pada 4,000rpm. Jadi, jika anda mencari kereta yang jimat minyak, Proton Iriz merupakan pilihan yang terbaik buat anda! Rekod rasmi bagi Proton Iriz adalah 14.9km/Liter bersamaan 100 km = RM14.90 sahaja untuk transmisi Automatik.

Selain itu, isian penuh 40 liter bahan api membolehkannya menempuh perjalanan sehingga 450 kilometer (km) bergantung pada cara pemanduan dan faktor geografi.

Sewa Iriz Di Sini

4. Exterior yang terbaik

Proton Iriz mempunyai lampu belakang jenis LED, spoiler dan antena sirip jerung. Jika anda memilih varian Executive 1.3 CVT ke atas, , anda diberikan ciri lampu siang (DRL), lampu utama automatik, lampu utama ‘Follow Me’, dan kawalan but. Bagi Varian 1.6, anda akan mendapat cermin sisi elektrik dan boleh lipat automatik.

Varian atasan, Premium 1.6L CVT dapat dibezakan menerusi penampilan bumbung hitam, manakala varian lain warna badan. Selain itu, Iriz menampilkan tayar 175/65 R14 dan rim aloi 14 inci untuk varian 1.3L, dan 185/55 R15 dan rim aloi 15 inci, varian 1.6L.

sewa-iriz-led

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/iriz

5. Seat yang selesa

Sporty-Seat-Design-sewa-iriz

Imej dari https://www.proton.com/en/find-a-car/iriz

Anda tidak akan rasa rugi apabila sewa Iriz ini! Ini adalah kerana kusyen Iriz dikemaskan dengan fabrik pada bahagian tengah dan kulit pada kemasan tepi. Fabrik ini dihias dengan warna biru muda dan merah memberikan Iriz nampak lebih  ranggi dan sporti. Selain itu, kesemua penumpang mendapat perehat kepala masing masing dan ia bagus untuk mengurangkan risiko kecederaan leher jika dilanggar dari belakang.

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa Iriz dengan kami!

Hanya RM150 sahaja untuk sewa Iriz bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

1.Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

2. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

3. Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

4. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

5. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 4332

6. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

7. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa Iriz

The post Sewa Iriz Dengan Kami! Ketahui 5 Kelebihan Proton Iriz (Amazing!) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
5+ Tempat Best Untuk Bawa Anak Berjalan di Kuala Lumpur (Semua Percuma!) https://xvpcarrental.my/5-tempat-best-untuk-berjalan-di-kuala-lumpur/ Mon, 25 Nov 2019 08:54:39 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2856 Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang tempat menarik di Kuala Lumpur untuk membawa anak-anak berjalan sepanjang cuti sekolah ini. Paling penting, kami senaraikan tempat-tempat menarik yang masuk percuma! Sekiranya anda sedang merancang untuk jalan-jalan dan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, anda berada di tempat yang betul. Teruskan membaca sehingga tamat ya. #1 Dataran Merdeka Dataran […]

The post 5+ Tempat Best Untuk Bawa Anak Berjalan di Kuala Lumpur (Semua Percuma!) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang tempat menarik di Kuala Lumpur untuk membawa anak-anak berjalan sepanjang cuti sekolah ini. Paling penting, kami senaraikan tempat-tempat menarik yang masuk percuma!

Sekiranya anda sedang merancang untuk jalan-jalan dan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat ya.

#1 Dataran Merdeka

Dataran Merdeka merupakan destinasi yang paling utama di Kuala Lumpur kerana ia merupakan tempat perarakan rasmi bagi Sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun. Mengikut sejarah, di sini la tapak yang menjadi saksi pada 31 Ogos 1957 di mana bendera Union Jack diturnkan dan seterusnya bendera Fenderasi Malaya dinaikkan.

Fun fact : Tiang bendera yang ada di Dataran Merdeka merupakan tiang bendera tertinggi di Malaysia.

Destinasi ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong luar negara kerana keunikan struktur bangunan di sekelilingnya. Sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati tempat ini bersama anak-anak atau rakan-rakan untuk bersantai sambil melihat panorama sekeliling.  

#2 Taman Botani Perdana

Dahulunya, taman ini lebih dikenali dengan nama Taman Tasik Perdana, merupakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di Kuala Lumpur. Sesuai untuk aktiviti santai pada waktu petang seperti jogging dan bersiar-siar dengan anak-anak.

Terdapat pelbagai jenis taman permainan yang akan membuatkan anak anda teruja. Di tasik ini anda boleh bermain paddle boat atan mencuba berjalan di atas air, yang dinamakan permainan Unexs Waterball. Selain itu, di sini juga terdapat 2 jenis binatang eksotik iaitu rusa dan dan kancil di Taman Rusa Dan Kancil dan pastinya masuk secara percuma!

#3 Kolam Randuk KLCC Park

Sekiranya anda berada di sekitar KLCC, anda boleh membawa anak anda ke Kolam Randuk KLCC Park untuk bermain dengan air. Masuk percuma!

Kolam air ini cetek sahaja, sesuai untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun ke bawah. Bolehlah sekali sekala aktiviti main air pula! 

#4 Tugu Negara

Anda boleh membawa anak-anak ke Tugu Negara yang merupaka monumen yang sangat ikonik di negara kita dan juga berfungsi sebagai memperingatkan kita kepada pahlawan-pahlawan nenek moyang kita yang suatu ketika dahulu bersabung nyawa demi mencapai kemerdekaan.

Di samping itu, sesuai untuk dibawa lawatan oleh para guru untuk pelajar-pelajar bagi mendidik akan betapa pentingnya erti kemerdekaan dan betapa sengsaranya sebuah peperangan.

#5 Perpustakaan Kuala Lumpur

Sumber Imej dari https://ohbulan.com/

Mahu galakkan anak membaca? Jom kita kunjungi Perpustakaan Kuala Lumpur untuk memupuk anak membaca. Dekat je dengan Dataran Merdeka. Perpustakaan ini baru sahaja dibuka pada 4 November 2019 beroperasi hari Isnin bermula jam 2 petang sehingga 6.45 petang dan hari Selasa  hingga Jumaat pada jam 10.00 pagi hingga 5 petang.

#6 Balai Visual Seni Negara

Balai Visual Seni Negara merupakan pameran seni visual oleh artis-artis Malaysia dan luar negara yang sangat kreatif. Bukan sahaja mempamerkan seni lukisan biasa, malah seni visual ini merangkumi fotografi, multimedia dan apa-apa teknologi yang boleh dikesan oleh deria visual (penglihatan). Boleh mengajar dan melatih otak kiri anak-anak anda dengan membawa mereka di sini supaya mahir dalam menghayati kesenian.

Terdapat pelbahai bahan pameran kesenian lama dan moden yang boleh anda menghayati maksud tersiratnya. Sama ada tarikan kesenian berbetuk lukisan, fotografi, arca dan boneka, kesemuanya ada di sini.

Ruangan pameran ini sememangnya berkonsepkan modern, futuristik dan eksklusif tapi jangan risau, masuknya percuma! Jangan sengan-sengan masuk ya!

Kesimpulan

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu peningkan kepala anda untuk mencari tempat percutian yang menarik. Ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai bawa anak bersama.

Anda bukan sahaja dapat menggembirakan hati anda dan ahli keluarga yang lain. Anda juga dapat menjimatkan kos dengan serendah mungkin.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk melawat Kuala Lumpur, anda boleh menyewa kereta. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Shah Alam

The post 5+ Tempat Best Untuk Bawa Anak Berjalan di Kuala Lumpur (Semua Percuma!) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Wow! 5+ Tempat Menarik di Terengganu (Awesome 2019) https://xvpcarrental.my/tempat-menarik-di-terengganu/ Fri, 22 Nov 2019 09:32:30 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2808 Terengganu Darul Iman ialah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur, pelbagai tempat menarik untuk bercuti kerana kekayaan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya seperti pulau-pulau tropika, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna di samping memiliki antara bangunan yang terindah di Malaysia. Begitu megah sekali Terengganu ini, jadi […]

The post Wow! 5+ Tempat Menarik di Terengganu (Awesome 2019) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Terengganu Darul Iman ialah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur, pelbagai tempat menarik untuk bercuti kerana kekayaan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya seperti pulau-pulau tropika, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna di samping memiliki antara bangunan yang terindah di Malaysia.

Begitu megah sekali Terengganu ini, jadi tidak hairan negeri ini merupakan destinasi paling utama untuk dituju tibanya musim cuti sekolah. Jom kita lihat tempat-tempat wajib untuk dikunjungi!

#1 Pulau Kapas

Pulau Kapas ini terletak di Marang, antara pulau yang terbaik dan sesuai untuk dibawa bercuti semasa hujung minggu. Perjalanan bot hanya mengambil 10 minit sahaja untuk sampai dari tanah besar ke pulau.

Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti terpukau dengan kecantikannya apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Sungguh menakjubkan! Cukup kami katakan kecantikan Pulau Kapas ini setaraf dengan pulau-pulau lain di serata dunia.

Selain itu, Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama-sama kawan atau ahli keluarga. Di sini, ia tak menyediakan hotel 5 bintang, hanya chalet-chalet dengan harga yang murah!

#2 Sungai Yah Yah (Kelip-Kelip & River Cruise)

Sungai Yah Yah terletak kira-kira setengah jam dari bandar ChuKai, Kemaman merupakan salah satu lokasi habitat semula jadi, iaitu Kelip-Kelip atau Kunang-Kunang dalam jumlah yang banyak. Maka, tempat ini dijadikan sebagai sebuah santuari yang menawarkan perkhidmatan membawa pelancong-pelancong luar bagi melihat cahaya yang bergelapan daripada sang kelip-kelip.

Aktiviti melihat kelip-kelip ini bermula seawal pukul 8 malam. Para pelancong akan dibawa oleh pemandu pelancong menaiki bot dan melalui sepanjang Sungai Yah. Anda akan dibawa ke kawasan kelip-kelip dan menikmati suasana yang cukup indah.

#3 Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam ialah salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu. Di sini, taman monumen ini menempatkan pelbagai koleksi replika masjid dan monumen tentang dunia seni bina Islam seluruh dunia. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama-sama anak-anak sambil memantapkan lagi ilmu tamadun Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan lagi.

Terdapat 21 jenis monumen popular seluruh dunia yang berasal dari 20 buah negara. Koleksi monumen di sini bukan sahaja masjid-masjid malah turut menempatkan replika lama kota-kota Islam dan makam-makam. Antara koleksi yang selalu mencuri tumpuan para pelancong ialah seperti Masjidil Haram, Taj Mahal, Kubah As-Sakhrah, Kota Aleppo, Masjid Kristal dan banyak lagi.

Lokasi : Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

#4 Kampung Losong

Sungguh rugi lah kalau anda ke Terengganu tetapi tidak singgah untuk membeli kerepok lekor yang merupakan antara produk tradisional negeri pantai timur ini! Anda boleh berkunjung ke Kampung Losong iaitu sebuah kawasan perkampungan yang telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor Terengganu.

Kedudukan Kampung Losong ini sangatlah strategik, hanya 10 minit dari Bandar Kuala Terengganu serta tidak jauh daripada Taman Tamadun Islam. Sesungguhnnya, Kampung Losong merupakan tempat menarik dan wajib dikunjungi oleh semua pelancong di Terengganu.

Lokasi : Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

#5 Bukit Panorama


Inginkan pemandangan indah yang mengasyikkan dari tempat yang tinggi? Jom kita kunjungi ke Bukit Panorama yang mempunyai kafe-kafe sedap sambil bersantai menikmati panorama indah dari puncak bukit ini.

Pelbagai jenis makanan yang didapati di sini seperti makanan barat dan masakan panas.

#6 TTI River Cruise

Dah bosan ke tu asyik jalan-jalan di daratan? Jom kita pergi ke TTI River Cruise pula! Anda dapat menyaksikan lanskap indah sekitar Taman Tamadun Islam dan kawasan sekitarnya dengan mengikuti TTI River Cruise.

Anda akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu untuk melihat pemandangan di sekitar di atas air seperti perkampungan nelayan, keindahan Masjid Kristal dan juga tempat pembuatan bot dengan lokasi-lokasi laluan seperti Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api dan banyak lagi.

Lokasi : Dewasa RM22.80 | Kanak-Kanak (7 – 12 Tahun) RM16.80 | Kanak-Kanak (6 Tahun & Kebawah) Percuma

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat menarik di Terengganu yang harus anda lawati. Semoga ini dapat membantu anda merancang percutian anda.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Terengganu, anda boleh menyewa kereta. Ianya memudahkan dan menjimatkan bila anda bercuti di Terengganu,

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa.

The post Wow! 5+ Tempat Menarik di Terengganu (Awesome 2019) appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa Nissan Almera dengan Xvipi Car Rental – 5 Kelebihan Nissan Almera Yang Patut Anda Tahu (Rent Now!) Wow! https://xvpcarrental.my/sewa-nissan-almera-dengan-xvipi-car-rental/ Thu, 21 Nov 2019 02:01:51 +0000 https://xvpcarrental.my/?p=2795 Sewa Nissan Almera dengan kami! Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk menyewa Nissan Almera. Nissan Almera merupakan kenderaan sedan global yang popular di pasaran. Kereta keluaran Nissan ini pernah mencatatkan tempahan sebanyak 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Nissan Almera menampilkan pakej yang kena dengan selera pengguna, jadi tidak […]

The post Sewa Nissan Almera dengan Xvipi Car Rental – 5 Kelebihan Nissan Almera Yang Patut Anda Tahu (Rent Now!) Wow! appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>
Sewa Nissan Almera dengan kami! Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk menyewa Nissan Almera. Nissan Almera merupakan kenderaan sedan global yang popular di pasaran. Kereta keluaran Nissan ini pernah mencatatkan tempahan sebanyak 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012.

Nissan Almera menampilkan pakej yang kena dengan selera pengguna, jadi tidak hairanlah model ini menarik perhatian ramai orang. Memang berbaloi jika anda hendak membeli atau sewa Nissan Almera. Jom ketahui kelebihan kereta Nissan Almera! Jangan lupa share dan bookmark artikel ini ya 😄

sewa-nissan-almera

Imej dari https://www.nissan.ph/vehicles/new/almera.html

Sewa Nissan Almera di sini

1.Security

Nissan Almera dilengkapi dengan anti-theft security dan auto-lock door yang sangat berguna untuk pemandu perempuan. Jadi, keselamatan anda akan terjaga dengan adanya auto lock ini. Selain itu, terdapat juga sistem bantuan letak kereta di mana ia memberi amaran kepada anda apabila anda menghampiri halangan.

Nissan Almera juga didatangkan dengan beg udara SRS berkembar hadapan di sebelah pemandu dan penumpang sebelah pemandu dan sistem keselamatan yang lain seperti, ABS, EBD, BA, struktur badan serap impak, struktur perlindungan impak sisi dan kepala, dengan pengurangan kecederaan ‘Whiplash’.

Imej dari https://www.nissan.com.my/vehicles/almera/features

2. Penjimatan minyak

Nissan Almera ini dijana dengan enjin 1.5 liter CVTC serta dipadankan dengan transmisi empat kelajuan menjadikan pecutan Almera terasa linear dan enjin moden ini memberi teknologi penjimatan minyak.

Jadi, jika anda mencari kereta yang jimat minyak, Nissan Almera merupakan pilihan yang terbaik buat anda! Rekod rasmi bagi Nissan Almera adalah 14.9km/Liter bersamaan 13 sen/km untuk transmisi automatik. Setangki penuh adalah 41 liter. Maka, jika dibuat perkiraan dengan harga minyak RON95 sekarang adalah dalam RM84.05 sahaja bagi setangki penuh.

3. Keselesaan yang baik untuk long distance drive

sewa-nissan-almera-seat

Imej dari https://www.nissan.ph/vehicles/new/almera.html

Ruang dalam untuk kereta Nissan Almera ini boleh dikatakan besar dan luas. Penumpang di belakang tidak akan berasa sempit kerana ruang kaki dan duduk yang luas.  Kerusi pemandunya juga boleh dilaras ke atas dan ke bawah dan melihat dari luaran kereta ianya tampak tinggi menjadikan ia kelebihan bonus bagi pemandu wanita yang berfizikal rendah.

Reka bentuk kerusi tidak melenguhkan disertai dengan leather seat yang membuatkan pemanduan lagi bertambah selesa. Selain daripada seat, penghawa dingin dalam Nissan Almera pula terasa sejuk dengan cepat.

Malah, terdapat lapan tempat cup holder yang sangat berguna bagi penumpang yang ramai. Nissan Almera ini sememangnya sesuai bagi seisi keluarga.

Sewa Nissan Almera di sini

4. Boot kereta yang luas

Di bahagian boot kereta, memang sangat luas. Ciri ini sangatlah sesuai bagi sesiapa yang balik kampung dan mahukan boot kereta yang luas untuk letak banyak barang.

Imej dari https://www.caradvice.com.au/187628/nissan-almera-review/

5. Harga yang berpatutan

Dengan Harga serendah RM69ribu lebih sahaja untuk varian paling rendah manakala RM82ribu lebih untuk varian paling tinggi spesifikasinya, menjadikan ramai orang membeli Nissan Almera. Affordable price serta berkualiti tinggi menarik tumpuan ramai.

Tambahan pula, terdapat banyak variasi warna bagi ini. Anda boleh memilih warna seperti Brilliant Silver, Titanium Grey, Alpine White, Bluish Black, Sapphire Blue Metallic, Lunar Metallic Gray dan Iridium Metallic Brown.

colour-sewa-nissan-almera

Imej dari https://www.topgear.com.ph/news/nissan-motor-ph-reveals-pricing-and-specs-of-all-new-almera

HARGA BAGI NISSAN ALMERA (Semenanjung Malaysia, inclusive of insurance/roadtax)

 1.5L E A/T  

PENINSULAR: RM 69,888.00    

SABAH : RM 72,388.00   

SARAWAK : RM 72,388.00        

LABUAN : RM 59,288.00 

LANGKAWI : RM 58,788.00       

1.5L VL A/T

PENINSULAR: RM 79,888.00

SABAH :  RM 82,388.00

SARAWAK : RM 82,388.00

LABUAN : RM 64,688.00

LANGKAWI : RM 64,188.00

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang pemilihan kereta yang sesuai untuk kereta harian anda. Anda boleh sewa Nissan Almera dengan kami!

Hanya RM200 sahaja untuk sewa Nissan Almera bagi sehari!

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah. Kami dari Xvipi Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1.Kereta sewa Pasir Gudang – 011-1098 4332

2. Kereta sewa Shah Alam – 011-5501 4332

3. Kereta sewa Bandaraya Melaka – 011-5502 4332

4. Kereta sewa Ayer Keroh – 011-5503 4332

5. Kereta sewa Batu Berendam – 011-5506 4332

6. Kereta sewa Kuantan – 011-5508 4332

7. Kereta sewa Puchong – 014-362 7272

8. Kereta sewa Shah Alam Seksyen 23 – 014-362 7272

Klik sini untuk sewa nissan almera

The post Sewa Nissan Almera dengan Xvipi Car Rental – 5 Kelebihan Nissan Almera Yang Patut Anda Tahu (Rent Now!) Wow! appeared first on Xvipi Car Rental.

]]>