fbpx

Xvipi Car Rental

Bacalah Doa Naik Kenderaan Ini Agar Perjalanan Diberkati

Bacalah Doa Naik Kenderaan Ini Agar Perjalanan Diberkati

Amalkan doa naik kenderaan semasa pulang beraya ini agar perjalanan anda sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

Suasana pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya pasti ditunggu-tunggu oleh warga kota. Tapi jangan terlalu seronok ingin pulang beraya sampai terlupa nak baca doa naik kenderaan.


Berikut merupakan bacaan doa yang boleh dipraktikkan:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.

Selain membaca doa naik kenderaan, kita juga digalakkan untuk membaca ayat kursi seperti apa yang Rasullulah SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali, salah seorang sahabat nabi. Sabda Rasullullah SAW,

“Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt.”

*Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)*

Jadi, lebih afdal jika membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Kemudian disusuli dengan bacaan ayat Kursi, supaya segala apa sahaja niat kita pada hari tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selain membaca doa naik kenderaan, kita sebagai umat manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir seharusnya membuat persediaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan.


Tidak kira perjalanan tersebut mengambil masa sekejap mahupun lama.

Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti sebagai persediaan sebelum memulakan perjalanan anda pulang ke kampung halaman.


Persediaan rumah:

1.Pastikan suis elektrik agar semua peralatan elektrik sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket kecuali suis penggera keselamatan.

Jika anda pulang ke kampong lebih dari 5 hari, seeloknya makanan sjuk beku dihabiskan dan biarkan peti ais anda kosong.

Tutup suisnya untuk menjimatkan elektrik. Jangan lupa juga untuk memeriksa tong gas anda supaya ianya ditutup ketat dan tidak berfungsi sepanjang anda bercuti di kampong.


2. Simpan semua barang berharga

Simpan barang berharga seperti barang kemas, buku bank dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat dan rahsia.

Pastikan rumah anda berkunci dan periksa setiap pintu rumah, pintu bilik dan pintu pagar rumah anda agar semuanya berkunci.

Jika ada pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka.

Sekiranya anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.


3. Nyalakan lampu rumah

Pasang lampu rumah sebelum pulang ke kampung agar keselamatan rumah lebih terjamin seperti lampu automatik yang boleh menyala pada waktu gelap dan padam pada siang hari.


Persediaan kenderaan:

1.Servis kenderaan anda sebelum berjalan jauh dan periksa keadaan kenderaan anda agar berada di tahap yang baik.

Periksa tekanan tayar, bunga tayar serta gas penyaman udara, pengelap cermin, fungsi lampu dan sebagainya. Selain itu anda perlu memeriksa paras air bateri kereta dan minyak hitam enjin.

2. Jangan lupa untuk memeriksa jumlah baki yang terdapat dalam SmartTAG atau kad Touch ‘n Go anda kerana ramai di antara kita yang sering lupa dan suka mengambil mudah dalam hal ini.

Pastikan jumlah tersebut mencukupi untuk digunakan sepanjang perjalanan nanti. Takut tersangkut di tengah jalan pula.

3. Bagi mengelakkan anak meragam kerana perjalanan yang lama dan mengganggu pemanduan, anda boleh membuat persedian dari segi merancang perjalanan untuk berhenti di kawasan rehat setiap 2 jam perjalanan.

Selain itu, muat turun filem atau lagu-lagu menarik buat tontonan mereka.

Jadi, tiada yang mustahil untuk anda pulang ke kampung walaupun anda perlu merentasi kesesakan lalu lintas di jalan raya. Lumrah kehidupan sebagai anak perantau.

Kalau anda tidak mempunyai kenderaan untuk pulang beraya di kampung, jangan risau kerana XVIPI Car Rental boleh membantu anda.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkhidmatan sewa kereta, hubungi kami sekarang.


Klik sini untuk melihat senarai lokasi kereta sewa yang berhampiran dengan anda.

Close Menu