fbpx

Xvipi Car Rental

Bubble Tea Famous di Selangor- Delicious! (2019)

Bubble Tea Famous di Selangor- Delicious! (2019)

Banyak bubble tea famous di Malaysia ini!

Kepada peminat bubble tea, artikel ini adalah untuk anda! Ada yang panggil boba, ada yang panggil pearl, bubble tea, tapi terpulang lah pada anda nak panggil apa. Memandangkan sekarang bubble tea tengah trending, kita boleh lihat banyak hidangan kreatif yang letak bubble tea seperti waffle bubble tea, ice cream bubble tea dan lain-lain.

Imej dari http://femalemag.com.my/lifestyle/food/4-boba-inspired-food-for-bubble-tea-lovers-in-malaysia/4/

Imej dari https://www.pepper.ph/bobas-n-cream-makes-milk-tea-soft-serve-with-boba-for-a-dreamy-creamy-dessert/

Ada yang sanggup berbaris panjang semata-mata untuk beli boba sahaja. Ya! kita boleh nampak bubble tea famous di Malaysia ini. Minuman viral ini sudah menjadi kegemaran ramai di serata Malaysia ini. Jika ditanya mengenai SS15, mesti orang cakap SS15 adalah heaven bagi bubble tea lovers.

SS15 iaitu di Subang Jaya, Selangor, sangat terkenal kerana di situ terdapat banyak tempat minuman bubble tea. Kafe bubble tea famous ada banyak di kawasan ini. Ada juga yang suka bersantai di port bubble tea untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka sambal menikmati air minuman boba ini.

Jom kita lihat bubble tea famous yang ada di sekitar Selangor. Kepada orang Selangor dan boba lovers, jangan lupa singgah di port boba yang kami senaraikan ini ya!

1.Daboba

Imej dari http://kokcheehou.blogspot.com/2019/07/daboba-ss15.html

Imej dari https://klfoodie.com/the-ultimate-bubble-tea-guide-for-ss15-subang-jaya/

Daboba atau dikenali sebagai Black Bear Hall adalah bubble tea famous di Taiwan. Daboba ini terkenal dengan bear logo yang ada di depan setiap minuman. Walaupun kafe ini baru sahaja beroperasi pada bulan Mei tahun ini, kafe ini sudah menjadi salah satu kafe popular dalam kalangan peminat boba tea ini.  

Antara minuman yang menjadi favourites yang menjadi peminat daboba ini adalah Honey X Golden Pearl dan Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk. Kini, Daboba buka banyak cawangan di seluruh Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Johor, Perak, Penang dan juga Sarawak.

Alamat: 25, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

Ahad hingga Khamis : 12.30pm-11.45pm

Jumaat hingga Sabtu : 12.30pm to 12.15am

2.The Alley

Imej dari https://ny.eater.com/2019/9/3/20847365/taiwanese-bubble-tea-chain-the-alley-opens-east-village-nyc

The Alley juga merupakan salah satu bubble tea famous di Selangor. Kafe ini juga terdapat di SS15, Subang Jaya dan di serata Malaysia. Bubble tea menjadi salah satu keistimewaan bagi jenama ini. Ramai yang suka akan kelazatan bubble tea The Alley ini. Menurut mereka, bubble tea di sini rasanya memang manis namun bubble tea The Alley ini tidak melampau kemanisannya dan tidak memuakkan.

 Brown Sugar Deerioca Series menjadi kegemaran pengunjung kafe ini. Ada juga yang mencadangkan untuk try Brown Sugar Creme Brulee Milk Tea mereka!

Alamat: 84G, Jalan SS5/4, 47500 Subang Jaya

Waktu Operasi: Setiap Hari,12:00pm-1:00 am 

3.Xing Fu Tang

Imej dari https://danielfooddiary.com/2018/12/30/xingfutang/

Bubble tea famous ini iaitu Xing Fu Tang sebenarnya berasal dari negara Taiwan. Minuman ini telah menjadi favourites bagi peminat boba. Selain itu, ramai pengunjung menjadikan Xing Fu Tang sebagai port tempat lepaking mereka. Xing Fu Tang terkenal dengan  “stir-fried” Brown Sugar Boba Milk menjadikan ia salah satu tarikan pengunjung minuman ini.

Bubble tea famous di sini adalah Signature Brown Sugar Boba Milk dan juga Mango Smoothie. Kini, Xing Fung Tang mempunyai sebanyak 14 cawangan di serata Malaysia.

Alamat: 88G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

Setiap Hari : 12:00pm-1:00 am 

Website: Xing Fu Tang

4.Tealive

Imej dari http://www.planetkuching.com/menu-tealive-the-spring

Tealive merupakan jenama bubble tea yang terkenal di Malaysia dan masih menjadi pilihan orang ramai. Jenama ini sering mengadakan promosi membuatkan ramai orang tetap memilih tealive ini sebagai bubble tea famous dan terbaik di Malaysia. Selain itu, pengunjung boleh juga mendapatkan tawaran keahlian disamping mencuba pelbagai menu yang menarik.

Seorang Tearista Tealive, @AtiqahMohdAsri di Twitter telah berkongsi thread mengenai minuman yang harus cuba. Mengikut beliau, Signature Milk Tea, Bang Bang Milk Tea, Strawberry Pudding Smoothie dan ada minuman yang lain yang harus anda cuba. Tealive ada di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia. Jika anda pergi ke mana-mana shopping mall pun anda akan jumpa Tealive di situ.

5.Tiger Sugar

Imej dari https://www.malaymail.com/news/eat-drink/2018/11/27/roar-get-ready-to-queue-for-taiwans-tiger-sugar-bubble-milk-tea/1697449

Tiger Sugar popular dengan signature ‘tiger-striped’ milk teas mereka. Brown Sugar Boba Tiger Sugar ini dibuat dengan Taiwanese brown sugar syrup, fresh milk, mini bobas dan topping thick creamy mousse. Berbanding dengan jenama lain, jenama ini baru sahaja memasuki Malaysia pada tahun ini. Di Selangor, anda boleh mendapatkan Tiger Sugar di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan Icity Central Mall, Shah Alam.

Alamat: Tiger Sugar, LG1, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10am – 10pm (Setiap Hari)

Kesimpulan

Bookmark article ini jika anda ingin singgah ke SS15, Subang Jaya. Antara brand boba di atas, yang mana menjadi pilihan anda?

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Selangor, anda boleh menyewa kereta Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Selangor

Close Menu