Kereta Sewa Malaysia

8 Tempat Untuk Dapat Kereta Sewa Murah

8 Tempat Untuk Dapat Kereta Sewa Murah

Perniagaan kereta sewa sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dek kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Ia menjadi pilihan bagi mereka yang mahu bergerak ke sesuatu tempat seperti tempat percutian dan urusan keluarga. Pelanggan yang menggunakan kereta sewa dapat merancang perjalanan dengan mudah dan teratur.

Faktor harga sewa juga adalah suatu yang dipertimbangkan oleh pelanggan. Kebanyakan pengguna gemar mencari kereta sewa yang murah dan berpadanan dengan bajet. Sekiranya anda sedang mencari tempat-tempat untuk menyewa kereta, berikut adalah 8 tempat untuk mendapat kereta sewa murah di Malaysia.

Bandaraya Melaka




Bagi anda yang berada di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan menyewa kereta sewa dengan mudah.

Dapatkannya di kawasan Bandar baru kerana syarikat XVIPI Car Rental menawarkan perkhidmatan kereta sewa yang selesa pada harga yang berpatutan.

Melaka mempunyai pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Pandu kereta anda dan lawati tempat-tempat tarikan utama pelancong seperti Pantai Klebang, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan Dataran Pahlawan. Anda boleh hubungi 011-55024332 untuk tempahan kereta sewa.

Ayer Keroh, Melaka

Bagi yang berada di kawasan Ayer Keroh, anda boleh mendapatkan sewa kereta di sini. Terokai Ayer Keroh yang mempunyai tempat-tempat menarik seperti Zoo Melaka.

Pengunjung tidak mahu terlepas melawat salah satu zoo terbesar di Malaysia ini. Anda boleh melawati Taman Burung Melaka, Taman Rama-Rama serta Pameran Habitat Hutan di Ayer Keroh.

Batu Berendam, Melaka

Batu Berendam adalah salah satu di tempat popular di Melaka kerana terdapat banyak gerai makanan yang sedap di sini.

Salah satu daripadanya ialah Coconut Shake Batu Berendam yang sentiasa padat dengan pelanggan. Jangan lupa untuk menikmati asam pedas Melaka sebelum berangkat pulang ke tempat anda. Anda boleh menyewa kereta di kawasan Batu Berendam dengan hubungi talian 01155064332.

Pasir Gudang, Johor

Pasir Gudang mempunyai pelbagai tempat rekreasi popular dan taman tema yang menerima ramai pengunjung pada setiap masa.

Antara tarikan yang paling popular di Pasir Gudang ialah Wonderland Theme Park, Legoland dan Austin Heights Water & Adventure Park. Pelancong dari luar yang ingin melawati tempat-tempat ini boleh menyewa kereta daripada XVIPI Pasir Gudang bagi memudahkan perjalanan anda.

Johor Bahru, Johor

Kini semakin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung. Di antara lokasi yang menarik di Johor bahru ialah kilang bateri yang dijadikan medan selera hipsters yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang popular di Johor. Hubungi 0166967474 untuk menempah kereta sewa ke kalasan Johor Bahru.

Puchong, Selangor


Di antara tempat tarifan utama di kawasan berdekatan Puchong adalah taman teman air terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon. Pastinya tempat ini menjadi tempat tumpuan anda yang ingin meluangkan masa bermandi manda di sana.

Sekiranya anda suka ‘shopping’, pergi ke pusat membeli belah yang terkemuka seperti IOI Mall, Sunway Pyramid dan Subang Parade. Anda boleh menggunakan penkhidmatan kereta sewa XVIPI Puchong dengan menghubungi 0143627272.

Shah Alam, Selangor

Shah Alam adalah bandar yang mempunyai segala-galanya; pusat pengajan tinggi, kawasan perindustrian besar dan pusat membeli belah. Tempat-tempat menarik seperti i-City, Uptown Shah Alam, Skytrex Adventure Shah Alam dan Setia City Mall adalah tempat wajib yang anda patut lawati.

Untuk mendapatkan kereta sewa Shah Alam tidaklah sesusah mana, hanya hubungi Xvipi untuk mendapatkan kereta sewa anda.

Kuantan, Pahang

Satu-satunya cawangan XVIPI di Pantai Timur, bandar Kuantan kaya dengan tarikan semula jadi seperti Teluk Cempedak, Cherating, Pantai Sepat dan Taman Tasik Bandar Kuantan. Penggemar alam semulajadi pasti menyukai untuk datang ke Kuantan.

Untuk mereka yang gemar membeli belah, bawa keluarga anda bersiar-siar di sekitar Kuantan dan berbelanja di East Coast Mall yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan.




Close Menu