fbpx

Xvipi Car Rental

8 Awesome Tips Sewa Kereta. Anda mesti baca! ( Terbaru 2019 )

8 Awesome Tips Sewa Kereta. Anda mesti baca! ( Terbaru 2019 )

Servis sewa kereta di Malaysia semakin mendapat sambutan di khalayak orang ramai kerana mudah untuk bergerak ke destini yang diingini.

Dengan adanya servis kereta sewa pandu sendiri, pergerakan anda akan lebih fleksibel, cepat dan lebih jimat untuk perjalanan jauh berbanding sistem pengangkutan awam yang ada. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu lama dan mengeluarkan kos yang banyak untuk ke mana-mana sahaja dalam satu masa.

Sumber Imej dari freepik.com

Ianya kerana pengangkutan awam seperti bas, komuter dan LRT terikat dengan jadual masa yang telah ditetapkan. Anda mungkin tak sempat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan pantas, atau mungkin anda harus bersiap awal.

1.Pilih Pengusaha Kereta Sewa Yang Ada ‘Track Record’

Langkah pertama dalam mencari servis kereta sewa ialah anda mestilah mencari beberapa syarikat kereta sewa untuk membuat perbandingan tawaran dan harga yang paling terbaik.

Pastikan anda tidak tertipu dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga terlalu murah yang tidak masuk akal dalam pemasaran kereta sewa.

Pilih syarikat kereta sewa yang ada ‘track record’ yang mana anda boleh nilai dan ada sumber rujukan sebagai panduan.

Contoh servis yang ada ‘track’ record :

✅ Direkemen oleh kawan-kawan atau saudara mara

✅ Ada platform sendiri seperti website, facebook, Instagram

✅ Ada ‘review’ dari pelanggan yang pernah berurusan

✅ Aktif dan ada komen-komen di FB, Insta, blog, website

✅ Ada Testimoni berkenaan servis.

Setelah anda yakin dengan ‘kewujudan’ syarikat kereta sewa tersebut, barulah anda ke step yang kedua.

2. Hubungi Dan Berikan Maklumat Penyewaan

Seterusnya, anda hubungi dan sahkan syarikat tersebut adalah syarikat yang anda pilih tadi. Tanyakan sama ada syarikat itu masih beroperasi.

Berikan maklumat penyewaan kereta yang anda perlukan seperti :

✅ Model kereta

✅ Bilangan Hari Sewaan

✅ Tarikh dan masa ambil

✅ Tarikh dan masa pulanLokasi ambil dan pulangkan kereta

✅ Lokasi ambil dan pulangkan kereta

Dapatkan pengesahan samada kereta yang masih boleh disewa atau tidak dalam tempoh yang diperlukan.

3. Dapatkan Harga Sewa

Biasanya, anda sudah ada bajet sendiri untuk menyewa kereta. Anda boleh lihat harga kereta di laman web syarikat tersebut atau bertanya terus di panggilan telefon/ whatsapp untuk berbincang harga yang ditawarkan. Lebih baik jika anda meminta sedikit diskaun untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda. Mana tahu dapat!

Sekiranya harga tetap, anda masih boleh cuba bertanyakan syarikat yang lain yang boleh bagi anda diskaun.

4. Dapatkan Maklumat Caj-Caj Lain

Tips sewa kereta ini ramai yang terlepas pandang. Baca betul-betul ya!

Kebiasaanya ramai orang terus bersetuju mendapat kereta sewa tanpa menanyakan caj-caj yang akan dikenakan.

Bila datang ambil kereta dan nak buat pembayaran, pastikan sahkan balik bayaran penuh bagi menyewa kereta. Sesetengah syarikat kereta sewa tidak memaklumkan caj-caj tambahan ketika membuat tempahan awal.

Caj-caj lain yang biasa dikenakan :

✅ Deposit Booking/Security

✅ Delivery Charge

✅ Service Tax

5. Membayar Deposit Sewa Kereta

Setelah anda bersetuju dengan harga sewa dan caj-caj lain yang ada, tiba masa untuk membuat bayaran deposit.

Deposit sewa kereta adalah untuk sahkan anda memang berminat untuk menyewa kereta tersebut dan sebagai tanda untuk meminta pihak syarikat menyediakan kereta mengikut maklumat yang diberikan.

Anda boleh bayar secara terus dengan pihak syarikat (by hand) atau boleh juga transfer secara online atau di mesin ATM. Simpan bukti pembayaran untuk rujukan.

Maklumkan kepada pihak syarikat selepas duit deposit dimasukkan dan tunjukkan bukti pembayaran (resit).

6. Sediakan Dokumen Sewa Kereta

Sumber Imej dari Instagram Xvipi Car Rental

Anda diminta untuk sediakna dokumen-dokumen berikut dan diserahkan kepada pihak syarikat sewa kereta semasa mengambil kereta.

Dokumen yang diperlukan untuk sewa kereta :

✅ Salinan IC

✅ Salinan Lesen Kereta

✅ Salinan Bil Utility

✅ Salinan Pelajar ( Pelajar Sahaja )

Pastikan anda tidak terlupa untuk membawa dokumen sewa kereta ini kerana anda mungkin gagal untuk menyewa sekiranya dokumen tidak dibawa atau tidak lengkap.

7. Baca Dan Fahamkan Terma Dan Syarat Sewa Kereta Sebelum Tandatangan Agreement

Sebelum pengambilan kereta, anda akan diminta untuk tanda tangan Perjanjian Kereta Sewa.

Anda mesti baca dan fahamkan terlebih dahulu terma dan syarat yang disediakan oleh syarikat kereta sewa tersebut sebelum menandatangani agreement tersebut.

Sekiranya ada yang anda tidak faham, anda boleh bertanya petugas untuk terangkan dengan lebih lanjut.

8. Periksa Keadaan Kereta Sebelum dan Selepas Sewa Kereta

Semasa pengambilan kereta sewa, anda hendaklah memeriksa keadaan kereta luar dan dalam sekiranya ada defect ( kecacatan ) seperti scratch, crack, kemek atau part yang hilang pada kereta. Maka, anda mestilah terus beritahu kepada petugas.

Anda berhak untuk menukar kereta lain sekiranya perlu atau sekiranya ada kereta lain yang boleh dipilih. Sekiranya tiada, ambil gambar semua tempat yang ada defect tadi sebagai bukti memang sudah sedia ada sebelum anda menyewa kereta lagi.

Staff bertugas akan mencatat bahagian-bahagian yang ada defect pada kertas agreement.

Pastikan tayar ganti, alat-alat untuk menukar tayar dan triangle ada tersedia di dalam kereta sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.

Tidak lupa juga untuk memeriksa semua bahagian berfungsi dengan baik seperti signal, lampu depan, lampu belakang, aircond, radio, wiper dan sebagainya.

Selepas anda selesai menggunakan kereta sewa, anda juga harus memeriksa semula kereta tersebut sekiranya terdapat defect baru selepas anda menggunakannya. Seeloknya pemeriksaan dilakukan bersama staff yang bertugas  dan disahkan sendiri oleh mereka dipulangkan dalam keadaan baik.

Semoga 9 Tips Sewa Kereta ini boleh dijadikan panduan oleh anda untuk melancarkan lagi proses penyewaan kereta.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar, anda boleh sewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Pasir Gudang

Close Menu