fbpx

Xvipi Car Rental

8 Amazing Tips Jimat Minyak. Mesti berkesan punya! (Terbaru 2019)

8 Amazing Tips Jimat Minyak. Mesti berkesan punya! (Terbaru 2019)

Jom baca tips jimat minyak! Dalam ekonomi sekarang yang semakin meningkat, banyak perkara yang kita mahu jimat dari segi kos perbelanjaan seperti jimat penggunaan elektrik dan air, makan termasuklah kos minyak kereta. Jadi, kita harus bijak mengawal perbelanjaan supaya tidak membebankan kita di masa akan datang.

Salah satunya ialah mahu menjimatkan minyak kereta dengan berkesan. Terdapat banyak alternatif yang boleh anda usahakan dalam mengurangkan kos minyak kereta setiap kali anda memandu.  Ia melibatkan cara pemanduan anda, jenis kereta yang digunakan, langkah-langkah tambahan yang perlu dilakukan dalam pemantauan kualiti kereta dan lain-lain lagi.

Cara Jimat Minyak Kereta Dengan Berkesan

Sewa kereta yang murah tetapi hairan mengapa ia memakan kos yang besar dari segi minyak kereta? Elok-elok nak berjimat kos sewa kereta, akhirnya kena keluar duit lebih juga untuk isi minyak kereta. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk jimat minyak kereta dengan berkesan untuk kereta sewa yang anda sewakan. Sama juga seperti kereta milik anda sendiri, masing-masing mempunyai cara jimat kereta yang mudah dan berkesan.

#1 Perlahankan Kereta Tanpa Brek

Salah satu cara untuk menjimatkan minyak kereta ialah anda boleh perlahankan kereta tanpa menekan brek apabila kereta anda sudah menghampiri kereta depan. Kekerapan menekan brek akan menyebabkan minyak keluar dengan cepat dan banyak. Memecut dan berhenti dengan mendadak juga akan memberi effect penggunaan minyak.

#2 Mengisi Tayar Kereta Dengan Tekanan Angin Yang Betul

Anda mestilah sentiasa memastikan tekanan angin diisi dengan betul dan baik pada tayar kereta untuk jimat minyak. Kereta akan merasa berat tanpa tekanan angin yang mencukupi justeru penggunaan minyak akan meningkat hampir 40% sekiranya tayar kereta kurang tekanan angin.

#3 Matikan Enjin Jika Perlu

Anda boleh mematikan enjin terlebih dahulu ketika sedang berhenti dimana-mana samada untuk berehat atau menunggu penunggang, rakan-rakan dan sebagainya kerena enjin yang hidup akan menyebabkan minyak turun walaupun kereta tidak bergerak. Matikan enjin dapat membantu anda menjimatkan minyak kereta dengan berkesan.

#4 Kurangkan Beban Kereta

Keluarkan semua benda yang tak perlu di dalam kereta. Kereta akan menggunakan tenaga yang lebih banyak lalu meyebabkan penggunaan minyak yang lebih daripada biasa sekiranya barang yang dibawa oleh kereta amat berat, besar dan banyak. Oleh itu, penting bagi anda meringankan beban didalam kereta untuk menjimatkan minyak dengan berkesan.

#5 Menggunakan Gear Yang Sesuai Pada Situasi Tertentu

Anda perlu menggunakan gear yang sesuai pada situasi tertentu sekiranya ingin kereta lebih jimat minyak.  Gear yang tinggi harus digunakan ketika menaiki bukit dan manakala gear yang rendah sesuai untuk menuruni bukit. Sekiranya anda menggunakan gear yang rendah untuk menaiki bukit, kemungkinan kereta akan menarik hampir 50% minyak kereta pada waktu itu. Penggunaan gear adalah salah satu cara jimat minyak yang berkesan.

#6 Sentiasa Servis Kereta Pada Waktunya

Kereta anda perlu diservis pada waktu yang ditetapkan supaya tiada masalah kerosakan atau teknikal yang berlaku pada kereta. Bukan itu sahaja, sebenarnya, sedutan minyak daripada kenderaan anda juga adalah disebabkan sistem penyelenggaraan yang tidak tepat pada masanya. Jikai anda tangguhkan, lama kelamaan ia akan memberi kesan kepada penyedutan minyak kereta.

#7 Tutup tingkap Kereta

Pastikan tingkat kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalami rintangan angin yang menyebabkan kereta bergerak perlahan dan anda akan menekan pedal minyak lebih banyak.

#8 Tutup Aircond

Anda juga boleh mematikan suiz aircond sekiranya cuaca yang sejuk atau pada waktu malam. Selain itu, matikan suiz aircond sekiranya anda sudah hampir tiba di destinasi anda. Penggunaan minyak meningkat sebanyak 10% apabila mengunakan aircond.

Semoga 8 Tips Jimat Minyak Kereta ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar, anda boleh sewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Close Menu