fbpx

Xvipi Car Rental

5 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Wajib Anda Singgah- Awesome!

5 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Wajib Anda Singgah- Awesome!

Adakah anda tahu Kuantan juga mempunyai banyak tempat menarik? Terletak di kawasan Pantai Timur, Kuantan mempunyai banyak pantai yang cantik dan jernih.

Bila ditanya apa tempat menarik di Kuantan, ramai yang menggaru kepala . Walaupun Kuantan tidak sepopular Pulau Penang, Perak, tempat ini sebenarnya mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ramai yang bercuti di Kuantan buat pertama kali ingin bercuti lagi sekali kerana kata mereka terdapat banyak tempat menarik di Kuantan.

Jangan risau! Kami akan senaraikan tempat menarik di Kuantan yang wajib anda pergi. Kepada sesiapa yang ingin bercuti di Kuantan, anda mesti baca sampai habis!

1.Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak cukup popular dengan penduduk Kuantan dan pelancong-pelancong luar. Pantai yang jernih, kebiru-biruan dan kawasannya yang bersih menjadi tarikan ramai pengunjung. Di kawasan pantai ini juga mempunyai infrastruktur serta kemudahan yang lengkap selain mempunyai pemandangan panorama yang cantik.

Jika anda penat bersiar-siar di persisir pantai, usah risau kerana di kawasan teluk cempedak ini juga mempunyai banyak gerai-gerai makanan. Malah, terdapat juga restoran makanan segera seperti Kfc, Mcdonald’s dan Subway di sini. Ramai pengunjung lebih suka menginap di Hotel atau Resort yang terdapat di Teluk Cempedak ini dan bersiar-siar di kawasan Teluk Cempedak pada waktu malam.

Imej dari percutianbajet.com

2. Pantai Balok/Pusat Rekreasi Air Balok

Ramai yang berkunjung ke Pantai Balok kerana mereka ingin windsurfing atau kitesurfing. Anda bukan sahaja boleh beriadah di sini, malah anda boleh mencuba aktiviti sukan air di sini. Lokasi Pantai Balok ini terletak kira-kira 15 minit memandu dari pusat bandar Kuantan memudahkan ramai pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.

Selain itu, Pantai Balok amat dikenali dikalangan pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan di sini mempunyai ciri keselamatan iaitu mempunyai pihak pengurusan pantai bagi mengelakkan sebarang bahaya.

Di samping itu, terdapat juga gerai-gerai makanan yang menyediakan sajian seafood. Pantai Balok sememangnya destinasi yang sesuai untuk pelancong berkeluarga yang ingin beriadah di pantai.

tempat menarik di kuantan-pantai-balok-xvp

Imej dari agoda

3. Santuari Penyu Cherating

Harga tiket yang percuma juga menjadi tarikan ramai pelancong untuk pergi ke santuari ini. Pelbagai jenis penyu yang terdapat di sini seperti green turtle, leatherback turtle, Olive Ridley Turtle dan lain-lain. Tempat ini memakan masa dalam 30 minit sahaja memandu dari pusat bandar Kuantan. Pelancong berpeluang melihat anak-anak penyu yang begitu banyak berenang di dalam kolam.

Selain itu, santuari ini mempunyai beberapa program menarik untuk pengunjung seperti melawat tapak penetasan telur penyu, melihat pelepasan anak-anak penyu ke laut dan lebih menyeronokkan lagi ia juga mempunyai program turtle watching pada waktu malam. Tempat ini amatlah sesuai jika anda becuti ke Kuantan bersama anak-anak supaya mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyu.

Imej dari blog santuaripenyucherating

Waktu Operasi: Selasa-Ahad 9.00 am- 5.00 pm

Musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos

Harga Tiket: Percuma

4. Taman Tema Air Bukit Gambang/ Bukit Gambang Resort City

Terletak kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar Kuantan, Gambang Water Park ini lengkap dengan aktiviti yang menarik seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini mempunyai Safari Park yang terdapat banyak haiwan-haiwan di situ. Anda juga berpeluang untuk melihat pertunjukan haiwan seperti pertunjukan burung dan buaya.

Anda boleh juga bermalam di resort-resort yang ada di taman tema ini. Usah risau tentang harga kerana pihak Bukit Gambang Resort City selalu memberi tiket baucer untuk ke water park dan safari park. Ikuti perkembangan taman tema di laman web mereka untuk mengetahui promosi serta mendapatkan harga diskaun tiket.

Imej dari laman web ticket2u

Waktu operasi:

Isnin – Khamis (10.30am-6.30pm)

Jumaat – Ahad (9.30am – 6.30pm)

Selasa: Tutup

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM19.90

Kanak-kanak : RM12.90

Laman Web: https://bgrc.com.my/

5. Natural Batik Village

Bukan sahaja di Terengganu, malah Kuantan juga mempunyai industri batik. Kunjungilah ke Natural Batik Village jika anda ingin membeli cenderamata dari Kuantan. Terdapat kain sarong, t-shirt dan lain-lain yang amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk keluarga anda.

Selain itu, anda boleh merasai sendiri pengalaman mencanting dan mewarnai corak batik itu mengikut kreativiti anda. Tetapi anda harus datang lebih awal dahulu jika anda ingin melakukan DIY sendiri kerana proses pengeringan akan memakan masa yang agak lama.

Imej dari kuantan.org

Kesimpulan

Terdapat banyak tempat menarik di Kuantan yang harus anda lawati. Semoga ini dapat membantu anda merancang percutian anda.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Kuantan, anda boleh menyewa kereta. Ianya memudahkan dan menjimatkan bila anda bercuti di Kuantan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Kuantan

Close Menu