fbpx

Xvipi Car Rental

5+ Tempat Best Untuk Bawa Anak Berjalan di Kuala Lumpur (Semua Percuma!)

5+ Tempat Best Untuk Bawa Anak Berjalan di Kuala Lumpur (Semua Percuma!)

Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang tempat menarik di Kuala Lumpur untuk membawa anak-anak berjalan sepanjang cuti sekolah ini. Paling penting, kami senaraikan tempat-tempat menarik yang masuk percuma!

Sekiranya anda sedang merancang untuk jalan-jalan dan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat ya.

#1 Dataran Merdeka

Dataran Merdeka merupakan destinasi yang paling utama di Kuala Lumpur kerana ia merupakan tempat perarakan rasmi bagi Sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun. Mengikut sejarah, di sini la tapak yang menjadi saksi pada 31 Ogos 1957 di mana bendera Union Jack diturnkan dan seterusnya bendera Fenderasi Malaya dinaikkan.

Fun fact : Tiang bendera yang ada di Dataran Merdeka merupakan tiang bendera tertinggi di Malaysia.

Destinasi ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong luar negara kerana keunikan struktur bangunan di sekelilingnya. Sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati tempat ini bersama anak-anak atau rakan-rakan untuk bersantai sambil melihat panorama sekeliling.  

#2 Taman Botani Perdana

Dahulunya, taman ini lebih dikenali dengan nama Taman Tasik Perdana, merupakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di Kuala Lumpur. Sesuai untuk aktiviti santai pada waktu petang seperti jogging dan bersiar-siar dengan anak-anak.

Terdapat pelbagai jenis taman permainan yang akan membuatkan anak anda teruja. Di tasik ini anda boleh bermain paddle boat atan mencuba berjalan di atas air, yang dinamakan permainan Unexs Waterball. Selain itu, di sini juga terdapat 2 jenis binatang eksotik iaitu rusa dan dan kancil di Taman Rusa Dan Kancil dan pastinya masuk secara percuma!

#3 Kolam Randuk KLCC Park

Sekiranya anda berada di sekitar KLCC, anda boleh membawa anak anda ke Kolam Randuk KLCC Park untuk bermain dengan air. Masuk percuma!

Kolam air ini cetek sahaja, sesuai untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun ke bawah. Bolehlah sekali sekala aktiviti main air pula! 

#4 Tugu Negara

Anda boleh membawa anak-anak ke Tugu Negara yang merupaka monumen yang sangat ikonik di negara kita dan juga berfungsi sebagai memperingatkan kita kepada pahlawan-pahlawan nenek moyang kita yang suatu ketika dahulu bersabung nyawa demi mencapai kemerdekaan.

Di samping itu, sesuai untuk dibawa lawatan oleh para guru untuk pelajar-pelajar bagi mendidik akan betapa pentingnya erti kemerdekaan dan betapa sengsaranya sebuah peperangan.

#5 Perpustakaan Kuala Lumpur

Sumber Imej dari https://ohbulan.com/

Mahu galakkan anak membaca? Jom kita kunjungi Perpustakaan Kuala Lumpur untuk memupuk anak membaca. Dekat je dengan Dataran Merdeka. Perpustakaan ini baru sahaja dibuka pada 4 November 2019 beroperasi hari Isnin bermula jam 2 petang sehingga 6.45 petang dan hari Selasa  hingga Jumaat pada jam 10.00 pagi hingga 5 petang.

#6 Balai Visual Seni Negara

Balai Visual Seni Negara merupakan pameran seni visual oleh artis-artis Malaysia dan luar negara yang sangat kreatif. Bukan sahaja mempamerkan seni lukisan biasa, malah seni visual ini merangkumi fotografi, multimedia dan apa-apa teknologi yang boleh dikesan oleh deria visual (penglihatan). Boleh mengajar dan melatih otak kiri anak-anak anda dengan membawa mereka di sini supaya mahir dalam menghayati kesenian.

Terdapat pelbahai bahan pameran kesenian lama dan moden yang boleh anda menghayati maksud tersiratnya. Sama ada tarikan kesenian berbetuk lukisan, fotografi, arca dan boneka, kesemuanya ada di sini.

Ruangan pameran ini sememangnya berkonsepkan modern, futuristik dan eksklusif tapi jangan risau, masuknya percuma! Jangan sengan-sengan masuk ya!

Kesimpulan

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu peningkan kepala anda untuk mencari tempat percutian yang menarik. Ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai bawa anak bersama.

Anda bukan sahaja dapat menggembirakan hati anda dan ahli keluarga yang lain. Anda juga dapat menjimatkan kos dengan serendah mungkin.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk melawat Kuala Lumpur, anda boleh menyewa kereta. Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Shah Alam

Leave a Reply

Close Menu