fbpx

Kereta Sewa Malaysia

5 Sebab Anda Patut Sewa Kereta Hari Ini

5 Sebab Anda Patut Sewa Kereta Hari Ini

Sewa kereta sewaktu bercuti ataupun bekerja adalah kaedah pengangkutan yang digemari pada masa kini.

Ini kerana anda boleh berjimat daripada mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar tambang teksi atau e-hailing. Dengan adanya sewa kereta, anda tidak terikat dengan jadual kenderaan awam seperti Komuter, LRT dan MRT.

Bila pergi bercuti atau outstation, pastinya anda akan membawa luggage kan? Anda semestinya memerlukan ruang untuk simpan barang dan mudah untuk anda bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sewa kereta merupakan solusi yang terbaik untuk anda!

Mari kita lihat beberapa sebab kenapa anda perlu sewa kereta hari ini:

1. Pelbagai Jenis Kenderaan Ditawarkan

Antara sebab mengapa orang lebih gemar untuk menyewa kereta adalah kerana kebanyakan agensi sewa kereta menawarkan pelbagai jenis kereta untuk anda pilih bagi sesuatu tempoh sewaan.

Pilihan kereta adalah terdiri daripada kenderaan bersaiz kecil, hatchbacks ekonomi dan SUV. Anda juga boleh memilih kereta bertransmisi manual ataupun automatik.

Tidak kira apa jua keperluan yang anda perlukan, anda hanya perlu pilih ciri-ciri kereta sewa yang anda perlukan. Syarikat kereta sewa biasanya akan membantu anda mendapatkan kenderaan yang terbaik mengikut tempoh sewa yang dikehendaki.

2. Mampu Menjimatkan Wang Minyak

Ini adalah kelebihan utama kepada anda yang memandu kereta sewa berbanding kereta peribadi. Anda dapat berjimat banyak untuk perjalanan yang jauh.

Tidak kira sama ada anda memilih untuk menyewa kenderaan berkuasa diesel bagi memaksimumkan perjalanan atau memilih untuk menyewa kereta hybrid, semuanya terletak di tangan anda.

Yang pastinya syarikat kereta sewa akan membantu anda mencari kenderaan yang sesuai dengan bajet anda serta dapat memaksimumkan perjalanan anda tanpa mengeluarkan wang minyak yang banyak.

3. Mendapatkan Kenderaan Yang Bersesuaian Untuk Tujuan Tertentu

Sesetengah individu menyewa kereta hanya untuk situasi tertentu. Contohnya ada yang menyewa van mini untuk membawa keluarga berjalan-jalan. Ada pula yang membawa rakan-rakan untuk menghadiri lawatan ataupun perkhemahan.

Dengan menyewa kereta, anda dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membeli kereta baru semata-mata untuk memenuhi keperluan sementara seperti di atas. Anda juga tidak perlu menanggung hutang jangka panjang yang membebankan akibat membeli kereta.

4. Mengelakkan Tayar Cepat Haus

Apabila anda menggunakan kereta sewa dan bukannya kereta peribadi, anda dapat berjimat dari segi penggunaan tayar. Kekerapan memandu kereta sendiri boleh menyebabkan tayar cepat haus dan botak.

Selain itu, ia mampu mengelakkan penggunaan kilometer yang tinggi pada kenderaan anda sendiri. Jika tidak, anda terpaksa membuat servis kereta sendiri dengan kerap. Anda pun terpaksa berbelanja besar untuk servis kereta ini.

Sebab itulah anda digalakkan untuk menyewa kereta bagi memenuhi keperluan perjalanan yang panjang. Kereta peribadi anda pun sentiasa terjaga dan cantik macam kereta baru.

5. Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Kereta

Kebanyakan pemilik kereta akan kerap melakukan penyelenggaraan kereta untuk memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik. Sekiranya kereta tidak diselenggarakan dengan baik, kos untuk membaiki kereta boleh menjadi mahal.

Apabila anda sebaliknya sewa kereta, urusan penyelenggaraan hanya diuruskan oleh syarikat yang menyewa kereta tersebut. Anda hanya perlu mengisikan gas atau minyak petrol sahaja.

Selalunya bagi mereka yang menyewa kenderaan dalam tempoh yang lama, syarikat akan memberikan tempoh masa untuk servis kereta atau ditukarkan kepada kenderaan lain yang lebih baik.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi daripada menyewa kereta. Tiada sebab untuk anda untuk tidak mengambil kereta sewa kerana anda akan memerlukannya pada masa-masa tertentu.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa profesional, lawati laman web kami untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Close Menu