fbpx

Xvipi Car Rental

5 Kafe Hipster yang Best dan Insta-worthy di Melaka!

5 Kafe Hipster yang Best dan Insta-worthy di Melaka!

Ramai yang memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka. Melaka sememangnya lengkap dengan tempat yang menarik dan mempunyai tempat makan yang sedap.

Kepada sesiapa yang tidak pernah berkunjung ke Melaka, ayuh pergi sekarang! Selain mempunyai banyak tempat bersejarah, Melaka juga mempunyai banyak kafe hipster yang harus anda singgah.

Usah risau, kafe hipster yang akan disertakan ini mempunyai jaminan halal dan sememangnya insta-worthy! Kepada café-hopping dan sesiapa yang gemar pergi ke kafe, sila bookmark untuk rujukan masa hadapan.

1. Halia Inc

Jika anda penat bersiar-siar di A’famosa, anda bolehlah bersantai di Halia Inc. Kafe hipster ini  merupakan tempat yang strategik kerana ia berlokasi di pusat bandaraya Melaka.

Anda bolehlah melihat permandangan Melaka River sambil menikmati hidangan kafe Halia Inc. Ia mengambil masa dalam 6 minit sahaja dari A’famosa untuk menuju ke Halia Inc. Pelbagai pilihan hidangan menarik yang boleh anda cuba.

Imej dari Facebook Halia Inc

Alamat: 1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 7:30am-11pm

Tutup setiap Isnin

Maklumat lanjut di: Facebook , Instagram

2. Truly Two Cafe

Craving kek, milkshakes atau pavlova? Kunjungilah ke Truly Two Cafe!

Jika anda menggemari ice-blended, milkshakes dan minuman yang sedap, anda harus singgah ke Truly Two Café! Nikmati pelbagai desserts yang enak seperti kek,pancake,pavlova dan pilihan minuman yang menarik.

Kafe ini menawarkan harga yang berpatutan dan telah menjadi ramai pilihan pelancong dan penduduk Melaka. Hiasan dalaman Truly Two Cafe yang minimalist menarik ramai perhatian pengunjung untuk mengambil gambar di situ.

Imej dari website Truly Two Cafe

Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Melaka, 75150 Melaka

Waktu Operasi: 1pm-9pm

Tutup setiap Isnin

Maklumat lanjut di: Facebook,Instagram,Website

3. Cofeology Café & Restaurant

Kepada sesiapa yang ingin mencuba makanan dan desserts, anda boleh kunjungi Cafeology Kafe. Terletak di Bukit Beruang, kafe ini menjadi pilihan ramai pengunjung untuk bersantai sambil menikmati hidangan sedap bersama orang-orang tersayang. Hidangan yang harus anda cuba di kafe ini adalah nasi lemak dan milkshakes.

Selain itu, tarikan menarik di kafe ini adalah persembahan live band yang menyenangkan hati ramai pengunjung. Jika anda mahu release stress kunjungi lah ke kafe ini!

Imej dari Facebook Cofeology Café & Restaurant

Alamat: Lot 21 & 23 Condomunium Jalan Bukit Beruang Bukit Beruang, Jalan Ixora, 75450 Beruang, Melaka

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 9am-11pm

Sabtu-Ahad: 8am-11pm

Maklumat lanjut di: Facebook, Instagram

4. Le Que Café

Jika anda menggemari makanan western, kunjungilah ke Le Que café. Kafe ini menawarkan harga yang berpatutan yang untuk makanan dan minuman. Terdapat pelbagai hidangan menarik seperti burger, steak, chicken chop dan lain-lain. Selain western food, hidangan seperti nasi lemak ada disediakan. Jadi, jangan lupa singgah ke Le Que café jika anda bercuti di Melaka.

Imej dari Facebook Le Que

Alamat: No 14 Jalan Lagenda 3 Taman 1 Lagenda Malacca City

Waktu Operasi:

Selasa-Jumaat: 5pm-11pm

Sabtu-Ahad: 12pm-11pm

Tutup setiap Isnin

Maklumat lanjut di: Facebook, Instagram  

5. Noah Art Café

Lokasi berdekatan dengan Jonker Street, Noah Art Café sememangnya menjadi ramai pilihan ramai setelah penat bersiar-siar di Jonker Street.

Jarak dari Jonker Street ke kafe ini hanyalah dalam 4 minit sahaja. Kafe ini juga menyediakan banyak pilihan hidangan yang harus anda cuba seperti nasi beriani lamb gearbox dan hidangan western.

Imej dari Facebook Noah Art Cafe

Alamat: No. 25 Jalan Hang Lekiu, Jonker Walk 75300 Malacca Town

Waktu Operasi:

Isnin, Selasa, Khamis,Sabtu dan Ahad: 8am-4pm

Jumaat: 3pm-11pm

Tutup setiap Rabu

Maklumat lanjut di: Facebook, Instagram  

Kesimpulan

Terdapat banyak kafe hipster yang menarik di Melaka.

Terpulang kepada anda untuk memilih tempat makan yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar, anda boleh sewa kereta di Melaka. Terdapat pelbagai jenis kereta sewa untuk dipilih. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Melaka.

Leave a Reply

Close Menu