fbpx

Xvipi Car Rental

12 Benda Wajib Yang Perlu Dalam Kereta Ketika Waktu Kecemasan ( Amazing Tips! )

Jom kita baca untuk ketahui benda wajib yang perlu ada dalam kereta ketika perjalanan jauh sekiranya berlakunya kecemasan.

Benda-benda ini sangat berguna dan menjamin keselematan anda ketika di jalan raya.

#1 Kit Kecemasan

Kit Kecemasan adalah benda wajib untuk dibawa kemana-mana ketika dalam perjalanan jauh. Anda boleh letak pelbagai jenis ubat mengikut keperluan ke dalam bekas kotak itu nanti seperti painkiller, ubat gamat, paracetamol, vicks, minyak cap kapak dan macam-macam lagi. Terutama bagi berkeluarga, ia sangatlah penting kerana pelbagai ragam ketika dalam kereta nanti.

#2 Powerbank

Kadang-kadang, kita akan berhadapan dengan situasi apabila telefon kita sudah habis bateri ketika dalam kecemasan, seperti dalam typical movie tu. Jadi, anda seharusnya bawa Powerbank sebagai benda wajib setiap masa ketika berhasrat untuk memandu perjalanan jauh supaya dapat memaklumkan/mencari bantuan dengan cepat.

#3 Kabel Jumper

Sehebat mana pun kereta anda, akan sampai waktunya bateri akan mati. Jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku secara tiba-tiba di jalan raya, anda memerlukan simpan siap-siap Kabel Jumpe di dalam kereta sebagai alternatif ketika kecemasan.

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu apa itu Kabel Jumper. Kabel Jumper ialah kabel elektrik untuk menghubungkan antar komponen di breadboard tanpa memerlukan solder. Kabel jumper umumnya memiliki connector atau pin di masing-masing hujungnya.

Pelbagai Kable Jumper yang mudah didapati di kedai, ada yang berbentuk seperti powerbank. Kami cadangkan UJS Wholesale 30000mAh Auto Jump Starter. Kecil tapi power dan mudah untuk disimpan.

#4 Spare Tire

Haaa! Spare Tire ini benda wajib ya untuk kecemasan. Benda tidak diduga boleh berlaku seperti tayar meletop dan kekurangan angin. Ada juga orang terlepas pandang bunga tayar sudah kehausan. Kena cepat-cepat tukar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.   

#5 Segi Tiga Amaran

Tidak kira pada waktu siang mahu pun malam, Segi Tiga Amaran adalah benda wajib perlu ada ketika anda tersadai di tepi jalan akibat kerosakan. Biasanya ia diletakkan 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan. Benda ini sangat berguna dalam menjamin keselamatan anda di tepi jalan.

#6 Jack & lug wrenches

Tiada Jag & Lug Wrenches ini dalam kereta, tak boleh lah nak pasang spare tires tu. Jack untuk naikkan kenderaan anda dan lug wrenches untuk buka nut tayar anda. Pastikan kalau anda gunakan sport rims, soket untuk special nuts itu ada bersama.

#7 Minyak Hitam & Air


Walaupun anda sudah pun periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh, tapi ada kemungkinan minyak hitam anda bocor (leaking) sewaktu perjalanan. Jadi, kalau terkurang nanti, anda hanya isi balik sahaja minyak itu. Begitu juga dengan air, sangat penting sekiranya tiba-tiba radiotar anda panas. Tidaklah anda gelabah tercari-cari air nanti.

#8 Duck tape

Ada pepatah bahasa inggeris berkata ‘Duck Tape fixes everything’. Ramai yang bersetuju bahawa pita pelekat merupakan benda penting untuk disimpan dalam kenderaan sekiranya ada apa-apa kecemasan seperti wayar kereta terputus, menutup tingkap yang pecah dan lain-lain lagi.

#9 Payung

Malaysia merupakan antara negara terkenal yang mempunyai cuaca tidak menentu, terutamanya hujan. Jadi, anda mestilah sentiasa sediakan payung di dalam kereta supaya senang untuk senang keluar dari kereta untuk mengelakkan daripada basah.

#10 Telefon Bimbit (bateri tahan lama)


Untuk perjalanan jauh, anda mungkin perlukan telefon lama yang dicas penuh untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya telefon yang anda guna setiap hari telah rosak atau kehabisan bateri. Letakkan saja telefon itu sentiasa di dalam kereta dan dimatikan agar tidak kehabisan bateri. Paling penting, jangan lupa top up pula. Tak guna telefon itu sekiranya sudah expired.

#11 Duit Kecemasan

Duit kecemasan juga penting yang perlu simpan di dalam kereta untuk digunakan pada waktu terdesak. Terpulang kepada anda berapa jumlah wang yang anda nak selit dalam kereta, tidak semestinya mencecah sehingga beribu-ribu ringgit.

Mungkin kereta anda rosak dan bermasalah di tepi jalan, bolehlah upah tow truck untuk membayar servis perkhidmatan angkut kenderaan itu.

Pastikan anda simpan duit tersebut di tempat-tempat tertutup yang tidak boleh nampak dari luar tingkap untuk mengelakkan kerompakan.

#12 Buku Nota Kecil dan Pensel 

Semasa dalam kecemasan, telefon anda mungkin mati. Jadi, anda tidak dapat menghubungi sesiapa dan paling teruk, anda tidak ingat nombor telefon keluarga anda. Jadi, mari kita ikut cara tradisional iaitu mencatat maklumat penting atau nombor telefon kenalan rapat anda.

Ia juga boleh digunakan ketika anda terdesak membuat ‘double park’. Maka, anda boleh tuliskan nombor telefon serta nama anda di atas kertas dan dipamerkannya di cermin bagi memudahkan orang yang kereta di depan ini menghubungi anda ketika mahu meninggalkan tempat letak kereta tersebut.

Kesimpulan

Begitulah tips perjalanan sekiranya anda berada dalam kecemasan. Semoga artikel ini membantu anda dalam menyediakan barang wajib seperti di atas ketika merancang untuk perjalanan jauh di jalan raya.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Malaysia, anda boleh menyewa kereta dari kami. Ianya memudahkan dan menjimatkan.

Bagi sebarang tempahan kereta, anda boleh menghubungi atau whatsapp nombor-nombor yang tertera di bawah :

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

1. Pasir Gudang – 01110984332
2. Pusat Bandaraya Shah Alam – 01155014332
3. Melaka Bandaraya – 01155024332
4. Ayer Keroh – 01155034332
5. Batu Berendam – 01155064332
6. Kuantan – 01155084332
7. Puchong – 0143627272
8. Shah Alam Seksyen 23 – 0143627272

Leave a Reply

Close Menu