fbpx

Xvipi Car Rental

10 Restoran Steamboat & Grill Yang Best Anda Patut Cuba di Selangor

10 Restoran Steamboat & Grill Yang Best Anda Patut Cuba di Selangor

Banyak restoran steamboat yang wajib anda cuba di Selangor ni! Kadangkala kita nak jugak tukar selera tekak, betul tak?

Siapa yang taktahu steamboat tu macam mana, sebenarnya Steamboat merupakan salah satu makanan berkuah yang isinya macam-macam seperti daging, ayam, sayur-sayuran, meatball, seafood dan macam-macam lagi. Letaklah isi apa pun janji kuahnya sedap dan paling penting bahan-bahan semua mesti fresh!

#1 D’Kayangan Grill @ BBQ Steamboat

Alamat : D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat,Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tengok nama restoran pun dah tahu yang restoran ini berkonsepkan buffet dan menggabungkan dua cara masakan iaitu steamboat dan grill. Anda boleh pilih kuah citarasaanda sama ada mahu kuah sup ayam atau tomyam. Dua-dua sedap!

Terdapat 200 lebih jenis makanan yang dihidangkan. Anda nak apa, semuanya ada! Ayam, daging, udang, sotong, ketam, kupang, lala dan macam-macam lagi. Pelbagai jenis ulam pucuk pun ada bagi penggemar ulam! Bebola ayam dan daging turut disediakan bagi anak-anak yang suka makan.

Makanan tidak akan lengkap tanpa cicah sos kegemaran anda, jadi anda tak usah risau kerana restoran ini menyediakan pelbagai variasi sos seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

#2 Capsicum Steamboat and Grill

Restoran ini juga berkonsepkan Steamboat dan Grill dan menawarkan harga yang murah satu kepala iaitu RM20 sahaja untuk dewasa!

Dewasa : RM 20.00

Kanak-kanak (7-12 tahun)/ OKU/ Warga Emas : RM 11.00

Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma

Alamat :

Capsicum Steamboat & Grill, Jln Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor

Buka : 6 pm – 12 am (Isnin Cuti)

#3 Al-Fateh Steamboat & Grill

Alamat : Restoran Al-Fateh, Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang

Harga untuk satu kepala ialah RM25.30. Anda makanlah sampai kenyang sampai tak boleh berjalan, yang penting jangan membazir! Caj pembaziran akan dikenakan kepada mereka yang gagal menghabiskan makanan, 100g/RM5.

Restoran berkonsepkan buffet ini dibuka pada jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Waktu puncak adalah pada pukul 9 malam sehingga 10.30 malam ramai orang berpusu-pusu masuk ke restoran ini.

#4 Rizqin Steamboat & Grill

Alamat : No 6&7, Gerai MBSB Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam

Dibuka pada Selasa-Ahad, 6.00pm -12.00am

Dewasa : RM19.50/pax

Warga Emas : RM15/pax

Kanak2 atas 5 tahun : RM9/pax

Kanak2 bwh 5 tahun : Free

Keunikan restoran steamboat ini adalah proses memanaskan periuk dan kerajang aluminium bebas bauan gas LPG dimana menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Tiada bau gas, tiada bunyi ‘ktik ktik’ petikan api, jika ribut angin melanda api tidak akan terpadam kerana segalanya elektrik.

Jika anda menginginkan konsep steamboat & grill yang murah, tenang dan banyak pilihan, Rizqin Steamboat Grill adalah tempatnya.

#5 Captain Steamboat & Grill

Sumber Imej dari www.nurainijefry.blogspot.com

Restoran Steamboat ini terletak di Kapar, Klang Selangor yang sering menjadi pilihan ramai untuk mengenakan tekak selera mereka.

Dewasa : RM21.90

Kanak- kanak : RM9.90

Terdapat banyak pilihan daging-daging perap dan makanan laut yang segar-bugar! Pilihan steamboat juga banyak dan mewah-mewah semuanya! Bagi yang peminat kambing, daging kambing ini diperap dengan sos BBQ yang istimewa. Orang kata, KAMBING PERAP TERBAIK lah dekat sini.

Tidak lupa juga, restoran steamboat ini turut menyediakan nasi putih dengan sup tulang. Dia punya sup memang power lah orang kata! Cukup rempah supnya! Perfect!

Alamat : The Capsicum Steamboat & Grill, Lot 2658, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050 Klang, Selangor.

Waktu Operasi : Setiap hari, 6PM–12AM

Kesimpulan

Terdapat banyak restoran steamboat and grill yang mempunyai hidangan yang mengiurkan di Selangor ini.

Terpulang kepada anda untuk memilih restoran steamboat mana yang anda gemari.

Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Selangor, anda boleh menyewa kereta. Ianya menyenangkan dan menjimatkan.

Kami dari XVP Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk anda.

Klik sini untuk menghubungi kereta sewa Shah Alam.

Leave a Reply

Close Menu